Sunday, March 31, 2013

Kritikal Terhadap Kerajaan, Siapa Prof. Emeritus Abdul Latiff Dari UKM?


Makin hampir dengan pilihan raya, kita dapat lihat ramai individu tampil 'berkempen' secara tidak langsung kepada pihak yang disokong oleh mereka. Selain golongan artis, para pensyarah juga dilihat tidak mahu ketinggalan untuk memanaskan lagi bahang PRU13.

Gerak kerja 'kempen halus' ini pula bukan melalui ceramah-ceramah di pentas parti politik tertentu. Sebaliknya golongan ini hanya menggunakan platform media sosial bagi mempengaruhi para pengikut atau pelajar di bawah jagaannya.

Inilah yang dilakukan oleh Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Latiff di laman facebook miliknya, berdasarkan kiriman emel yang dihantar oleh mahasiswa UKM sendiri menyatakan hampir setiap hari Prof. Dr. Abdul Latiff bersikap kritikal terhadap apa jua cadangan dan keputusan yang diambil oleh kerajaan malah ia juga sinis menyindir pemimpin kerajaan seperti PM.

Petikan email yang dihantar :
"bro YY,
Saya adalah mahasiswa yang menuntut di UKM, saya mohon bro meneliti beberapa komen yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dato Dr. Abdul Latiff di laman facebooknya. Prof Abdul Latiff begitu kritikal terhadap kerajaan. Sikap begini tidak disenangi oleh mahasiswa malah kakitangan yang lain. Saya juga lihat tindakan Prof. Abdul Latiff mungkin boleh menimbulkan persepsi serta sentimen membenci kerajaan di kalangan mahasiswa. Saya harap bro teliti beberapa screen shot yang saya hantar.."
Lalu saya meneliti beberapa skrin shot yang dikirimkan kepada saya, berdasarkan pemerhatian saya jelas Prof. Abdul Latiff ini seorang kakitangan kerajaan yang bersikap kritikal, namun dia bijak menyusun ayat-ayat di facebooknya supaya ia tidak dilihat ketara menyebelahi parti politik tertentu.



Mungkin ini belum jelas untuk kita membuktikan sikap anti kerajaan oleh pegawai kerajaan yang dilantik secara kontrak ini, tetapi paparan di bawah mungkin jelas untuk menggambarkan pegangan politik beliau :




Dan status terbaru Prof. Dr. Abdul Latiff berhubung artikel pendedahan NST hari ini, di mana beliau kononnya terkejut keraja NST menyiarkan artikel negatif mengenai negeri Kelantan.


Hahaha...

Ini paling kelakar, apabila seorang yang bergelar Prof. Emeritus terkejut membaca artikel NST kononnya menyiarkan artikel negatif sesama muslim. Baginya isu yang didedahkan NST hari ini berlaku di mana-mana.

Mari kita bercakap dari skop yang lebih besar, soalan saya kenapa hanya NST yang difokuskan oleh Prof. Emeritus Abdul Latiff Mohamad?

Jika artikel NST yang disertakan bukti video itu 'mengejutkan' Prof. Abdul Latiff, saya sarankan agar Prof. Abdul Latiff tutup mata melihat artikel yang disiarkan akhbar keluaran parti Islam PAS di bawah kerana dibimbangi Prof. Abdul Latiff diserang sakit jantung!



Prof. Abdul Latif tidak terkejut melihat Harakah akhbar keluaran parti 'Islam' cap ayam PAS menjadi penyambung kepada kisah aib Anwar Ibrahim seperti di bawah?


Mungkin Dr. Abdul Latiff perlu tambah 'power' kaca mata yang dipakai olehnya...

Hak Prof. Emiritus Dato Dr. Latiff untuk meluahkan pandangan atau menyindir pemimpin kerajaan di laman facebooknya, dia juga berhak untuk menyokong mana-mana parti politik.

Tetapi jangan lupa hak saya juga untuk mendedahkan sikap buruk kakitangan kerajaan yang cuba mempengaruhi golongan mahasiswa untuk membenci kerajaan.

Adil bukan...?



Saturday, March 30, 2013

PKR Rancang Cetus Kekecohan di Pusat Buang Undii


Makin hampir dengan PRU13 semakin banyak pekung cuba dibuka oleh pihak pembangkang kepada kerajaan. Namun di atas kuasa Allah SWT segala percubaan mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan dilihat terpalit ke atas batang hidung sendiri.

Setiap kali negara mendekati pilihan raya juga kita akan dihidangkan kisah-kisah seperti pengundi hantu, SPR penipu, BN beli undi serta pelbagai tuduhan dari pembangkang. Mungkin ada yang tertanya kenapa isu-isu ini hanya timbul setiap kali musim pilihan raya.

Mungkin kerana sedar taktik yang sering digunakan setiap kali musim pilihan raya tidak lagi dapat menyakini rakyat, maka PKR bertindak cuba mencetuskan kekecohan di pusat pembuangan undi. Ia mungkin untuk menarik perhatian media antarabangsa kononnya pilihan raya di Malaysia tidak adil dan memerlukan campur tangan antarabangsa.
Dari blog Angin Perubahan :
Beberapa orang aktivis Mesir memakai baju Otpor ketika revolusi menjatuhkan Hosni Mubarak. Otpor dimulakan oleh George Soros di Serbia. Otpor yang berpangkalan di Switzerland menjadi satu pusat latihan aktivis untuk membuat "color revolution" di seluruh dunia. Matlamatnya adalah untuk menukarkan sesuatu pemerintahan melalui konflik, memanipulasi harga minyak dan mendesak institusi kewangan Islam memohon bantuan kewangan antarabangsa (baca sini).
Bagi menjayakan "color revolution", dua institusi yang sering menyumbang dana untuk menjayakan agenda besar Rothschilds ini adalah Open Society Institute dan NED. Menurut Thierry Meyssan (Presiden Voltaire Network) dalam artikel bertajuk "NED: National Endowment for Democracy-The networks of "democratic" interference" pada 7 Oktober 2008. 
Dalam majlis ulang tahun ke-20, National Endowment for Democracy telah mendedahkan ia telah menaja dan memberikan arahan kepada lebih daripada 6000 pertubuhan sosial dan politik di seluruh dunia.NED mengesahkan telah menubuhkan secara lengkap kesatuan sekerja Solidarnosc di Poland, Charter 77 di Czechoslovakia dan Otpor di Serbia. [Selanjutnya]

Friday, March 29, 2013

Pelampau Agama dan Kebenaran di Sebalik Peristiwa Memali


Peristiwa Memali merupakan modal setiap tahun para pemimpin PAS untuk memburuk-burukkan kerajaan BN kononnya bertindak kejam dengan sengaja membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya.

Walhal fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam itu berpunca daripada golongan pemimpin PAS sendiri yang  menanam semangat 'jihad' ke atas pengikut mereka demi kepentingan politik. Fakta dan kebenaran peristiwa Memali ini dapat dibaca penuh melalui Kertas Putih :

 [http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf]

Tetapi fakta-fakta ini cuba disorok oleh parti PAS, sebaliknya mereka bermain dengan propaganda kononnya peristiwa berlaku kerana negara ini diperintah oleh pemimpin UMNO yang zalim. Dua video yang menyingkap sejarah Memali ini mungkin boleh membuka mata sesetengah pihak, terutama sekali golongan muda yang 'buta perut' kononnya kerajaan menzalimi 'ulamak'.







Tuesday, March 26, 2013

Makin Terpesong, Ulamak Kelantan Jauhi PAS! #TukarKelantan


Jika 22 tahun dahulu, merekalah lebih Islamik dari semua umat Islam di Malaysia. Mereka juga mendakwa pihak yang menentang mereka sebagai kafir gara-gara bekerjasama kaum bukan Islam seperti parti kompenen seperti MCA dan MIC.

Tetapi kini semuanya berubah, bukan sahaja bekerjasama dengan kafir DAP lebih memalukan mereka menutup mata dan merelakan dengan segala penghinaan yang dibuat oleh rakan sekutu mereka chauvanist DAP.

Ia dapat dilihat menerusi Kalimah Allah, isu Pluralisme Agama serta kebebasan seks LGBT, PAS dilihat hilang taring untuk berhadapan dengan 'abang besar' mereka. Malah tidak keterlaluan jika kita mengatakan PAS lebih cina daripada cina DAP sendiri.

Gara-gara penyelewengan dan dilihat mula terpesong dari ajaran Islam sebenar, tidak hairanlah ulamak-ulamak di Kelantan dilihat bersepakat menolak mereka serta mengeluarkan fatwa bahawa jatuh HARAM undi PAS kerana mengundi PAS ibarat mengundi DAP yang memang dikenali sebagai sebuah parti yang bersikap anti Islam.

Jika ulamak sendiri menjauhi PAS, adakah PAS layak digelar sebuah parti Islam?
Dari Blog MPP : 
Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya. 

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah. 

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.

Friday, March 22, 2013

Part 2 : Kebenaran Di Sebalik Liwat II


It is indeed drama at its very best when a father who sits besides his son when the son swears in the name of God that he was indeed sodomised by the opposition leader, begs the Attorney General to appeal his son’s case when the AG Chambers were in the process of contemplation but somehow somewhat makes a 180 degree turn and accuses his son of making himself a pawn in a political game.

Throw in the name of the Prime Minister and confess that you have been a PKR supporter since 1998, you have a story that can make you millions albeit compromising your dignity, your own son’s integrity and give unwarranted political mileage to the opposition coalition.

I despise gutter politics, even if the person doing it was my idol, hence the reason I have decided to come up in the previous open letter with all the discrepancies that occurred during the course of Sodomy 2.

If all Anwar could conjure is that I was not his lawyer, in an official statement in the PKR website, it lends credibility to my side of the story as to the happenings in Sodomy 2 for the very reason that not even one of my allegations were answered with facts.

Of course, I got the usual bullshit of me being bought by Umno-BN but to be honest that is the least I bargained for knowing the PKR modus operandi of treating their de facto as “Anugerah Tuhan”.

As I had mentioned in my open letter previously, Anwar Ibrahim did not have the guts to take the stand and fight his case. This is the same man who went around the country in the run up to the judgment day on 9/1/2012 to explain his side of the story to the public but did not do it in open court.

Anwar decided to play the Mandela role to gain public empathy and overseas sympathy that he was not offered a fair trial. He ran away from answering questions and that is the truth.

Saiful Bukhari was asked questions in court by senior lawyers such as Karpal Singh and rest of the defence team. He had the guts and courage to withstand the questions that were thrown at him. Why Anwar failed to do the same? He claimed conspiracy from the word go but why so much hesitation and anxiety to take the stand if such an incident never occurred in the first place.

Carefully notice that Anwar hesitates and is afraid to make any statement under oath or in the name of Lord. Something which the guy Anwar claims to be a consummate liar, Saiful Bukhari, has done so. Since he is a tree man now, he loses the charm and popularity that came when he played victim of an alleged Umno-BN conspiracy.

The very court, which he had labeled as a “Kangaroo Court” and a BN tool, has acquitted him. How does he prove his point that BN is behind this saga again?

Saiful’s dad had no role whatsoever in the trial. He played the father who cared about his son until last week and now he claims conspiracy. 

Why? The answer is simple. Anwar wants to hammer in the point that he is a victim of conspiracy. He is making Azlan his mouthpiece. Saying the things he wants to say through Azlan. Remember that Anwar is the King of deception.

Still skeptical over my explanations? Please ask “Anugerah Tuhan” to answer these questions:

1 Who prepared press statement Azlan read out in the press conference? If you are telling the truth, why pre-empt it? And I know for sure who wrote it Dato’ Seri.

2 Why join PKR and claim that he has been a PKR supporter since 1999 when till recently he has been anything but supportive of their “apparent” and “deceptive” cause?

3 What is the haste and need in having Azlan coming up with such statement and immediately roping him into PKR, that too without the presence of the party president? Does she even have a say in the party?

Anwar’s intentions are simple. He wants to put blame on the government or more precisely Umno-BN for the bisexual image that has been attached to him. For him, it is the case of proving that his assertion of conspiracy is true. 

But the problem is, Anwar “allegedly” sodomised Saiful, not his dad.

My open letter previously has made many question my integrity. The problem is when wrong things are happening right in front of my eyes, you can’t just keep mum and move on, especially when you feel cheated that the very man you believed is a reformist and an honest man is not what he is. I am willing to take the flak as long as the rakyat know the real man behind the reformist mask.

Attack me all you can. I have put forward questions to Anwar in my previous letters. I have now too. I have documents to back all my claims, even this.

Astroboy no documents pertaining to your trial went without having a “check in” to my e-mail inbox. And this is not even part 2 of my article to your scam in Sodomy 2. Recall the alibi list? Recall the recorder that was passed to me by your brother, Rosdi to record all the conversations in the interview?

My demand is simple. Do not use Saiful’s dad for your political mileage ever again. Fight Saiful like a man.
Former Anwarista, a boy privy to all underground happenings in Sodomy 2

Monday, March 18, 2013

[VIDEO] : #PKRGangster - Kacau Ceramah Zulkifli Nordin



Mungkin ini yang dikatakan 'politik matang' ala PKR - ceramah YB Zulkifli Nordin nampaknya diganggu oleh kumpulan lelaki seramai 60 orang yang berpakaian PAS dan PKR. Tetapi mereka lupa bahawa perkataan-perkataan yang dilemparkan terhadap UMNO sebenarnya adalah perwatakkan mereka sendiri.

Nampaknya pengikut Anwar Ibrahim di Permatang Pauh mula gusar, kerana kini difahamkan pengaruh Anwar Ibrahim di kawasan tersebut semakin berkurangan lebih-lebih lagi kegagalan beliau menjawab kaitan beliau dengan Misuari mengenai isu Lahad Datu.

Jadi tidak hairanlah kumpulan 'gangster' dikerah untuk menggangu perjalanan ceramah YB Zulkifli Nordin, kerana jika tidak diganggu mungkin jumlah 600 orang yang hadir mendengar ceramah tersebut bakal menjatuhkan air muka Anwar Ibrahim di kubu kuat sendiri.

Friday, March 15, 2013

Diancam Orang Presiden PKR, Kandungan Laporan Polis SUPOL Zuraida Kamaruddin!


Parti Kian Rapuh (PKR) semakin hari semakin bercelaru, selepas menghantar satu surat kepada Presiden PAS supaya menasihati Presiden PKR Kak Wan berundur daripada jawatan yang disandang. Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang mengadu pula kepada polis kerana bimbang keselamatannya selepas diburu oleh orang-orang Kak Wan.

Antara kandungan laporan polis yang dibuat oleh Fareez adalah :
1. Saya seperti penama di atas dengan ini ingin membuat laporan polis kerana saya khuatir dengan keselamatan saya dan keluarga saya yang kini sedang terancam dan dalam bahaya. 
2. Semasa menginap di Hotel Sama-Sama KLIA, saya telah diberitahu oleh pihak hotel terdapat beberapa orang yang tidak dikenali cuba mencari maklumat mengenai bilik penginapan saya. Saya percaya bahawa kemungkinan mereka ini adalah dari kalangan penyokong atau orang suruhan Datin Seri Wan Azizah yang marah dengan saya. 
3. Saya yakin bahawa saya kini sedang diburu oleh para penyokong atau orang suruhan Wan Azizah, rentetan kesan daripada surat yang ditulis oleh saya kepada Tuan Guru Hadi Awang dan sisipan salinan kepada Tok Guru Nik Aziz serta YB Karpal Singh. 
4. Dalam kandungan surat tersebut, saya telah meminta jasa baik Tuan Guru Hadi untuk menasihati Wan Azizah agar sedia berundur kerana beliau tidak layak untuk memimpin parti dan hanya YB Azmin Ali yang layak. Jelas, surat saya tersebut telah menimbulkan kemarahan Wan Azizah terhadap saya.  
5. Saya juga percaya bahawa Wan Azizah juga berniat mahu menghancurkan karier politik saya dalam Keadilan atas faktor cemburunya terhadap hubungan rapat antara saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini ada pihak yang mengganggu gugat keselamatan saya dan keluarga. 
6. Maka, saya memohon pertolongan dari pihak polis untuk memberi jaminan perlindungan dan keselamatan kepada saya dan keluarga dari pihak yang mahu mengecam saya.
Kita tidak perlu tanya kepada PKR, kerana jawapan yang akan diterima sudah pasti pihak yang akan dipersalahkan adalah UMNO, begitu juga jawapan yang diberikan oleh pembantu Kak Wan apabila saya bertanya tentang isu ini melalui laman twitter :
Mungkin mereka sudah disuntik dengan perkataan "salah umno, budaya umno", sehingga segala apa soalan yang saya ajukan jawapan yang diberikan sama. Seperti mana saya katakan sebelum ini saya bersetuju dengan Fareez agar Presiden PKR Kak Wan berundur daripada jawatannya [sini]

Walaupun terdapat desakan ahli bawahan agar Presiden mereka berundur sehingga ke hari ini tiada respon daripada Kak Wan. Sebaliknya Zuraida Kamaruddin pula yang tampil membuat penafian mengatakan bahawa Fareez bukan bekerja dengannya.

Hahaha...

Pembohong!

Saya pernah melihat kelibat Fareez mengekori Ahli Parlimen Ampang ini ke mana sahaja, tetapi selepas Fareez menulis surat memohon campur tangan Hadi Awang, tiba-tiba tampil menafikan Fareez bekerja dengannya.

Alahai...

Saya bersimpati dengan nasib Fareez, tetapi apakan daya, sudah itu yang dipilihnya. Sudah tahu Anwar Ibrahim itu adalah suami kepada Presiden parti yang disertainya, kenapa cuba-cuba menjalinkan hubungan intim dengan suami orang?

Hahaha... (tidak pasti sama ada ke ranjang atau pun tidak..haha)

Tidak mungkin ahli bawahan yang baru setahun jagung berpolitik, berani mendesak supaya Presiden malah individu yang bertanggungjawab menubuhkan (ADIL) pada tahun 1999 berundur tanpa ada dorongan daripada orang lama parti tersebut.

Persoalannya, siapa yang mendorong Fareez menulis surat tersebut?

Zuraida Kamaruddin atau Azmin Ali?

Thursday, March 14, 2013

[VIDEO] : #PrayForSabah - Ketibaan Perwira Anak Kelantan Yang Terkorban di #LahadDatu



Ketibaan dua anak Kelantan, perwira negara yang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu di selubungi suasana sedih. 

Jenazah perwira negara yang tiba sekitar jam 10.50 pagi semalam disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato Sri Mustapa Mohamed selain turut disertai oleh Menteri Besar 'dinosour' Nik Aziz Nik Mat.

Malangnya ketika semua berkumpul berdiri menunggu ketibaan jenazah, Menteri Besar Kelantan nampaknya lebih selesa duduk di dalam kenderaan rasmi Menteri Besar. Sebaik saja jenazah turun dari kapal terbang milik TUDM barulah berpusu-pusu datang diiringi pengikutnya.

Nak marah pun tak boleh juga, mungkin sebab tua dan uzur jadi beliau tak boleh berdiri terlalu lama. Kalau dah sedar diri dah tua kenapa tidak saja berundur dan berehat.

Penulis melihat dan mendengar bagaimana bangang seorang exco yang menyebut "kalu doh jahat, jahat situlah" gara-gara pihak tentera tidak memberikan kebenaran kepada Nik Aziz melakukan solat jenazah di lapangan terbang. 
Sebaliknya pihak tentera memaklumkan bahawa solat jenazah hanya akan dilakukan sekali sahaja iaitu di rumah Allahyarham, tapi dek kerana bodoh dan ingin mengambil 'political milage' ADUN PAS ini menyindir kononnya kerajaan sengaja menghalang mereka.

Monday, March 11, 2013

Part 1 : Kebenaran di Sebalik Liwat II


Kelakar apabila melihat para pejuang-pejuang saibertrupers pembangkang yang begitu menjulang Azlan Mohd Lazim seolah-olah apa yang dikatakan olehnya adalah sebuah kebenaran, malah ada yang menganggap pengakuan bapa Saiful Bukhari ini sebagai 'anugerah' dan 'petunjuk' dari Allah SWT menjelang PRU13.

Beginilah sikap ketaksuban yang ada dalam setiap kepala otak totok pembangkang di Malaysia, apabila seseorang individu atau sesuatu perkara yang menyebelahi pihak maka tanpa prejudis diangkat individu tersebut sehingga gagal berfikir secara waras.

Sebagai contoh, jika dahulu Mat Sabu, Karpal Singh antara orang yang kuat menjaja cerita kononnya Anwar Ibrahim seorang peliwat. Hari ini kita melihat mereka mengatakan sebaliknya, malah sang peliwat ini diangkat sebagai ketua oleh mereka.

Begitu juga kes melibatkan bapa Saiful Bukhari, sebelum ini beria pihak pembangkang mendakwa bapa Saiful Bukhari ini seorang kaki judi sehingga sanggup melacurkan isterinya, hari ini tuduhan itu bertukar menjadi sebaliknya.

Sebelum ini Chegu Bard sendiri dengan tegas mendedahkan siapakah Azlan Mohd Lazim, sebagaimana disiarkan di bawah :


Tetapi hari ini, saudara boleh melihat sendiri bagaimana mereka menjulang bapa Saiful Bukhari - adakah mereka fikir rakyat hari ini terlalu bodoh sehingga gagal mengingati setiap kenyataan yang dibuat oleh mereka sebelum ini?

Melihat dari tindakan dan setiap kenyataan yang berubah yang selalu diamalkan oleh pemimpin, pengikut hinggalah tindakan Azlan Mohd Lazim sendiri, kita sewajarnya menggunakan akal yang waras sebelum mempercayai bahawa dakwaan yang dibuat itu adalah sebuah kebenaran...


Mungkin selepas ini cerita Anwar Ibrahim sengaja membiarkan diri memasuki 'perangkap seks' yang disediakan oleh UMNO bakal kembali popular.

Kahkahkahkah!


Dari FMT :
The real story of Anwar’s Sodomy 2 ( Part 1)
FMT LETTER: From Yuktes Vijay, via e-mail
I read with anger the news that Saiful’s dad has joined PKR. I knew from Day 1 that the party was devoid of any integrity but for it to stoop to this extent is just mind boggling. I was working with one of Anwar’s long-time lawyers during the whole course of Sodomy 2 and was involved in A-Z of the trial itself.
When I say A-Z, it means from meeting the forensic and DNA experts to reviewing of the documents to finding case laws for his submissions. I was involved in everything. I do not wish to mention the name of the lawyer here as I revere him as my mentor and I do not wish to drag him into this frustration and anger pouring of mine.
Why Anwar never took the stand?
Anwar claimed that he was never offered a fair trial. The truth is he was never brave enough to take the stand. He was never going to withstand the questions that were about to be put forward to his now ally Datuk Yusof. If you Pakatanians have doubts, why not ask him these questions and get valid, acceptable and not logically challenging answers for it.
  • Why did Anwar personally and specifically request his Chief of Staff, Ibrahim Yaakob to send Saiful to the apartment carrying documents when there were other staff there;
  • How come Saiful was aware of the code to enter the apartment which was ‘Mokhtar’, the name of Anwar’s security chief and brother-in-law? ;
  • Video evidence that was sent to Gandhi Labs in New Delhi confirmed the presence of Saiful in the apartment, so how can Saiful’s presence in the apartment be refuted;
  • Why was Saiful afforded special treatment i.e. he was given his own room, privilege of following Anwar for overseas trips though he was a new staff;
  • Anwar’s current aide, Najwan Halimi had previously e-mailed Anwar and told him about Saiful’s apparent afflictions to BN. Why was the call not heeded by Anwar?
Fearing that Anwar will not be able to withstand the onslaught by the Prosecution, the defence team then decided to ask him not to take stand uder the pretext that he was not offered a fair trial. Anwar excelled in conning, deceiving and cheating the public by assuming a Mandela like persona. He is no Mandela, merely a good con artist.
Fund for the overseas experts
The surprising factor here is why no one has ever questioned the fees that were involved in paying the forensic experts, Dr Brian Macdonald and Dr David Wells. Contrary to what the general public have been made to believe, they were paid hefty sums to defend him. When they were here, they stayed in Shang-ri La Hotel for a number of days.
Where did the money to pay the hotels come from? Did Anwar pay from his own pocket? No, he does not even pay his lawyers. So, he had very rich Datuks funding him. I do know the name of the Datuk, but for the reasons known close to me I will not disclose the name.
The problem is if PKR can throw questions as to the wedding expenditure of the Prime Minister, why not question where the money to pay these experts came from? If a former convict and a mere Opposition Leader can have Datuks funding his legal expences, what is wrong in having  Datuks funding the wedding of the PM’s daughter?
Saiful
I don’t know much about Saiful. The only thing I can say is that the reason he was denied justice is that the Investigating Officer, Jude Perreira, ignored the protocols told to him by Jabatan Kimia and decided to do his things his own way.
There were traces of Anwar’s DNA in his rectum. The only thing that stopped the judge from convicting Anwar was the “break in the chain of evidence”. I will write a full piece on this soon. This drama itself deserves a full piece write up.
In a nutshell, there was evidence of Anwar’s semen in Saiful’s rectum. However, due to a break in chain of evidence and the question mark over the integrity of the samples, the evidence was not used.
So the judge had no other way of corroborating Saiful’s evidence.
Conclusion for Part 1
Anwar is a consummate liar. He is using Saiful’s dad to play up his victim role in order to garner votes. We all know for a fact that since he got acquitted he has lost that bit of “charm” about him as he has nothing to yell about anymore. I really hope he sues me so that I can prove in Court what I have just mentioned.
Remember Anwar Ibrahim, I grew up adoring you. I know your modus operandi and I aspired to be you. Sue me please. Let the public watch Anwar vs Anwar clone (which is me) in action.  And  remember the e-mails, Astroboy? I have all of them saved. Come get me!
The writer, a former Anwarista, worked in Anwar’s Sodomy 2 trial for the defence

#LahadDatu : Check Mate! Twitter & Emel AIC Mengesahkan Anwar Bertemu Nur Misuari #PrayForSabah

Paparan emel dari AIC yang mengirimkan empat keping foto :


Artikel sebelum ini pernah mendedahkan paparan emel yang dihantar di kalangan exco-exco Anwar Ibrahim Club (AIC) yang menghantar gambar Anwar Ibrahim bersama Nur Misuari. Sahabat blogger MyMassa menyiarkan satu paparan Twitter melalui laman blognya sekaligus mengesahkan berlakunya pertemuan di antara Anwar Ibrahim bertemu Nur Misuari pada 17 Julai 2012.

Artikel MyMassa [klik]


Sebelum itu, portal Manila Post dan Reuters terlebih dahulu mendedahkan perkara ini melalui laporan berita mereka yang mana Anwar Ibrahim tidak mengemukakan tindakan saman ke atas mereka sebaliknya Utusan Malaysia & TV3 yang dipersalahkan.

Walhal jika dilihat, impak berita yang disiarkan oleh Reuters lebih menjejaskan imej beliau berbanding dengan berita yang dilaporkan Utusan dan TV3. Pendedahan ejen perisikan Filipina dan juga Reuters sehingga kini masih gagal dijawab dengan baik oleh Anwar Ibrahim.





Anwar Ibrahim bertemu dengan Nur Misuari pada bulan 17 Julai 2012 di Strategic Review Forum, manakala Jeffry Kitingan pula bertemu dengan adik Kiram III pada bulan 5 Julai 2012. Pertemuan mereka terus menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia sehingga kini.



Misteri pertemuan pemimpin pembangkang dengan Nur Misuari MNLF dan adik kepada 'Setan Sulu' Kiram III belum pun terjawab, negara dikejutkan dengan pengakuan bapa Saiful Bukhari.

Adakah ia secara kebetulan, atau ia benar-benar konspirasi?

Paling gempak, laman Facebook Nur Misuari bukan dikendalikan oleh pihak berkaitan dengan MNLF tetapi ia dikendalikan oleh orang PKR sendiri...

Nantikan pendedahan berikutnya...

Chiow!

Takut punya pasal, laman AIDC digodam semalam...


Sunday, March 10, 2013

Ratu Cantik 'Mak Nyah' Di Serambi Mekah, UMNO Juga Salah? #TukarKelantan


Hello...hello!

Apa khabar Tuan Pengarah MPKB-Bri?

Masuk melawat kampung tanyo khabar masalah...

Sedap juga lagu ni...

Baca pendedahan video di bawah [SINI]

[VIDEO] : Orang Kelate 'Naik Angin' Dengan Tun M! #TukarKelantan



20 ribu!

Jalan Kota Bharu ke Pasir Mas habis sesak sejak jam 12.00 tengah hari, kehadiran Tun Mahathir memang buat orang Kelantan 'naik angin' di mana berpusu-pusu rakyat dari segenap daerah di Kelantan turun memenuhi padang Sek. Menengah Panglima Raja Lemal, Pasir Mas untuk bersama dalam Perhimpunan Orang Kelantan 'Naik Angin' yang dianjurkan oleh Perkasa Kelantan.

Luar biasa boh!

Baca selebihnya [sini]

Malas nak menaip, hehehe!

Saturday, March 9, 2013

[VIDEO] : #PrayForSabah Sidang Media Terkini Tembak Menembak Berlaku - Seorang Penceroboh Maut



Sidang media terkini 9 Mac 2013 oleh Ketua Polis Negara, menurut KPN seorang penceroboh cuba keluar daripada kawasan kepungan sekitar jam 8.00 pagi tadi di mana menyaksikan tembak-menembak berlaku.

Sehingga ke hari ini jumlah penceroboh yang ditembak mati adalah 53 orang manakala 79 yang lain ditahan. Menurut Panglima ATM penceroboh ketika ini terperangkap di kawasan Kg.Tandou dan Tangjung Batu.

Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim, Saiful Bukhari, #LahadDatu & Konspirasi - Siapa Yang Untung?


Tatkala masyarakat Malaysia memerhati segala kebarangkalian yang akan berlaku di dalam insiden pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa siri mereka tentera Sultan Sulu, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengakuan bapa Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim yang mendakwa kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dengan anaknya adalah sebuah konspirasi UMNO.

Dek kerana pengakuan daripada Azlan Mohd Lazim, perhatian masyarakat segera tertumpu kepada kenyataan tersebut, lalu isu berbangkit mengenai pencerobohan Lahad Datu yang mana wujudnya kebarangkalian penglibatan Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi keutamaan lebih-lebih lagi kepada pemerhati politik.

Kita harus menilai apa yang dikatakan oleh Azlan Mohd Lazim, kerana berdasarkan rekod sebelum ini dia dilihat menyokong kuat anaknya, malah mendesak agar Peguam Negara menyegerakan rayuan di atas kes anaknya, tetapi tiba-tiba semalam Azlan Mohd Lazim 'pusing 360 darjah' dengan menuduh UMNO berkonspirasi di dalam kes tersebut.

Kita rujuk rekod sebelum ini kenyataan daripada Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa kepada Saiful Bukhari :

Daripada The Malaysian Insider :


Daripada Utusan Malaysia :



Berkali-kali Azlan Mohd Lazim merayu agar kes tersebut disegerakan, malah mengecam keras kenyataan Majlis Peguam ekoran badan tersebut menyarankan agar Peguam Negara tidak memfailkan rayuan di atas kes membabitkan anaknya.

Tetapi ketika negara berhadapan dengan pencerobohan di Lahad Datu, tiba-tiba dia muncul membuat kenyataan yang berlawanan dengan kenyataannya sebelum ini.

Persoalannya adalah kenapa sekarang?

Kenapa pengakuan ini tidak diceritakan ketika kes liwat dibicarakan di mahkamah, kerana pengakuan yang mengatakan kes liwat ini konspirasi UMNO boleh memberi kelebihan kepada Anwar Ibrahim lebih-lebih lagi kes ini sedang dibicarakan, tetapi kenapa pengakuan ini secara tiba-tiba muncul?

Azlan Mohd Lazim Berhadapan Masalah Kewangan?



Menurut satu sumber yang dikirimkan kepada saya, bapa Saiful iaitu Azlan Mohd Lazim kini berhadapan dengan masalah kewangan, masalah yang dihadapi olehnya dikatakan telah sampai ke pengetahuan Anwar Ibrahim.

Dari situ Anwar Ibrahim mula membantu Azlan Mohd Lazim, dengan menghulurkan bantuan berbentuk wang yang mana jumlah tersebut dikatakan agak besar. Ada yang mendakwa ia berjumlah RM1 juta.

Benar atau tidak dakwaan ini, terserah kepada tuan punya badan iaitu Azlan Mohd Lazim sendiri tampil menafikan tuduhan tersebut.

Namun jika difikirkan, tidak mungkin seorang bapa yang selama ini menemani anaknya bersumpah laknat, sanggup membiarkan anaknya terkapai-kapai keseorangan berhadapan dengan pelbagai andaian dan tuduhan  masyarakat malah menyebelahi individu yang didakwa meliwat anaknya jika tiada imbuhan atau dorongan tertentu?

Tidak mungkin!

Jika benar anak itu adalah darah dagingnya!

Saya ulang tidak mungkin seorang bapa sanggup memihak kepada individu yang didakwa meliwat darah daging sendiri jika tiada imbuhan menanti dirinya!

Justeru itu, saya berharap jika Azlan Mohd Lazim benar-benar yakin peristiwa yang menimpa anaknya adalah sandiwara UMNO, saya menyarankan agar beliau turut membuat sumpah laknat sebagaimana dilakukan oleh anaknya Saiful Bukhari :



Pengakuan Azlan Mohd Lazim Tutup Isu Lahad Datu

Ramai yang bertanya kenapa sekarang?

Kenapa tidak dulu?

Kenapa ketika rakyat sedang berdoa agar para anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu selamat dalam Ops Daulat di Sabah?

Kenapa ketika nama Anwar Ibrahim dikaitkan dengan Nur Misuari?

Kenapa ketika nama-nama pemimpin PKR dikaitkan dengan insiden Lahad Datu, bapa Saiful Bukhari muncul mengatakan kes liwat membabitkan anaknya adalah konspirasi UMNO?

Kenapa ketika Anwar Ibrahim terus didesak agar memberikan penjelasan benarkah semasa bertemu dengan Nur Misuari, beliau menjanjikan autonomi, dwi kerakyatan kepada orang Sulu selain berjanji untuk melantik Nur Misuari sebagai Gabernor di Mindanao?



Ketika itu juga kes liwat dibangkitkan semula?

Aneh bukan...?

Satu perkara lagi, sekarang ini Nur Misuari kuat menekan kerajaan Filipina ekoran isu pencerobohan Lahad Datu, malah pembangkang di Filipina juga turut mengkritik Presiden kononnya gagal menyelamatkan nyawa rakyat Filipina dari dibunuh oleh pihak keselamatan Malaysia.

Dalam masa yang sama, pembangkang di Malaysia turut mendesak dan memberi tekanan kepada PM Najib Razak konon lambat bertindak dalam insiden Lahad Datu lalu mengatakan kerajaan hari ini gagal mengawal keselamatan negara.

Dua-dua negara bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Umum, pembangkang dari kedua-dua negara juga ingin melihat tumbangnya kerajaan mereka.

Adakah ini satu kebetulan atau ia memang benar-benar satu konspirasi?

Jika konspirasi, pihak mana yang untung jika kerajaan dipersalahkan atas segala tindakan serangan di Lahad Datu?

Tidak lain dan tidak bukan, yang untung dalam kes ini adalah pembangkang!

Iaitu pembangkang di Malaysia dan juga pembangkang di Filipina!


YY : Bekas Presiden US ada berkata, dalam politik tiada yang berlaku secara kebetulan, semuanya dirancang. Tepuk dada, tanya akal!

Thursday, March 7, 2013

Hipokrit & Cemburu Terhadap Lelaki, Surat Bukti Wan Azizah Tak Layak Sebagai Presiden PKR!


Wan Azizah tak layak menjawat jawatan Presiden Keadilan Rakyat kerana sifat cemburu!

Malah Wan Azizah dengan bantuan Nurul Izzah dikatakan sanggup menghancurkan siapa sahaja yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim.

Itulah kandungan di dalam sepucuk surat yang ditulis oleh Setiausaha Politik Zuraida Kamaruddin, Mohd Fareez Kamal Iltidzam di mana Fareez Kamal meminta campur tangan Hadi Awang untuk menasihati Wan Azizah supaya berundur dari jawatan Presiden PKR menjelang PRU13.

Paparan surat bertarikh 4 Mac 2013 iaitu tiga hari yang lalu didedahkan oleh RPK, Malaysia Today :


Buat pertama kali saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Fareez, bagi saya Kak Wan memang tidak layak memegang jawatan Presiden PKR.

Pertama walaupun Keadilan ditubuhkan olehnya pada 4 April 1999 dia sebenarnya menjadi ahli politik atas desakan pengikut totok suaminya Anwar Ibrahim, yang ketika itu dipenjarakan atas tuduhan meliwat Sukma dan Azizan.

Gambar ketika wanita hipokrit bertudung ini mengumumkan penubuhan ADIL
Kedua Kak Wan sebenarnya manusia hipokrit yang menipu kaum ibu di dengan air mata, hanya bermodalkan air mata inilah dia mampu pertahankan kerusi Permatang Pauh dalam tiga pilihan raya!

Bukan sahaja kena kencing dengan suaminya, pendek kata orang Permatang Pauh hidup-hidup kena kencing dengan imej dia waktu itu.

Sifat hipokrit Wan Azizah juga terbukti apabila pendedahan emel yang meminta supaya penulis teks ucapannya mengubah teks supaya menaikkan kemarahan rakyat dengan memasukkan pelbagai pembohongan.

Rujuk paparan emel di bawah :




Ketiga Kak Wan menghina wanita bertudung kerana kerap kali mempertahankan konon suaminya tidak terlibat dalam kegiatan seks di luar tabie.

Jika benar Anwar Ibrahim bukan jenis lelaki yang menyukai lelaki jambu kenapa Kak Wan cemburu luar biasa kepada lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar?

Dia sanggup menipu berjuta wanita di Malaysia dengan imej warak, tudung, sopan, lembut puii!, walhal di dalam dirinya penuh dengan kejahatan sehingga ahli PKR sendiri melihat dia tak layak menjawat jawatan no.1 dalam parti.

Berjuta wanita ditipu di sebalik imej ini!
Akhir sekali meneliti kandungan surat yang didedahkan RPK, apakah yang saudara fikirkan pada waktu ini?

Dalam kepala saya hanya satu, iaitu tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim selama ini, bukanlah satu konspirasi BN. Sebaliknya Anwar Ibrahim benar-benar mempunyai nafsu terhadap lelaki jambu.

Dibebaskan oleh mahkamah bukan bermakna dia tidak meliwat!

Errr.. agak-agak apa jawapan balas Presiden Hadi Awang terhadap surat itu!

Jeng...jeng...jeng!

Wednesday, March 6, 2013

RM50,000 Untuk Kematian Kiram - Kalau Nak RM5,000 Pergi Penampar Tian Chua


Ya cerita betul, ini bukan main-main punya cerita!

Siapa nak marah, marahlah!

Tapi aku suka nak panjangkan tawaran yang diberikan oleh blogger Sat Dee :

"Don't really have much to say. 
Al- Fatihah to our fallen patriots.
"As a Malaysian Private Citizen I would like to take matters into my own hands now after a private citizen of another country send his "loyal troops" into our jurisdiction and waged terror on our soil. It is not an act of war by another nation but a terrorism act by a bunch of idiots lead by another idiot under command of another idiot. 
If Philipines does not extradite Kiram into our jurisdiction to face the necessary charges under our law, then I will now initiate a bounty on his head. 
Only dead.....don't want him alive.

I shall start with RM 50,000 of my own money. I'm dead serious gua tara kencing punya beb!

My readers I gonna need some help to spread the word and if possible to get further funds committed. Do send in your contact details via the intense debate comment system. Will notify of further developments.

Till my next post folks.......in the mean time lets go get this madefaker.

Oh and another 5K for someone who is willing to go give that kurang ajar AhBeng suka gigit polis a slap in the fucking face.....to claim send in a video of you doing it.
Ah Beng suka gigit polis mulai sekarang baik pakai 'bodyguard' kalau tak mahu diserbu dan diberikan penampar!

Aku nasihat saja!

Kehkehkehkeh!

Apa macam brader?

[VIDEO] : Ops Daulat Sidang Media Terkini PDRM Berbalas Tembakan - #Pray4Sabah



Sidang media jam 11.00 pagi tadi, menurut Ketua Polis Negara Ops Daulat akan diperluaskan untuk memburu saki-baki pengganas Sulu. Selain itu pada jam 6.45 pagi tadi dimaklumkan bahawa berlaku insiden berbalas tembakan dan dalam pertempuran itu seorang musuh telah mati ditembak.

Operasi kini diteruskan dan mengikut perancangan, setakat ini tiada anggota yang mengalami apa-apa kemalangan.

Tuesday, March 5, 2013

[VIDEO] : Sidang Media Ketua Polis Negara Selepas #OpsSulu - #PrayForSabah



Sidang media terkini jam 11.00 pagi tadi sebaik sahaja operasi serangan udara dihentikan. Ketika serangan udara dilakukan, tiada rakyat tempatan berada di kawasan sekitar kerana penduduk mula berpindah sejak semalam.

Artikel sebelum : [KLIK]



[VIDEO] : Keadaan Kg.Tandou #LahadDatu Sebelum Serangan - Kini Pasukan Darat Ambil Alih!


Serangan udara sekitar Kg.Tandou dihentikan sekitar jam 10.00 pagi tadi, terkini pasukan darat mula mengambil alih.

Sekarang serangan 'ground operation' dilakukan bagi memburu  saki-baki pihak musuh. Sekatan jalan raya juga dibuat sekitar 5 kilometer dari Kg. Tandou ke Felda Sahabat 17.

Orang ramai tidak dibenarkan masuk berdekatan kawasan Felda Sahabat 17. Setakat ini enam buah ambulan dikeluarkan daripada hospital Lahad Datu untuk bersiap-sedia sebarang kemungkinan. Tiada kecederaan atau kematian melibatkan anggota keselamatan yang terlibat.

Namun pihak keselamatan juga belum dapat memastikan jumlah kematian pengganas Sulu. Sementara itu pihak penguatkuasa Filipina dilaporkan mengawal ketat kedutaan Malaysia di Filipina ekoran terdapat beberapa penyokong berkumpul di hadapan kedutaan.

Beberapa website juga dilaporkan telah digodam oleh 'hackers' kedua-dua negara.

Suasana penduduk Kg.Tandou yang berpindah sejak semalam sebelum serangan :



Kenyataan media Ketua Polis Negara :

Ihsan PDRM :

"Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.
Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.
 
Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini. 
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.

#OpsSulu : Situasi Tenang, Walaupun Serangan Dilancarkan - #Pray4Sabah


Suasana di persekitaran pekan Samporna dilaporkan tenang walaupun serangan dilancarkan pagi tadi, malah beberapa kedai masih beroperasi seperti biasa. Menurut laporan terkini dari TV3 kenderaan daripada Jabatan Penerangan turut membuat hebahan agar penduduk tidak panik.

Serangan yang dilakukan sejak 7.00 pagi tadi dibuat setelah rundingan dan serangan pertama diadakan tempoh hari. Inilah yang berlaku bila diplomasi gagal, kita negara yang cintakan keamanan tetapi kadangkala kekerasan perlu digunakan demi menjaga keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

Serangan dilaporkan berlaku hingga kini, sama-sama kita berdoakan agar peristiwa ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Pray for Sabah!

Kenyataan PM :
Berikut kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tindakan pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada pukul 7 pagi ini: 
SEJAK pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. 
Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius. 
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. 
Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna. 
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak. 
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. 
Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka. 
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.