Makin hampir dengan PRU13 semakin banyak pekung cuba dibuka oleh pihak pembangkang kepada kerajaan. Namun di atas kuasa Allah SWT segala percubaan mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan dilihat terpalit ke atas batang hidung sendiri.
Setiap kali negara mendekati pilihan raya juga kita akan dihidangkan kisah-kisah seperti pengundi hantu, SPR penipu, BN beli undi serta pelbagai tuduhan dari pembangkang. Mungkin ada yang tertanya kenapa isu-isu ini hanya timbul setiap kali musim pilihan raya.
Mungkin kerana sedar taktik yang sering digunakan setiap kali musim pilihan raya tidak lagi dapat menyakini rakyat, maka PKR bertindak cuba mencetuskan kekecohan di pusat pembuangan undi. Ia mungkin untuk menarik perhatian media antarabangsa kononnya pilihan raya di Malaysia tidak adil dan memerlukan campur tangan antarabangsa.
Dari blog Angin Perubahan :
Beberapa orang aktivis Mesir memakai baju Otpor ketika revolusi menjatuhkan Hosni Mubarak. Otpor dimulakan oleh George Soros di Serbia. Otpor yang berpangkalan di Switzerland menjadi satu pusat latihan aktivis untuk membuat "color revolution" di seluruh dunia. Matlamatnya adalah untuk menukarkan sesuatu pemerintahan melalui konflik, memanipulasi harga minyak dan mendesak institusi kewangan Islam memohon bantuan kewangan antarabangsa (baca sini).
Bagi menjayakan "color revolution", dua institusi yang sering menyumbang dana untuk menjayakan agenda besar Rothschilds ini adalah Open Society Institute dan NED. Menurut Thierry Meyssan (Presiden Voltaire Network) dalam artikel bertajuk "NED: National Endowment for Democracy-The networks of "democratic" interference" pada 7 Oktober 2008.
Dalam majlis ulang tahun ke-20, National Endowment for Democracy telah mendedahkan ia telah menaja dan memberikan arahan kepada lebih daripada 6000 pertubuhan sosial dan politik di seluruh dunia.NED mengesahkan telah menubuhkan secara lengkap kesatuan sekerja Solidarnosc di Poland, Charter 77 di Czechoslovakia dan Otpor di Serbia. [Selanjutnya]
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-