Monday, October 8, 2012

@abby_abadi112 atau Arbaiyah Abdul Manan, Dulu Selebriti Kini Jadi Liabiliti PAS


Abby Abadi satu produk 'pelaris' yang digunakan PAS di pentas ceramah bertujuan menarik hadirin kini dianggap liabiliti oleh ahli-ahli bawahan PAS sendiri.

Menurut sumber dalaman PAS sendiri kebanyakkan ahli di peringkat bawahan PAS menganggap tindakan artis tersebut yang kerap mengeluarkan kenyataan tidak betul dan mengelirukan lebih-lebih lagi berkaitan agama telah merosakkan sokongan anak muda terhadap parti itu.

Malah kenyataan terbaru Abby Abadi di laman twitternya telah menimbulkan reaksi kurang senang anak muda serta jelas memperlihatkan betapa naif dan bodohnya wanita bernama Abby Abadi ini :


Ahli PAS di beberapa cawangan dikatakan turut kesal dengan pucuk pimpinan PAS yang berdiam diri dan tidak menegur segala kesilapan yang dilakukan oleh Abby Abadi.

Abby Abadi sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak menguntungkan sehingga timbul rasa kurang senang anak muda terhadap PAS kerana Abby Abadi kini dianggap membawa suara dan perjuangan parti tersebut.

Tindakan ustazah segera yang mengatakan Nabi tidak memaafkan musuh sebagaimana dinyatakan dalam twitternya kembali menambahkan lagi kebencian anak muda kepadanya sekaligus mengulangi kesilapan sebelum ini.


Selain ahli PAS, blogger milosuam juga dikatakan 'berang' dengan tindakan Abby Abadi yang menulis berkongsi gambar melalui 'Instagram' yang mengesahkan lelaki tersebut pemilik blog milosuam.

Dek kerana Abby Abadi terlalu 'berahi' berjumpa blogger fitnah milosuam, identiti beliau yang sebelum ini tidak jelas dan diragui dapat dikenalpasti oleh pihak lawan.


Melihat segala tindak-tanduk Abby Abadi sekarang ini mungkin benar sumber yang disampaikan kepada saya kelmarin bahawa Abby dianggap LIABILITI yang bakal dipikul PAS dan PR menjelang PRU13.

Justeru itu, saya sarankan agar Abby Abadi tweet lebih banyak lagi kenyataan-kenyataan di laman sosial kerana lagi banyak wanita ini berbicara, lagi banyak kesilapan dan kebodohan dirinya dapat kita saksikan.

Abby...

If you're gonna be a smartass, first you have to be smart. Otherwise you're just an ass.


Hahaha... arios!

2 comments:

  1. Stim gua tgk abby ni...

    ReplyDelete
  2. Followers twitter Abby ni bdk2 biasa. Lagi banyak kekeliruan mengenai agama dan statment buat-buat pandai Abby keluarkan. Lagi cepatlah PAS bungkus.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-