Thursday, August 29, 2013

#PAU2013 : Surat Terbuka Kepada Calon Pilihan Untuk Memegang Jawatan Dalam Sayap & MT UMNO #UbahUMNO


1. MiM kerap ditujukan satu soalan yang sama iaitu siapakah pilihan MiM untuk memegang jawatan dalam hieraki sayap-sayap terutamanya Pemuda UMNO Malaysia dan juga Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. 

2. Sebelum MiM jawab, ada 5 tarikh yang sangat penting dalam kalendar UMNO Malaysia untuk tahun ini :
i. Tarikh akhir Mesyuarat Cawangan UMNO adalah pada 15 September 2013 
ii. Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada 21 September 2013 
iii. Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013 
iv. Penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 28 September 2013 
v. Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Oktober 2013.
3. MiM percaya bahawa PRU14 adalah pilihanraya umum yang bakal menentukan survival dan kesinambungan parti UMNO. Ianya bakal membezakan sama ada UMNO tetap menerajui kerajaan Persekutuan atau pun menjadi Pembangkang kepada kerajaan yang baru.

4. Perbezaan itu sangat besar dan sudah pasti merisaukan setiap ahli akar umbi, jentera parti dan penyokong-penyokong UMNO/BN.

5. Tetapi dunia telah menyaksikan kejatuhan parti-parti politik yang telah lama menerajui sesetengah negara seperti Parti GOLKAR di Indonesia dan Parti Nacionalista di Filipina.Yang terbaru tumbang ialah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun.

6. Kesemua parti itu jatuh disebabkan oleh beberapa faktor yang hampir sama dan parti UMNO tidak terlepas daripada faktor-faktor negatif tersebut.

7. Cuma yang membezakan UMNO dengan parti-parti tersebut ialah faktor masa.

8. Seluruh kepimpinan tertinggi UMNO diberi masa untuk berubah secara total, jelas dan serius, bukannya retorik saranan demi saranan yang memualkan tapi tiada tindakannya. Tetapi masa tidak akan menunggu kita!

9. Yang sudah kaya raya dek politik UMNO/BN tidak ada masaalah jika UMNO/BN tumbang. Mereka ada 2 pilihan iaitu bersara daripada politik atau pun membuat pengakuan 'sudah tidak percaya lagi dengan perjuangan parti UMNO'. Kedua-duanya menguntungkan mereka sebagai individu tetapi bukan bangsa Melayu secara total.

10. Yang terkapai-kapainya ialah ahli-ahli akar umbi, jentera parti, penyokong-penyokong UMNO/BN tetapi yang paling utama sekali ialah bangsa Melayu itu sendiri.

11. Hilang sudah payung yang terbukti telah memelihara hak bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan selama ini.

12. Kerana itu juga MiM percaya jika kali ini perwakilan UMNO peringkat cawangan dan bahagian tersilap pilih pemimpin-pemimpin dalam hieraki sayap-sayap dan juga Majlis Tertinggi UMNO, PRU14 adalah yang terakhir bagi UMNO/BN menerajui kerajaan Persekutuan.

13. Dan MiM bukan seorang blogger sahaja tetapi MiM sendiri boleh mengundi dan memilih kerana MiM memegang jawatan di peringkat cawangan dan bahagian.

14. Malah, MiM sendiri terlibat secara langsung di dalam pemilihan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2008 dan masak dengan protokol, kerenah, janji-janji manis dan pelbagai lagi strategi calon-calon yang bertanding.

15. Faktor-faktor di atas menyebabkan MiM perlu lebih adil dan saksama di dalam melaporkan calon-calon pilihan kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO yang membaca entri ini. The bottom line is ahli-ahli UMNO sudah matang untuk menilai sendiri. MiM di sini untuk memudahkan kita membuat penilaian dan memilih yang terbaik demi survival parti UMNO.

16. MiM akan berada di PWTC semasa Rumah Terbuka Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Malaysia pada 30hb Ogos ini. Besar kemungkinan kesemua mereka yang mahu bertanding kelak akan berada di sana juga.

17. Dan jika ada kesempatan masa, MiM akan berjumpa dengan kesemua calon tersebut termasuk calon-calon MT UMNO untuk mengetahui lebih lanjut tujuan dan visi mereka untuk dikongsikan di dalam blog ini untuk penilaian anda semua.

18. Seperti MiM kata, yang paling penting sekali ialah untuk memilih barisan pemimpin UMNO yang terbaik untuk memastikan survival dan kesinambungan parti UMNO.

19. Pembaca blog MiM juga boleh turut serta dengan menyediakan soalan-soalan bernas kepada calon-calon pilihan anda di kolum komentar di bawah atau dalam Facebook blog ini dan MiM akan usahakan untuk dapatkan jawapannya daripada mereka. 

Insyaallah. - MiM

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-