Saturday, January 19, 2013
#RCISabah : Keterangan Saksi Bekas Tahanan ISA Meragukan
Laporan terbaru prosiding Suruhanjaya di Raja (RCI) di Sabah yang ditubuhkan untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada 200,000 warga Mindanao dan Moro ketika Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri terlalu banyak ditokok tambah dan disensasikan oleh media pembangkang.
Pertama sekali kita perlu faham bahawa Suruhanjaya di Raja untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ini ditubuhkan atas kehendak pemimpin BN.
Malah PM DS Najib Tun Razak sendiri turut berhasrat untuk melihat kes yang telah berlarutan selama 4 dekad ini diselesaikan jelas memperlihatkan keikhlasan PM bagi membuka lembaran baru buat rakyat Sabah.
Kedua terdapat keterangan yang meragukan terutama daripada 5 orang saksi yang pernah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing.
Antaranya Nasir Bin Sungip pernah dikenakan tindakan oleh jabatan dan pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam pemberian IC kepada warga asing.
Keterangan Nasir Sungip yang juga saksi ke- 10 pada 16 Januari yang lalu, besar kemungkinan bias dan dilihat bermotifkan politik memandangkan dia adalah adik kepada Adun PAS Hulu Kelang, Saari Sungip.
Jika aktiviti pemberian kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah adalah usaha yang direstui oleh kepimpinan negara pada waktu itu, kenapa pegawai-pegawai JPN yang terlibat memberikan dokumen pengenalan tanpa mengikut peraturan dan dilihat menjejaskan keselamatan negara dikenakan tindakan?
Adakah aktiviti pemberian dokumen kerakyatan ini merupakan kerja orang seperti Nasir Sungip yang menjual dokumen kepada pendatang asing tetapi kerajaan dipersalahkan secara keseluruhan?
Masa tu peluang Nasir Sungip buat harta dengan menjual kerakyatan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengikur prosuder. Sebab tu dia dan ramai lagi pegawai-pegawai JPN kena cekup ISA.
ReplyDeleteTegakkan la benang yg basah...pilih2 cite plak nak kuarkan...yg mahathir ngaku die mmg ade bg ic kat pati tu ape cite? Lps tu salahkan tunku, skrg ni suh buat rci utk kewarganegaraan sblm merdeka, xke bangang pujaan hati korg tuh? Die dah ngaku yg korg sibuk2 spin buat ape? Nak tumpang title pengkhianat negara ke?
ReplyDeleteAnonymousJanuary 20, 2013 at 9:19 AM
Deletedorang dapat ic pun selepas 20tahun tinggal kat sabah bukan dapat secara jus soli malah yg dapat ic tu petah bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan cara hidup melayu dan yg paling penting dorg tu org2 islam yg tertindas.lagi pun selatan filipina tu dulu pun termasuk dalam alam melayu bukannya dari tanah besar mana pun dapat ic pastu leh mengundi tapi bahasa melayu haram tak tahu
Mereka pegawai2 kjaan tdak akan berani melalukan nya secara besar besaran tanpa sokong pihak atasan.
ReplyDelete..krn pemberian kerakyatan ini byk prosidurnya....
Salam,
ReplyDeleteYang diberi IC kebanyakan beragama Islam...tu yang depa bising..kenapa kaum lain yang dapat IC melalui pertolongan parti pembangkang tidak kecuh pun...ehmmm ada udang di sebalik batu kerrrr...
mahathir memang mengaku ada beri taraf kewarganegaraan kepada pendatang TETAPI BERLANDASKAN UNDANG-UNDANG. itu pun tak reti2 lagi ke? janganla ambil sekerat2 kata2 dia. korang ni bila la nak stop buat fitnah ni?
ReplyDeletekalau dah berlandaskan undang2...maksudnya memang layaklah jadi warganegara. sama jugak kes2 orang2 cina india dll di semenanjung. itupun bahasa melayu dorang masih tidak sehebat imigran di sabah.
balik baca dulu pasal kelayakan memohon jadi warganegara. jangan dok komen macam orang bodoh kat sini.
lagi satu, ada saksi kononnya dapat IC dengan cepat? itu kena tanya pegawai2 JPN la...unsur2 rasuah pasti ada. buktinya saksi2 yang pegi RCI tu semua adalah bekas tahanan ISA sebab jual IC..jangan lupa, dalam sektor kerajaan memang ramai penyokong pembangkang yang suka buat musibat!!!