Thursday, March 6, 2014

Tun Daim Jangan Paksa Rakyat Percaya Anda Bekas Menteri Kewangan Paling Korup...


Semalam kebanyakkan blog memaparkan tuduhan calon N25 Kajang, Anwar Ibrahim yang mendakwa Tun Daim Zainuddin sebagai manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia ketika berceramah di Kajang.

Tuduhan yang dilemparkan Anwar Ibrahim ke atas Tun Daim amat berat, ia boleh memusnahkan imej beliau selaku bekas pemimpin yang telah banyak menyumbang jasa dalam ekonomi negara.

Antara tuduhan Anwar Ibrahim seperti disiarkan Keadilan Daily :
"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.
"Lepas jadi Menteri Kewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi"
"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini,"
Menyusuri kronologi Tun Daim, era kegemilangan beliau sebagai pengurus dan pentadbir kewangan negara selepas dilantik Tun Mahathir Mohammad. 

Sebahagian jasa Tun Daim sebagai pengurus kewangan adalah memperkenalkan dasar kawalan modal yang diumumkan Tun Mahathir pada 1 September 1998 membawa kepada penetapan mata wang ringgit ketika negara berdepan zaman kegawatan 1997 hingga 1998.

Jasa-jasa yang telah dilakukan oleh beliau tidak boleh dinafikan, malah sebagai generasi selepas beliau, kita seharusnya bersyukur di atas apa yang telah beliau lakukan.

Namun saya tidak mahu mengambil pendekatan 'bersyukur' tanpa mempersoalkan adakah tuduhan yang terpalit ke atas Tun Daim sejak sekian lama adalah tuduhan yang benar atausekadar tuduhan palsu.

Umum mengetahui sekitar 1979 dan 1984, Tun Daim merupakan Pengerusi Peremba Bhd. iaitu sebuah daripada syarikat yang mempelopori penglibatan aktif bumiputera dalam entiti senarai awam.


Tun Daim turut memiliki jumlah saham yang besar dalam United Malayan Banking Corporation (UMBC) dan Malaysian French Bank selain memiliki saham majoriti dalam rangkaian bank antarabangsa berpusat di Afrika.

Bermakna selain pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali, Tun Daim adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tetapi nama beliau tidak pernah sekali pun disenaraikan dalam mana-mana majalah perniagaan seperti Malaysian Business atau Forbes.

Apakah aset Tun Daim tidak melayakkan nama beliau tersenarai, atau ia sengaja disembunyikan agar rakyat tidak mengetahui sumber kekayaan beliau kerana umum mengetahui beliau seorang yang 'low profile'?

Bagi saya jika Tun Daim memperolehi sumber kekayaan melalui jalan yang betul, tiada hak untuk sesiapa sahaja mempertikaikan perkara tersebut lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim. 

Namun apabila sumber kekayaan kini terpalit pelbagai tuduhan, ia wajar disiasat setidaknya Tun Daim perlu menjelaskan setiap tuduhan yang dibuat ke atas dirinya.

Tuduhan terhadap Tun Daim bukan pertama kali kita dengar, perbalahan di antara dua mantan Menteri Kewangan bermula sejak Tun Daim meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 31 Mei 2001.

Kali terakhir kedua-dua mantan Menteri Kewangan membidas satu sama lain pada Mei 2013, ketika kehangatan kempen PRU13.

Tun Daim dalam satu wawancara membidas Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak cekap mengurus kewangan ketika memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan seperti dilaporkan Sinar Harian 1 Mei 2013 :
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.  Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya" 
Anwar Ibrahim bertindak balas dengan mengatakan Tun Daim akan menerima natijah yang setimpal jika pembangkang menang PRU13 ;
"Kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," 
"Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat.
Seingat saya kali terakhir Tun Daim membidas Anwar Ibrahim ialah sekitar Februari 2014 di mana beliau meminta agar semua tidak melayan dan memberi publisiti kepada Anwar.


Kini Anwar sekali lagi menuduh Tun Daim sebagai seorang Menteri Kewangan yang korup dalam sejarah Malaysia. Sebagai seorang negarawan, Tun Daim seharusnya menjawab tuduhan Anwar Ibrahim.

Rakyat mula bercakap, lihat saja di laman Facebook di mana rakyat mula anggap kedua-dua mantan Menteri Kewangan ini adalah penyamun.



Rakyat hanya mahu jawapan mudah - cukuplah Tun Daim menjawab atau mengambil tindakan undang-undang di atas setiap tuduhan berat yang dilemparkan Anwar Ibrahim.

Kerana rakyat hari ini tidak lagi berada dalam kepompong yang mudah untuk pemimpin perbodohkan, tidak kira sama ada pemimpin itu bernama Tun Daim Zainuddin apatah lagi Anwar Ibrahim.

Justeru, saya mungkin mempercayai kata-kata Anwar Ibrahim jika Tun Daim gagal menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim ke atas dirinya.

Kritikan Tun Daim Terhadap Najib Razak

Ada rakan bertanya, apa komen saya terhadap kritikan Tun Daim ke atas pentadbiran DS Najib Tun Razak.

Jawapan saya mudah, kita teliti semula pesanan Tun Daim sebaik sahaja meletak jawatan pada tahun 2011; 
"Ramai yang memasuki politik untuk itu (tempat teratas). Ini tidak salah, tetapi di dalam masyarakat ini terdapat juga tradisi. Anda tunggu sehingga giliran anda.''
Jadi sekarang adalah giliran DS Najib Tun Razak, zaman Tun Daim Zainuddin sudah berlalu tetapi jasa dan pengorbanan membangunkan ekonomi negara tidak kita lupakan.

Berpeganglah kata-kata Tun Daim ketika kempen PRU13 ;
"Beri peluang kepada Najib. Lima tahun. uji beliau, berikan beliau mandat. Beliau melaksanakan amanah dengan baik, mari kita lihat beliau terus membuktikan kemampuannya dan meneruskan dasar transformasi beliau"
Jangan ada yang bertindak menikam DS Najib Tun Razak dari belakang :



Arioss...!

8 comments:

  1. GILIRAN DAIM SAMAN ANWAR RM100 JUTA SEPERTI ANWAR BUAT KE ATAS BLOGGER-BLOGGER SEPERTI ANDA.

    TUDUHAN MENGENAI SUMBER KEWANGAN DAIM DIPERKATAKAN SEJAK 1998, DULU TAK ADA FACEBOOK. SEKARANG ADA FACEBOOK.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum admin,

    Bagi saya isu tuduhan Anwar Ibrahim ada kebenarannya. Tetapi orang tidak berani untuk bercakap apabila ia melibatkan Tun Daim kerana apabila mempertikaikan Tun Daim umpama kita mempertikaikan Tun Mahathir Mohammed. Agak tepat apa yang Anwar Ibrahim katakan rakyat perlu diberitahu mengenai kekayaan Tun Daim yang tidak ketahui ramai orang. Saya juga seperti penulis jika kekayaan diperolehi dari jalan yang betul. Tiada sebab bagi kita mempertikaikan sumber berkenaan. Sama-sama kita lihat adakah Tun Daim membalas tuduhan Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  3. Qarun Malaysia Daim Zainuddin berpakat dengan Renong/UEM dan menggondol keuntungan dengan pembelian saham CLOB.

    Itu tidak lain usaha dari Daim untuk memperkayakan dirinya.

    Cara Daim beli saham-saham itu dengan diskaun yang banyak, seperti saham Telekom Renong/EUM.

    Walaupun pada kadar yang mahal sedikit, tetapi ini akan membolehkan Daim mendapat ekuiti yang begitu berharga dengan merugikan pelabur asal dari Singapura.

    Ini cara Daim kumpul kekayaan sama juga seperti dia lakukan ke atas bank-bank kecik di Afrika yang kini dikuasai sepenuh oleh dia.

    -Qarun Qorup

    ReplyDelete
  4. Artikel yang bernas dan cukup adil untuk kita sama-sama fikir apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim. Tun Daim dan ahli-ahli UMNO perlu sedar, sebelum tuduhan Anwar Ibrahim isu harta kekayaan milik Tun Daim telah lama diperkatakan. Ibarat kata orang tua-tua seperti Tun Daim, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

    Renungkan....

    ReplyDelete
  5. Double Y aku setuju tang penutup entri ko ni, sekarang giliran Najib Razak. Biarlah dia buat mengikut kaedah dan kebolehan dia sendiri. Giliran Daim sudah berlalu. Tak perlu menjadi agen Anwar dengan menyerang Najib Razak. Teguran Daim kpd PM adalah serangan halus atas nama menegur. Pak Lah tak ikut kepala pembesar kena turun, naikkan Najib. Baru Najib jadi PM kejap dah sibuk kata gagal dan lemah. Daim lupa zaman Mahathir pun ada naik turun. Orang sanjung Daim sebab orang respek Tun Mahathir je.

    ReplyDelete
  6. Tun Daim dengan Anwar = 2×5

    Pusing kok mana pun, aku habaq hang jawapan dia tetap 10!

    Tak guna tahu ending bergasak dorang no, cai ko bukak mata la rakyat untung?

    Wakakakakakakaka......

    ReplyDelete
  7. Qarun Malaysia Daim diselamatkan jubor Saiful Bukhari dan tidak perlu lagi jawab Anwar Ibrahim kerana Anwar bakal ke penjara. Daim tak perlu risau lagi harta kekayaan dirampas jika PR memerintah kerana PR tidak akan mampu merampas kuasa tanpa pemimpin rakyat bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    -Reformis Deklarasi Permatang Pauh

    ReplyDelete
  8. KALAU ANWAR X CAKAP PUN AKU YAKIN PEMIMPIN2 UMGOK DACING MEMANG JENIS PEROMPAK JAHANAM

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-