Saturday, October 5, 2013

Survey : Hampir 90 Peratus Setuju @khairykj Ikon Orang Muda, Tidak Kenal Siapa Akramsyah


Menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013 pertandingan bagi merebut jawatan nombor satu dalam sayap kiri UMNO iaitu Ketua Pemuda boleh dikatakan tidak begitu panas seperti yang berlaku semasa pemilihan 2008.

Bagi Pemilihan Agung UMNO 2013 kerusi Ketua Pemuda UMNO yang kini disandang YB Khairy Jamaluddin menyaksikan pertandingan lima penjuru di mana KJ bakal berdepan dengan empat pencabar iaitu Syed Rosli Syed Harman Jamallulail, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Abd. Karim Ali dan Irwan Ambak Khalid Izhar.

Tetapi KJ kelihatan bersahaja serta tidak mengambil pendirian menyerang calon lain walaupun terdapat beberapa calon menyerangnya secara terbuka malah jika diperhatikan ada yang menyerang dan mengutuk KJ di setiap lokasi yang dikunjungi mereka.

Selain itu beberapa laman blog turut menyerang kepada KJ dengan menjulang Akramsyah sebagai 'hero melayu' dengan mempertikaikan jasa yang KJ lakukan sepanjang mengetuai pergerakan pemuda.


Disebabkan beberapa laman blog menjulang dan melambung Akramsyah terlalu tinggi, saya mengambil langkah bertanyakan soalan mudah kepada golongan muda serta mahasiswa di beberapa kampus memandangkan saya mempunyai rangkaian di kalangan mahasiswa.

Soalan saya kepada mereka - "antara KJ dengan Akramsyah siapa ikon korang?"

Rata-rata memilih Khairy Jamaluddin sebagai ikon mereka, malah ramai tidak mengenali Akramsyah yang dikatakan 'hero melayu' oleh sekelompok kecil blogger pencinta Akramsyah.

Ini kerana KJ sering membuat 'engagement' bersama golongan muda berbanding Akramsyah 'hero melayu' yang entah dari mana baru muncul konon mahu menyelamatkan pemuda yang dikatakan hilang jati diri Melayu.

Apa Akramsyah seorang sahaja anak muda yang cintakan Melayu?


Akramsyah mencabar kerusi Ketua Pemuda kerana rintihan dan rungutan terutama sekali pada golongan muda, yang UMNO terlihat seperti tidak dapat lagi menjaga kebajikan mereka.

Selain itu keputusan mencabar kerusi Ketua Pemuda juga kerana mahu membawa agenda untuk menghidupkan semula semangat perjuangan Melayu, malah turut mengatakan sentuhan kepimpinan pemuda yang ada kini tidak dirasai dapat sehingga ke peringkat bawah.

Itu kata Akramsyah yang saya ambil dari sedutan sidang media sebelum ini.

Hahaha.. caitt!

Jika sentuhan kepimpinan pemuda di bawah KJ tidak dirasai sehingga ke bawah kenapa golongan muda lebih selesa dan memilih KJ sebagai ikon mereka?

Adakah Akramsyah bercakap dalam keadaan separa sedar ketika membuat sidang media?

Mengenai jasa-jasa KJ sepanjang mengetuai Pemuda UMNO dan BN, seperti yang dilontarkan kumpulan blogger pencinta Akramsyah. Mungkin gambar di bawah menjawab sedikit sebanyak persoalan tersebut.


Jika gambar di atas tidak difahami, saya boleh memperincikan satu persatu kejayaan BN Youth di bawah KJ.

Ada baiknya kita tanya apa pula jasa Akramsyah 'hero Melayu' yang tiba-tiba muncul mahu selamatkan pemuda. Adakah Akramsyah berjasa sepanjang memimpin pemuda di peringkat cawangan, bahagian?

Oh... maaf menang Ketua Pemuda Cawangan pun tanpa bertanding dan diberi laluan mudah kerana dirinya adalah anak negarawan Tan Sri Sanusi Junid (bukan saya kata ahli umno di cawangan tersebut yang kata)

Bagi saya Akramsyah bukan mahu menyelamatkan pemuda, sebaliknya bakal membawa pemuda kepada perpecahan seperti yang dilakukan dalam MAYC pada tahun 2011.


Akramsyah, sekarang tour you dah sampai mana bro...?

Syok setiap kali berjumpa perwakilan pemuda kutuk KJ...?

Jangan kutuk banyak sangat nanti ada yang merakam...

Arios..!

8 comments:

  1. Ofcoz org kenal mr populis....

    ReplyDelete
  2. TOLAK PEMIMPIN MELAYU LIBERAL!!ABKJ!!

    -ipohmarley-

    ReplyDelete
  3. Jangan dilayan Akramsyah ni, nanti makin popular dia. Ingat dengan bercagarkan dia anak TS Sanusi Junid pemuda akan pilih dia ke?

    ReplyDelete
  4. Survey kepala hangguk lu bro. Mana data?

    ReplyDelete
  5. ABAS = Asalkan bukan AkhramSyah

    Support KJ !!

    ReplyDelete
  6. Penyokong Akramsyah dah marah la bro YY...

    ReplyDelete
  7. hahaha.. better hg takyah menulis laa bro.. belajaq membanting tulang cari rezeki sama.. kesian aku tgk hg.. Mungkin hg lupa yg umno juga bukan milik KJ? belajaq hormat pendapat org.. jgn sebabkan hg,rakan cyber umno jd xrelevan.. Lu berani approve komen wa ka??

    Amigos.. W M L

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-