Setakat ini hanya dua calon bernombor 11 dan nombor 60 bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi yang 'tercicir' dari senarai yang dikeluarkan oleh JK Pemilihan tempoh hari. Alasan JK Pemilihan pada awalnya ialah dua calon ini tidak menyerahkan borang pencalonan.
Mesyuarat pertama UMB di PWTC 2009 |
Namun selepas ia disangkal, alasan tidak pernah memegang jawatan AJK Bahagian selama sepenggal pula timbul. Ekoran dua alasan yang dilihat tidak masuk akal, saya bertindak menunjukkan tanda protes saya kepada Datuk Rauf dan TS Tajol Rosli dengan terbalikkan gambar mereka di laman facebook saya.
Tanpa disangka-sangka tindakan saya memprotes JK Pemilihan kerana menyingkirkan dua calon Ahli Majlis Tertinggi di mana salah seorang calon yang digugurkan itu ialah Tun Faisal Ismail turut disambut oleh sekumpulan mahasiswa melalui laman Twitter.
Engagement TF dengan belia berbangsa India |
Selepas itu beberapa sahabat blogger seperti Dr. Novandri, Azmi APA yang menyiarkan artikel mempersoalkan kenapa nama TF digugurkan dari senarai calon serta berharap JK Pemilihan menimbang semula perkara tersebut.
Pada malam tersebut juga saya menerima panggilan dari beberapa sahabat dan juga calon-calon yang bertanding.
Paling menarik, calon Exco Pemuda iaitu Zaidel Baharuddin yang dianggap sebagai 'tidak sebulu' dengan TF turut melahirkan kekesalan di atas penguguran nama TF dek kerana birokrasi remeh JK Pemilihan di laman Facebook miliknya.
TF, DS Reezal Merican, Dr. Novandri retreat UMB Penang |
Ada yang menuduh TF mengarahkan jentera UMB membuat serangan tersebut padahal semuanya berlaku secara spontan, tidak dirancang, malah tiada perbincangan dengan di atas segala tindakan yang berlaku pada waktu itu.
Hahaha... alahai sejak bila TF boleh mengeluarkan arahan untuk terbalikkan gambar orang tu, gambar orang ni?
Bro, tindakan saya terbalikkan gambar JK Pemilihan di laman Facebook sebenarnya telah ditegur oleh TF melalui kiriman 'whatsapp'. TF menganggap tindakan saya itu terlalu gopoh serta membuka ruang orang lain menyerang UMB secara terbuka.
Saya hanya menjawab - "sori la Tun... aku tak boleh terima alasan tak masuk akal JK Pemilihan, kerana sebelum menyerahkan borang pencalonan ko rujuk kepada individu yang duduk dalam JK Pemilihan sendiri bukan ke mereka yang kata boleh?"
TF, Baam ketika bersantai bersama mahasiswa UiTM Shah Alam |
Gua tak kata si TF ini manusia sempurna, malah saya sendiri banyak kali berselisih pendapat serta bertekak apabila ada perkara yang dibuatnya pada pandangan saya tidak betul.
Gua pertahan TF bukan sebab nama dia Tun Faisal, bukan sebab dia bos UMB. Tapi sebab dia antara pemimpin muda yang buat kerja sepanjang lebih tiga tahun aku bersama UMB.
Baik tugas di bahagian mahu pun sebagai exco pergerakan pemuda dia antara yang turun padang, yang buat engagement, malah dia juga yang tampil pergi berdebat bersama pemimpin pembangkang.
Itu sahaja bro...!
TF mengiringi bekas Menteri Wilayah DS Raja Nong Chik & Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Tg. Adnan Tg. Mansor merasmikan sukan paintball anjuran Majlis Belia Putrajaya 2012 |
Soal terbalikkan gambar JK Pemilihan itu perbuatan saya dan yang sepatutnya dipertanggungjawabkan adalah saya bukan TF.
Apa pun saya tidak berkecil hati dengan rakan-rakan yang tidak bersetuju tindakan saya tempoh hari. Malah saya juga tidak mahu mendahului JK Pemilihan bakal memutuskan siapa yang layak dan tidak layak bertanding dalam Pemilihan Agung UMNO 2013.
Cuma sebagai seorang sahabat, yang pernah bekerja bersama-sama TF bermula dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak hingga sehingga PRU13 tahun lalu. Saya berharap keputusan JK Pemilihan yang akan dimuktamadkan esok memihak kepada Tun Faisal Ismail Bin Aziz.
Jika ditakdirkan TF layak bertanding, syukur Alhamdulillah bermakna apa yang saya perjuangkan itu dimakbulkan oleh Allah SWT. Sama ada kalah atau menang itu bukan kita yang tentukan, ia terserah kepada pilihan para perwakilan.
Layan video dulu sebelum blah der...
Jika ditakdirkan TF layak bertanding, syukur Alhamdulillah bermakna apa yang saya perjuangkan itu dimakbulkan oleh Allah SWT. Sama ada kalah atau menang itu bukan kita yang tentukan, ia terserah kepada pilihan para perwakilan.
Layan video dulu sebelum blah der...
Arios...!
terbaik artikel double Y dgn lakonan sekali.aku salute ko bro.lakonan ko antara yg terbaik aku lihat sampai terbalikkan semua gambar krn ikut arahan atas.nasib ko x ikut makan taik.kalau ko makan taik aku lg salute
ReplyDeleteKeh..keh...keh,
ReplyDeletemarah nampak bang? :)
Anonymous 12:31 PM,
ReplyDeleteKau sakit hati kenapa pulak? dah dia terbalikkan gambar, kau terbalikkan la pulak gambar si YY.
Terbalikkan gambar pemimpin biasaq laa der tanda protes, kalau marah pun stakat penyokong pemimpin tu jerrr, lainlah kalau terbalikkan lambang Umno, kerna yg akan marah adalah semua penyokong Umno...
ReplyDeleteApapun aku suka ulasan yg cool mcm ni, hujah yang matang dan cukup utk memberi fhm kpd yg berkenaan, dan aku yakin kewibawaan yg ada pd JK pemilihan tidak akan mengecewakan pilihan org muda, xcaya tgklah nnt...
Saya kutuk perbuatan terbalikkan logo UMNO. Setuju dgn GK.
ReplyDelete