Dah lama aku malas nak komen pasal politik bebal yang menjadi amalan sesetengah pemimpin dalam UMNO. Ini pun boring punya pasal jenguk-jenguk ruang blogosfera sekejap, pada awalnya nak tahu perkembangan PRK Kuala Besut.
Tapi tak banyak blog yang siar cerita dari lokasi, apakah perkembangan, pergerakan, bentuk kempen calon BN yang berlaku ketika ini.
Kenapa agaknya lesu dan tidak 'meriah' sambutan blogger terhadap PRK Kuala Besut?
Khabarnya kelesuan PRK Kuala Besut di ruang blogosfera adalah kerana Ahmad Maslan mengguna pakai khidmat blogger-blogger kontrak yang entah dari mana datangnya.
Berapa tahun kontrak yang dipersetujui, berapa nilai kontrak itu hanya Ahmad Maslan saja yang tahu...
Siapa boleh senaraikan blogger yang berpengalaman dalam PRK/PRN/PRU turun untuk membuat liputan tentang PRK Kuala Besut...?
Dalam list di bawah siapa sahabat-sahabat blogger yang turun PRK Kuala Besut?
Ada siapa tahu...?
DARI BLOG 1PELURU :
Mengimbau kisah lalu di PRK Tenang, 3 tahun lepas... Facebooker, Lepe meredah hujan renyai sendirian menaiki motor kapcai dari rumahnya di Klang, Selangor hingga ke Tenang, Johor untuk turut sama berjuang membantu UMNO/BN di sana.
Waktu itu Lepe tidak gusar walaupun masih baru mahu menimba pengalaman dalam perang siber kerana dia tahu bila sampai di sana ada individu/pihak yang sudah pasti akan membantu.
Walaupun cuma dalam kadar bantuan seadanya seperti mendapatkan penginapan dan melepas kos minyak motor & makan-minum selama PRK Tenang berlangsung. BACA TENTANG KISAH LALU PRK DI SINI (KLIK!)
Jika dikenang kembali detik itu, sesiapa saja yang berniat ikhlas datang membantu dalam PRK disambut dengan tangan terbuka oleh semua pihak.
Tiada sekatan untuk sesiapa, tiada sebarang diskriminasi antara yang baru datang untuk belajar atau yang sudah berpengalaman kerana bersandar pada konsep: retain & regain - bigger is stronger!
Situasi jauh berubah selepas PRU13. Kepada siapa mahu dituju jika seseorang seperti Lepe ingin datang membantu UMNO/BN di PRK Kuala Besut??
Di PRK Kuala Besut komposisi perang siber pro-BN di bawah kendalian Datuk Ahmad Maslan telah diserahkan secara 'kontrak' cuma kepada kumpulan terpilih, gabungan satu kumpulan 'kaki bodek MB Terengganu' [BACA DI BLOG DIN TURTLE] dan serpihan NGOsiber yang dirampas kuasa yang kini bersama kumpulan 'manjati$
yang ditaja UMNO pusat.
BACA SETERUSNYA
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-