Tuesday, July 23, 2013

BN Dijangka Menang di #PRK #KualaBesut - Pengarah Sosioekonomi UMT


Barisan Nasional (BN) dilihat masih dapat mengekalkan kedudukannya di Dewan Undangan Negeri(DUN) Kuala Besut pada hari Rabu nanti.

Demikian ramalan pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Ibrahim Mamat mengenai peluang kemenangan BN pada pilihanraya kecil Kuala Besut, melainkan berlaku sesuatu yang tidak dapat dijangka.

Ini kerana menurut Ibrahim, Kuala Besut merupakan kubu kuat BN yang dimenanginya BN pada Pilihanraya Umum Ke-13(PRU13).

Antaranya pengaruh Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan II menyumbang kepada faktor sokongan kuat pengundi kepada BN.

“Masyarakat Besut sangat mengharapkan kepimpinan beliau bila beliau tidak ada jawatan boleh menang. Maka juga boleh menang sekarang ada jawatan menteri lebih kuat kedudukan mereka jadi tidak akan tergugat pada pendapat saya,” kata Ibrahim.

Pada PRU13 pada 5 Mei lalu, turut menyaksikan seluruh kawasan DUN di bawah Parlimen Besut dimenangi BN.

Tambah beliau, BN juga dilihat mempunyai kelebihan daripada segi sumber kewangan dan jentera pilihanraya berbanding Pas di kawasan DUN yang mana memerlukan pembangunan.

Biarpun begitu, Ibrahim berpendapat, BN tidak boleh mengambil ringan golongan kelas menengah yang dianggap kritikal.

“Yang BN ini saya rasa dia perlu tumpuan kepada beberapa kumpulan middle class(kelas pertengah), yang lain-lain selamat...sedikit kepada orang muda yang lain-lain hardcorde BN.”

Bagaimanapun, cabaran Pas kini untuk seri dengan BN sepertimana dicanangkan dalam kempen iaitu slogan 16:16.

“Bagi parti pembangkang mereka tak boleh janji bulan dan langit sebab mereka tidak ada sumber kewangan mencukupi yang boleh janji ialah mungkin satu kerajaan yang cekap bersih apabila dia memerintah negara bila berlakunya senario 16:16.”

Bagaimanapun Ibrahim menarik perhatian bahawa jumlah keahlian UMNO Besut yang ramai juga mendorong kepada pengukuhan kedudukan BN di kawasan itu.

Apapun kemenangan pastinya bergantung kepada peratusan keluar mengundi khusus daripada penyokong kedua parti bertanding memandangkan PRU13 diadakan hanya dua bulan lalu.

Friday, July 19, 2013

[VIDEO ] #KualaBesut : Pangsapuri Lay Out, Kezaliman PAS atau BN?


Suasana dan bentuk kempen sederhana di PRK Kuala Besut bagi kedua-dua calon, kini dilihat semakin panas ekoran PAS memainkan semula isu perobohan empat buah kediaman yang berlaku pada Oktober 2012. 

Isu yang hampir setahun berlalu itu kini dijadikan sebagai isu utama mereka untuk menyerang BN, ia dilakukan bagi memastikan misi 16:16 mereka berjaya dicapai. 


Bagi merungkai persoalan serta tuduhan yang dilemparkan oleh PAS melalui sidang media kelmarin, saya serta sahabat blogger GelombangKick berkunjung ke tapak Pangsapuri berkenaan yang terletak di Kg. Lay Out.

Kronologi kes :


Isu perobohan empat kediaman di Kg.Lay Out tidak sepatutnya ditimbulkan oleh pembangkang, Ini kerana tindakan kerajaan negeri mengambil semula tanah yang diduduki mereka jelas tidak melanggar sebarang peraturan.



Bersambung...

Tuesday, July 16, 2013

[VIDEO] : #PRKKualaBesut - ADUN PAS Chukai Arah Che Long Tutup Mulut Sebab Dia Bendul & Tak Cerdik!



Meneliti kenyataan yang diberikan oleh ADUN PAS Chukai, Hanafiah Mat bahawa pihak PAS menyarankan agar calon mereka iaitu Che Long Cari Make agar menutup mulut dari memberi sebarang komen kepada media kerana Che Long dianggap kurang cerdik atau dalam bahasa kasar adalah 'bodoh'.

Jika ADUN Chukai sendiri mengakui bahawa calon PAS dalam misi 16:16 adalah jenis manusia yang 'bendul' apa lagi yang perlu kita pertikaikan.

Che Long Cari Make bukan sahaja dianggap 'bendul', ADUN tersebut juga turut menyatakan Che Long 'kurang cerdik' berbanding wartawan!

Tindakan meletakkan calon yang 'bendul' serta tidak minat untuk menjadi wakil rakyat bagi mewakili dan memperjuangkan nasib rakyat Kuala Besut oleh PAS merupakan satu penghinaan buat rakyat Kuala Besut.

Oghe Kuala Besut, jange buat hal pilih tok wokil 'bendul'!

Sek kito kena pilih hok profesional!

Monday, July 15, 2013

#PRKualaBesut : Tak Sampai 60 Orang Hadir Ceramah PAS...


Jentera sendiri dengar ceramah mereka, bukan rakyat Kuala Besut!

Program ceramah PAS yang diadakan berdekatan dengan rumah Datuk Seri Idris Jusoh semalam menyebabkan PAS malu besar kerana ia hanya dihadiri kira-kira 30 orang sahaja dan lebih memalukan kebanyakkan hadirin yang hadir merupakan jentera kempen mereka sendiri.

PAS masih mengekalkan bentuk kempen kuno mereka dengan mengadakan ceramah, cuma program ceramah mereka kini tidak lagi menampilkan ikon-ikon Pakatan Rakyat sebaliknya hanya disampaikan oleh pemimpin-pemimpin kecil PAS yang kebanyakkan dari Kelantan.

Di mana pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, kenapa mereka tidak membantu calon PAS Che Long 'CARI MAKE' merampas kerusi DUN 01 Kuala Besut?


Walaupun kempen PRK Kuala Besut dijalankan dalam bulan Ramadhan, penceramah PAS nampaknya tidak malu untuk memperkatakan serta menuduh BN dengan pelbagai tohmahan. Inilah bentuk perjuangan ekstremis PAS.

Inilah bukti kenapa awal-awal lagi Datuk Seri Idris Jusoh pesan, supaya PAS melupakan hasrat mereka untuk bertanding kerana ia tindakan tersebut merupakan cubaan yang sia-sia.


Sunday, July 14, 2013

[VIDEO] : #PRKualaBesut Tidak Cukup 'Lacurkan' ALLAH PAS Berkempen Pula di Masjid?



Terkejut saya melihat kegilaan PAS dalam manipulasi rumah Allah untuk membantu kempen politik calon mereka iaitu Che Long 'Cari Make' semalam.

Tidak cukup dengan pengakuan yang mengelirukan sebelum ini sebagaimana yang mengatakan "Allah memilihnya untuk berada di sini (Kuala Besut) seperti mana video yang disiarkan blogger GelombangKick.

Baru hari ketiga kempen, masjid dan surau di Kuala Besut mereka sudah mula pergunakan, tindakan ini sebenarnya adalah satu perbuatan yang tidak patut dimaafkan oleh umat Islam di Kuala Besut memandangkan kempen PAS melalui rumah-rumah Allah sebelum ini telah menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan orang Islam!

Hari ketiga masjid mereka pergunakan, saya dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa PAS kini giat mengerahkan jentera mereka ke setiap surau dan masjid ketika waktu berbuka bagi menyuntik ideologi ekstremis.

PAS mengambil kesempatan ekoran waktu solat Magrib (berbuka) serta berterawih kebanyakkan surau dipenuhi oleh penduduk tempatan lebih-lebih lagi sepanjang Ramadhan!

Penduduk Kuala Besut perlu waspada dengan wajah-wajah 'asing' yang mendekati mereka dengan pelbagai janji-janji termasuklah syurga...

Tunggu rakaman tersorok yang berlaku di antara dua jemaah di dalam masjid...

Jeng..jeng...jeng!

PROFESIONAL : VIDEO CALON BN #PRKualaBesut Pantas Selesaikan Masalah Rakyat!


PROFESIONAL!

Calon BN bersikap profesional dalam menyelesaikan masalah rakyat sekitar Kuala Besut ketika kunjungannya ke beberapa rumah penduduk yang kini memasuki hari ketiga kempen.

Sikap profesional yang ditunjukkan oleh anak ustaz ini memperlihatkan tahap kejujuran beliau untuk berkhidmat kepada rakya setempat. Perbezaan dua calon ini jauh beza dengan calon CARI MAKE pilihan Dato Husam Musa.



Ore Mudo memang Profesional!



Saturday, July 13, 2013

DUN #N01 #PRKualaBesut , DUN Salor, DUN Chempaka & #CalonCariMake - Hok Ado Loni Comel Doh!


13/07/2013 - "Hok ado loni comel doh!" - Itu yang boleh digambarkan apabila melihat pembangunan yang ada di sekitar Kuala Besut. Tak lengkap rasanya berkunjung ke tempat orang tanpa menyelidik sosiopolitik penduduk setempat terlebih dahulu.

Tinjaun saya sebentar tadi di beberapa perkampungan untuk mengenali sosiopolitik masyarakat di sini, boleh dikatakan 'bahang' mula dirasai di sekitar Kuala Besut berbanding semalam.

Bendera-bendera dari kedua-dua parti bertanding dilihat lebih meriah. Mood PRK mula dirasai lebih-lebih lagi peranan pengamal media sosial yang semakin bertambah menghangatkan lagi 'bahang' kempen di Kuala Besut ketika ini.




Calon 'CARI MAKAN'.


"Oh.. Che Long Cari Make..ambo kenal!" - dialog seorang brader ketika saya singgah di sebuah pusat PDM, di mana sebelahnya diadakan satu pertandingan nyanyian burung (kawe lupo burung gapo), satu permainan yang agak popular bagi masyarakat pantai timur.



Che Long cari makan?

Saya tertanya-tanya kenapa calon PAS dikenali dengan nama istilah 'CARI MAKE' bagi masyarakat di sini atau lebih tepat dipanggil sebagai pengundi di DUN Kuala Besut?

Lalu terburailah cerita bahawa calon PAS Kuala Besut ini rupanya bekas AJK Cawangan UMNO satu ketika dulu sebelum dia dipecat ekoran kecenderungan dia untuk 'cari make' dengan PAS ketika PAS menerajui negeri tersebut.

Ingatkan cerita ini hanya mainan di media sosial sahaja, rupa-rupanya ia adalah satu kisah benar malah menjadi buah mulut masyarakat setempat lebih-lebih lagi nama Che Long dipilih sebagai calon PAS.

Kerana menurut brader 'burung' tadi rata-rata ahli PAS Besut mengharapkan bekas calon sebelum ini iaitu Zawawi Salleh dan Wan Azhar Wan Ahmad iaitu Yang Dipertua PAS Besut.

"Kito toksey  Tok Wokil hok banyok duk Kota Bharu dari tempat sendiri!" tambah brader 'burung' kepada merujuk kepada Che Long Cari Make kerana dia khabarnya banyak menghabiskan masa untuk menguruskan perniagaannya di Kota Bharu selain bersikap 'mata duitan' dan gila 'projek'.

Menilai perbualan singkat dengan brader 'burung' maka saya tidak hairanlah apabila Datuk Idris Jusoh menggesa agar PAS jangan membuang masa bertanding sebaliknya beri sahaja kemenangan kepada calon BN.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Besut yang lebih yang arif serta mesra dengan masyarakat Besut itu sendiri maka saya merasakan kata-kata Datuk Seri Idris Jusoh kepada PAS agar "jangan buang masa bertanding" adalah kerana misi 16:16 PAS di Terengganu merupakan satu mimpi yang sukar dicapai oleh mereka.

Hok Loni Comel Doh!

Melihat pembangunan serta infrastruktur yang ada di sekitar DUN Kuala Besut pula, saya berani katakan ia lebih jauh maju berbanding DUN Salor yang diwakili Pengarah PRK PAS Kuala Besut Husam Musa serta DUN Chempaka yang diwakili oleh Mursyidul Am PAS iaitu Nik Aziz sendiri.

Pembangunan di Kuala Besut

Ini pula DUN Chempaka diwakili Nik Aziz berpenggal-penggal lamanya :



Akhir sekali kita lihat DUN Salor yang diwakili oleh Husam Musa :



Yang mana lebih comel...?

Hok ado loni di Kuala Besut comel doh!

Jadi adik-kakok...

KITO KEKAL KUALA BESUT DENGAN BN.

KUALA BESUT BERTAMBAH BIRU...!

#PRK #KualaBesut : Penyokong PAS Tetap Provokasi Walaupun Bulan Ramadhan?


Parti yang sering kali mendakwa mereka lebih Islamik nampaknya gagal menahan nafsu gelojoh mereka dari terus melakukan provokasi kepada penyokong BN termasuk kepada pihak penguatkuasa.

Untuk hari pertama boleh dikatakan suasana masih belum 'panas' sebagaimana seribgkali berlaku dalam PRK yang lepas-lepas.

Mungkinkah esok suasana di Kuala Besut berubah wajah...

Ikuti twitter : @KualaBesut 

Untuk foto dan kemaskini dari Kuala Besut...

Esoklah kita sambung cerita penuh tentang PRK serta situasi di Kuala Besut...

Nak kemas-kemas kem tempat penginapan dulu.

KUALA BESUT BERTAMBAH BIRU...

Friday, July 12, 2013

#PRK #KualaBesut : Sayang Isteri Tinggal-Tinggalkan, Sayang @ahmadmaslan & UMNO/BN Balun-Balunkan...


Setelah dikritik keras beberapa blogger kerana kegagalan Ketua Penerangan UMNO Dato Ahmad Maslan memilih secara strategik jentera siber bagi menghadapi misi 16:15 dalam PRK Kuala Besut.

Akhirnya keputusan saat akhir dibuat di mana beberapa team jentera siber telah dijemput untuk turun ke Kuala Besut menjelang penamaan calon esok.

Inilah sikap pemimpin kita, mereka sering kali alpa mengenai peranan para bloggers/facebookers yang membantu BN bermula sejak PRK Manek Urai hinggalah PRU13 yang lalu. Jika tidak dikritik secara keras mereka sering kali bersikap 'buta perut'.

Tidak cukup dengan itu mereka 'melompat' kepanasan mengatakan bloggers keterlaluan, melampau, kurang ajar biadap dan sebagainya. Tidakkah mereka fikir bahawa bloggers/facebookers tidak akan mengkritik secara terbuka jika mereka berlaku adil kepada setiap pasukan jentera siber pro BN.

Ahmad Maslan harus sedar, jika beliau serta semua pemimpin UMNO bersikap adil dalam membantu jentera siber dari setiap kumpulan bloggers/facebookers pro BN, tidak mungkin berlaku perpecahan di kalangan bloggers/facebookers.

Inilah lumrah pemimpin UMNO, jika mohon bantuan secara formal dan baik melalui emel, sms, surat atau kertas kerja.  Ia hanya dipandang enteng atau dibakul sampah oleh mereka, ironinya jika bloggers/facebookers 'balun' 'bantai' mereka secara terbuka mulalah pelbagai alasan dikeluarkan akhirnya bantuan dihulur tanpa banyak songeh!

Dek kerana kegagalan Ahmad Maslan dan segelintir pemimpin UMNO, akhirnya budaya 'balun pemimpin' menjadi sifat biasa bagi bloggers/facebookers pro BN.

Wahai pemimpin UMNO, jangan ingat dengan jemputan serta bantuan di saat akhir untuk turun membuat liputan di PRK Kuala Besut mampu mengentikan kegilaan bloggers/facebookers ,mana mungkin kami berdiam diri dan melihat setiap tindakan 'bengong' kamu!

You tak mahu kena balun, kena kritik, you kena adil Datuk...!

Takkan benda simple macam ni, bloggers nak kena beritahu?

Beberapa rakan bloggers seperti 1Peluru, Sangkakala, Facebookers serta sahabat dari bloggers dari Nadi Rakyat dimaklumkan telah bergerak ke Kuala Besut.

InsyaAllah saya susuli mereka selepas sahur untuk membantu BN dalam misi 16:15 Terengganu!


Ikuti perkembangan terkini di : http://prk-kuala-besut.blogspot.com

Selamat Bersahur!

YY : "sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang UMNO balun-balunlah pemimpin kita! Boleh gitu...?"

Thursday, July 11, 2013

APABILA SI BONGOK JADI KETUA PENERANGAN UMNO - Tahniah @NajibRazak @AhmadMaslan & UMNO!


Dah lama aku malas nak komen pasal politik bebal yang menjadi amalan sesetengah pemimpin dalam UMNO. Ini pun boring punya pasal jenguk-jenguk ruang blogosfera sekejap, pada awalnya nak tahu perkembangan PRK Kuala Besut.

Tapi tak banyak blog yang siar cerita dari lokasi, apakah perkembangan, pergerakan, bentuk kempen calon BN yang berlaku ketika ini.

Kenapa agaknya lesu dan tidak 'meriah' sambutan blogger terhadap PRK Kuala Besut?

Khabarnya kelesuan PRK Kuala Besut di ruang blogosfera adalah kerana Ahmad Maslan mengguna pakai khidmat blogger-blogger kontrak yang entah dari mana datangnya.

Berapa tahun kontrak yang dipersetujui, berapa nilai kontrak itu hanya Ahmad Maslan saja yang tahu...

Siapa boleh senaraikan blogger yang berpengalaman dalam PRK/PRN/PRU turun untuk membuat liputan tentang PRK Kuala Besut...?

Dalam list di bawah siapa sahabat-sahabat blogger yang turun PRK Kuala Besut?


Ada siapa tahu...?

DARI BLOG 1PELURU :
Mengimbau kisah lalu di PRK Tenang, 3 tahun lepas... Facebooker, Lepe meredah hujan renyai sendirian menaiki motor kapcai dari rumahnya di Klang, Selangor hingga ke Tenang, Johor untuk turut sama berjuang membantu UMNO/BN di sana. 
Waktu itu Lepe tidak gusar walaupun masih baru mahu menimba pengalaman dalam perang siber kerana dia tahu bila sampai di sana ada individu/pihak yang sudah pasti akan membantu. 
Walaupun cuma dalam kadar bantuan seadanya seperti mendapatkan penginapan dan melepas kos minyak motor & makan-minum selama PRK Tenang berlangsung. BACA TENTANG KISAH LALU PRK DI SINI (KLIK!) 
Jika dikenang kembali detik itu, sesiapa saja yang berniat ikhlas datang membantu dalam PRK disambut dengan tangan terbuka oleh semua pihak. 
Tiada sekatan untuk sesiapa, tiada sebarang diskriminasi antara yang baru datang untuk belajar atau yang sudah berpengalaman kerana bersandar pada konsep: retain & regain - bigger is stronger! 
Situasi jauh berubah selepas PRU13. Kepada siapa mahu dituju jika seseorang seperti Lepe ingin datang membantu UMNO/BN di PRK Kuala Besut?? 
Di PRK Kuala Besut komposisi perang siber pro-BN di bawah kendalian Datuk Ahmad Maslan telah diserahkan secara 'kontrak' cuma kepada kumpulan terpilih, gabungan satu kumpulan 'kaki bodek MB Terengganu' [BACA DI BLOG DIN TURTLE] dan serpihan NGOsiber yang dirampas kuasa yang kini bersama kumpulan 'manjati$
yang ditaja UMNO pusat.
BACA SETERUSNYA  

Monday, July 8, 2013