Sunday, January 20, 2013

Presiden NGOk 'R' Buat Malu 30k Pengikut - Takut Sahut Cabaran Kickdefella @syedazidi Debat #RoyaltiMinyak


Presiden NGOk 'R' nampaknya tidak berani menyahut cabaran blogger kickdefella untuk berdebat dengannya berhubung isu Royalti Minyak yang dijadikan modal politik oleh PAS Kelantan untuk meraih sokongan rakyat Kelantan.

Apa taraf Nazri Deraman nak berdebat dengan Dr. Awang Adek yang berjawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan?

Sepatutnya Nazri Deraman menyahut cabaran yang dibuat oleh kickdefella ketika sidang media selepas perlancaran jentera siber Pemuda BN pada 17 Januari 2013 yang lalu.



Petikan laporan Mstar :

Presiden NGO 'R' (Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan), Nazri Deraman akan meneruskan hasrat berdebat dengan Datuk Seri Mustapha Mohamad atau Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai isu royalti minyak Kelantan walau dianggap tidak setanding dengan menteri untuk berbuat demikian oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz. 
Sebaliknya, Nazri dicabar oleh blogger yang lebih dikenali sebagai 'Kickdefella' itu berdebat dengannya mengenai isu sama. 
Nazri yang tidak akan melayan atau menyahut cabaran pihak lain untuk berdebat mengenai isu tersebut berkata surat rasmi untuk berdebat dengan kedua-dua menteri akan dihantar dalam masa terdekat. 
"Perkara (royalti) ini timbul daripada saya. Saya yang buat buat tawaran (debat), dia (Kickdefella) tak perlu cabar saya. Dia tak ada kaitan dengan saya atau isu ini. 
"Saya akan menghantar surat rasmi kepada kedua-dua menteri berkenaan pada masa yang difikirkan sesuai...dalam masa terdekat sebelum pilihan raya umum," katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad. 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kickdefella yang mencabarnya berdebat mengenai isu tuntutan royalti minyak Kelantan kerana merasakan bukan taraf Nazri untuk berdebat dengan menteri. 
Mengulas lanjut, Nazri berkata dia hanya akan berdebat dengan individu-individu berintegriti dan mempunyai kaitan dengan isu yang dibangkitkan. Dia turut mempertikai integriti Kickdefella yang membuat cabaran tersebut. 
"Siapa dia dalam isu ini...tak ada kena-mengena. Saya tak pernah tengok dia berdebat dengan sesiapa. Integritinya dipersoal. 
"Saya ada pengikut 30,000 orang, kalau dia ada lebih kurang saya (pengikut) mungkin boleh ajak debat," katanya. 
Nazri berkata dia hanya mengenali blogger berkenaan melalui kontoversi yang dicetuskan. 
"Saya pun tak kenal dia, kenal setakat blogger yang cetuskan kontroversi dan saman orang di mahkamah," katanya. 
Mengulas tanggapan dia bukan calon yang setanding untuk berdebat dengan menteri, Nazri berkata beliau bertindak mewakili rakyat. 
"Saya yang hantar memo kepada Petronas. Kedua-dua menteri telah beli respons. 
Tidak malukah Nazri Deraman kepada pengikutnya yang berjumlah 30,000 orang?

Hahaha...

30,000 orang pengikut konon...

Jika cabaran dibuat oleh seorang blogger yang tidak berintegriti pun Presiden NGOk 'R' takut, untuk apa individu bertaraf Menteri atau Timbalan Menteri melayan karenah Nazri Deraman?

Klik [Penjelasan Isu Royalti Minyak]

1 comment:

  1. Kalau setakat nak berdebat sampai tersembur air lioq. Macamlah orang tak tahu niat sebenar.

    Kalau dah hebat sangat bawalah kes ini ke mahkamah.

    Sudah terbukti mahkamah banyak kali dah memenangkan Anwar.

    Kenapa tak percaya! Nak spin apa lagi.

    Setakat nak berdebat dan tunjuk bertapa pandainya lidah terbelit-belit, Keling yang jual sireh kat panggung wayang Lido lagi hebat.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-