Thursday, March 6, 2014

16 Hari Lagi : Umat Islam Berikan Sambutan Luar Biasa Terhadap Program #SelawatPerdana


Luar biasa sambutan yang diberikan umat Islam terhadap program 'Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul' yang bakal berlangsung pada 21 Mac 2014 bertempat di Dataran Masjid Putrajaya, Precint 1.


Sokongan ditunjukkan menerusi laman Facebook Selawat Perdana yang kini telah berjaya mengumpulkan lebih 100,000 likes sejak diwujudkan dua minggu yang lalu.

Lebih membanggakan apabila barisan artis popular turut mempromosikan majlis tersebut kepada peminat mereka melalui laman sosial peribadi mereka.


Ini memperlihatkan bahawa masyarakat hari ini sebenarnya lebih tertarik dengan program yang bersifat keagamaan kerana terbukti mampu melahirkan kesedaran selain mencontohi junjungan Nabi Muhammad SAW.

Ayuh... eratkan persaudaraan sesama kita!

Bersama kita gemakan seluruh Putrajaya dengan bacaan selawat dan qasidah pada 21 Mac 2014 ;
Facebook : Selawat Perdana
Twitter : @selawatperdana - #selawatperdana
Instagram : @selawatperdana 


No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-