Wednesday, March 12, 2014

#KajangBetrayed : Dari Permatang Pauh ke Kajang, Masa @DrWanAzizah Hanya Untuk Anwar Bukan Rakyat! #PRKKajang


Ramai pengikut PKR dikatakan tidak senang hati dengan poster di atas, bagi saya ia adalah satira politik yang mempunyai mesej jelas iaitu calon PRK Kajang, Dr Wan Azizah adalah 'jelmaan' Anwar Ibrahim dan parti PKR hanya berkisar kepada keluarga Anwar Ibrahim.

Bahang kehangatan PRK Kajang mungkin kurang dirasai kerana perhatian kita tertumpu kepada kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal. Namun kita tidak boleh membiarkan sahaja rakyat Kajang terus ditipu oleh pembangkang.

Justeru, kita tinggalkan seketika MH370 dengan iringan doa supaya ditemui dalam keadaan selamat.

Berbalik kepada kerusi DUN Kajang apabila nama Wan Azizah diumumkan sebagai calon terbukti Anwar Ibrahim sekali lagi mempergunakan Wan Azizah.

Bagi kita jelas tujuan Anwar Ibrahim meletakkan Wan Azizah adalah untuk meraih simpati politik pengundi Kajang dan perkara ini diakui oleh blogger pembangkang sendiri.


Seperti dalam dua artikel sebelum ini, saya tekankan Wan Azizah bukan orang politik, dia sekadar seorang isteri yang sanggup melakukan apa sahaja demi Anwar Ibrahim. Sejarahnya jelas, Wan Azizah dikatakan berkahwin dengan Anwar Ibrahim tanpa restu keluarga.


Pernikahan Wan Azizah dengan Anwar Ibrahim tidak direstui keluarga kerana bapa Wan Azizah, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood tidak perkenan dengan sikap radikal Anwar Ibrahim yang terlibat dengan demontrasi pelajar.

Apabila lamaran Anwar Ibrahim ditolak, dengan bantuan seorang ustaz Wan Azizah dibawa ke Permatang Pauh untuk dinikahkan dengan Anwar Ibrahim menggunakan wali hakim.

Kak Wan sanggup engkar bapa sendiri demi Anwar Ibrahim!


Penglibatan Wan Azizah dalam politik disebabkan desakan keadaan ketika Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipenjarakan atas salah laku rasuah dengan menubuhkan ADIL pada 4 April 1999.

ADIL asalnya sebuah NGO sebelum bergabung dengan parti, mencalonkan diri di Permatang Pauh ketika PRU10 pada November 1999, dalam PRU10 juga menyaksikan gabungan PAS, DAP dan PKR (KeADILan).


Sepanjang masa Wan Azizah hanya memikirkan tentang Anwar Ibrahim, sebaik sahaja Anwar Ibrahim dibebaskan pada tahun 2004 selepas enam tahun dipenjara


Dari 2004 hingga 2006 Anwar Ibrahim berada di luar negara Washington, United Kingdom, Afrika Selatan dan Indonesia sebelum pulang BERCUTI ke Malaysia pada tahun 2006 bagi membantu urusan parti PKR.

Masa Wan Azizah sepanjang dua tahun sebaik Anwar Ibrahim dibebaskan hanya fokus kepada Anwar Ibrahim, kebajikan rakyat di Permatang Pauh diabaikan dan tidak dipedulikan.

Akhirnya, pada tahun 2008 Wan Azizah bertindak melepaskan jawatan dengan alasan mahu meluangkan masa bersama keluarga serta cucunya setelah menghabiskan 6 tahun Anwar Ibrahim membuat kerja-kerja parti.


Kini dia kembali, dengan imej yang sama, modal dan skrip yang sama. Padahal pada hakikatnya Wan Azizah bukanlah baik seperti perwatakkan beliau. 




Sudah-sudah Kak Wan, sampai bila Kak Wan mahu membohongi kami semata-mata kasih sayang Kak Wan kepada Anwar Ibrahim?

Sebelum ini kata nak fokus menjaga cucu dan keluarga, kini kembali mahu menjaga rakyat?

Hello...

Cukup-cukuplah Kak Wan menjadikan rakyat sebagai mangsa demi survival politik Anwar Ibrahim!

Arioss...!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-