Monday, October 8, 2012

SUARAM KANTOI! - Tiada Perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis


Pengarah SUARAM Cynthia Gabriel sebelum ini dalam satu forum pernah memberitahu :
"Siasatan (Scorpene) itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memberitahu anda bahawa sepina pertama telah mencapai saksi pertama. Tetapi saya tidak boleh memberitahu anda yang saksi itu atau bila sepina itu telah diberikan. Untuk sekarang, kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah (Perancis) "
Menyebut prosiding mahkamah ianya menggambarkan perbicaraan melibatkan Scorpene telah pun berjalan di mahkamah Perancis.


Tetapi kini terbukti, segala tuduhan yang dimainkan oleh pembangkang melalui SUARAM merupakan berita palsu yang bersifat khabar angin dan dinafikan sendiri oleh Yves Charpenel.

Bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa dan anggota eksekutif yang juga anggota penguatkuasa anti rasuah (IAACA) Perancis turut mengingatkan portal berita (malaysiakini) dapat membezakan di antara penyiasatan dan perbicaraan.

Nampaknya malaysiakini yang menerima dana asing kepada dari NED, bertindak menyalurkan maklumat palsu secara besar-besaran di dalam portal berita mereka. Tindakan ini sama dengan peristiwa yang berlaku di Filipina sekitar 1950 an.

Antara maklumat dan laporan palsu berkaitan Scorpene yang dimainkan secara besaran oleh portal bangsat ini adalah jumlah angka-angka seperti komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar, yang mana akhirnya dipertikaikan.

Kerana terdapat keraguan dan dipertikaikan  dengan angka EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta mereka bermain dengan angka USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.

Angka-angka yang disebut Cynthia sebelum ini jelas menipu bertujuan memberi persepsi buruk kepada imej PM dan kerajaan.

Bila SUARAM hendak jawab mengenai dakwaan di bawah :



Cynthia...

Any comment?

Malu kantoi menipu tak habis-habis!

Baca laporan The Star [sini]

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-