Friday, July 12, 2013

#PRK #KualaBesut : Sayang Isteri Tinggal-Tinggalkan, Sayang @ahmadmaslan & UMNO/BN Balun-Balunkan...


Setelah dikritik keras beberapa blogger kerana kegagalan Ketua Penerangan UMNO Dato Ahmad Maslan memilih secara strategik jentera siber bagi menghadapi misi 16:15 dalam PRK Kuala Besut.

Akhirnya keputusan saat akhir dibuat di mana beberapa team jentera siber telah dijemput untuk turun ke Kuala Besut menjelang penamaan calon esok.

Inilah sikap pemimpin kita, mereka sering kali alpa mengenai peranan para bloggers/facebookers yang membantu BN bermula sejak PRK Manek Urai hinggalah PRU13 yang lalu. Jika tidak dikritik secara keras mereka sering kali bersikap 'buta perut'.

Tidak cukup dengan itu mereka 'melompat' kepanasan mengatakan bloggers keterlaluan, melampau, kurang ajar biadap dan sebagainya. Tidakkah mereka fikir bahawa bloggers/facebookers tidak akan mengkritik secara terbuka jika mereka berlaku adil kepada setiap pasukan jentera siber pro BN.

Ahmad Maslan harus sedar, jika beliau serta semua pemimpin UMNO bersikap adil dalam membantu jentera siber dari setiap kumpulan bloggers/facebookers pro BN, tidak mungkin berlaku perpecahan di kalangan bloggers/facebookers.

Inilah lumrah pemimpin UMNO, jika mohon bantuan secara formal dan baik melalui emel, sms, surat atau kertas kerja.  Ia hanya dipandang enteng atau dibakul sampah oleh mereka, ironinya jika bloggers/facebookers 'balun' 'bantai' mereka secara terbuka mulalah pelbagai alasan dikeluarkan akhirnya bantuan dihulur tanpa banyak songeh!

Dek kerana kegagalan Ahmad Maslan dan segelintir pemimpin UMNO, akhirnya budaya 'balun pemimpin' menjadi sifat biasa bagi bloggers/facebookers pro BN.

Wahai pemimpin UMNO, jangan ingat dengan jemputan serta bantuan di saat akhir untuk turun membuat liputan di PRK Kuala Besut mampu mengentikan kegilaan bloggers/facebookers ,mana mungkin kami berdiam diri dan melihat setiap tindakan 'bengong' kamu!

You tak mahu kena balun, kena kritik, you kena adil Datuk...!

Takkan benda simple macam ni, bloggers nak kena beritahu?

Beberapa rakan bloggers seperti 1Peluru, Sangkakala, Facebookers serta sahabat dari bloggers dari Nadi Rakyat dimaklumkan telah bergerak ke Kuala Besut.

InsyaAllah saya susuli mereka selepas sahur untuk membantu BN dalam misi 16:15 Terengganu!


Ikuti perkembangan terkini di : http://prk-kuala-besut.blogspot.com

Selamat Bersahur!

YY : "sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang UMNO balun-balunlah pemimpin kita! Boleh gitu...?"

5 comments:

  1. itulah sifat pemimpin UMNO nak buat macam mana. Konon nk berubah sblm REBAH.. kt Tganu nak rebah pun tak berubah-ubah jgk. Wkakakakakaka!

    ReplyDelete
  2. Kenkadang perjuangan kite dilupai oleh sesetngah pihak, Ada pula yang hanya "ingat" dengan kita sewaktu memerlukan kita, Tak apa, kita berjuang bukan atas nama seseorang individu tapi kerana entiti BN, Selamat Maju Jaya buat Double Y & rakan-rakan yang akan "berperang" di PRK Kuala Besut..Eanchang BN Enchang! Kekeke!!!

    ReplyDelete
  3. TQ atas sokongan sahabat2 bloggers dari Srwk..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Kalau benar begitu, nampaknya berubah atau rebah hanya menjadi slogan PM sahaja. Kalau ketua peneranganpun tak berubah, macam mana akar umbi nak berubah. Jika ramai peminpin umno 'yang pandainya tak boleh diiukt dan bodohnya tak boleh diajar' maka rebahlah umno.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-