Isu pengharaman tayangan filem Tanda Putera di Pulau Pinang yang hangat diperkatakan telah mengundang pelbagai respon masyarakat.
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang melarang penayangan filem tersebut di pawagam-pawagam bagi Pulau Pinang membuktikan kerajaan pimpinan DAP tidak mengamalkan konsep keterbukaan yang sebenar.
Ekoran 'nasihat' Guang Eng mendapat bantahan dan kecaman yang diterima akhirnya kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengubah pendirian dengan membenarkan filem tersebut di tayangkan di Pulau Pinang mulai esok.
Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun atau Azwanbro dalam kenyataan yang disiarkan di laman AZWANBRO.COM menyarankan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menonton terlebih dahulu filem berkenaan sebelum membuat tuduhan yang melulu dengan mengatakan ia sebuah filem yang bersifat perkauman.
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung agar tidak menayangkan filem Tanda Putera adalah satu tindakan yang “amat bodoh” dibuat oleh seorang pemimpin negeri.
Lim Guan Eng telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah mengamalkan demokrasi dan kuku besi. Pengharaman Tanda Putera di Pulau Pinang memang telah dijangkakan, dengan pengharaman ini mungkin beliau beranggapan bahawa rakyat Pulau Pinang akan terus alpa dan lupa kepada sejarah negara.
Persoalan yang harus kita tanyakan kembali kepada Pakatan Rakyat adalah, mengapa hanya di Pulau Pinang tayangan filem ini diharamkan? Sedangkan Pakatan Rakyat menguasai tiga negeri di Malaysia. Mengapa perlu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat filem berbentuk sejarah daripada ditayangkan di negeri tersebut?
DAP Pulau Pinang menuduh Tanda Putera sebagai filem yang bersifat perkauman adalah sangat tidak matang dalam menilai filem tersebut. Saya menyarankan agar kita menonton terlebih dulu filem Tanda Putera sebelum membuat kesimpulan melulu.
Saya dimaklumkan segala babak yang diwujudkan dalam filem ini berlandaskan fakta yang tercatat dalam sejarah negara. Saya percaya produser dan pengarah Pesona Pictures Sdn Bhd, Datin Paduka Shuhaimi telah melakukan banyak kajian serta rujukan dengan pihak yang sepatutnya sebelum menghasilkan filem tersebut dan tiada agenda tersirat dan bukan untuk kepentingan politik melainkan ia berdasarkan sejarah agar kita mengenali dan berfikir sebagai rakyat yang lebih matang.
Tanda Putera bukan filem politik sebaliknya mengisahkan sejarah bagaimana Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak serta Timbalannya Allahyarham Tun Dr Ismail, memulihkan keadaan negara daripada pelbagai insiden.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-