Ramai pihak dilihat bersetuju dengan desakan agar Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Wira Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin berundur dari jawatan Naib Canselor yang disandangnya.
Bermula dengan artikel yang disiarkan oleh saya dua hari lepas, ianya dilihat disokong oleh ramai mahasiswa UKM serta rakan-rakan bloggers.
Hari ini penulis 'Green Hood' yang mana beliau merupakan alumni UKM turut bersetuju dengan pandangan saya sebagaimana disiarkan dalam artikel beliau.
Kita sedikit pun tidak menafikan jasa Prof. Sharifah ke atas UKM, sewajarnya penghargaan kita hulurkan di atas jasa beliau sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor.
Oleh : Green Hood
Sekali lagi saya dijemput untuk merakamkan buah fikiran saya dalam laman portal My Mahasiswa ini. Terima kasih saya ucapkan kepada sidang redaksi.
Keputusan penuh telah pun diketahui. Aspirasi Mahasiswa mempelopori pilihanraya kampus (PRK) 2012 ini dengan jumlah universiti yang berjaya ditawannya adalah 18.
Tahniah Aspirasi Mahasiswa!
Ini bermakna hanya dua universiti yang dipegang oleh pro-M yang cenderung membawa ideologi pakatan pembangkang iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Jika dilihat pada tahun sebelumnya, Aspirasi Mahasiswa gagal mendapat tempat di UKM, UIAM serta Universiti Malaya (UM), sebaliknya pro-M menerima mandat dari mahasiswa ktiga-tiga universiti tersebut.
Namun, dengan kejayaan Aspirasi Mahasiswa mengambil semula UM tahun ini, peningkatan Aspirasi serta ‘level of confidence’ mahasiswa terhadap mereka tidak dapat lagi dinafikan.
Saya ketepikan dahulu soal UIAM kerana sejujurnya saya tiada pengetahuan mendalam mengenainya.
Ada beberapa faktor kenapa saya berminat memperkatakan soal UKM.
Pertama, saya sendiri merupakan alumni UKM.
Mengenali Tan Sri Dato Wira Prof Dr Sharifah Hapsah
Kedua, saya tidak mengenali secara rapat naib canselornya, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Wira Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin. Namun, sebelum beliau menjadi naib canselor, saya pernah berkesempatan untuk duduk bersama serta berbual dengannya.
Bukan sekali dua, tetapi lebih dari itu.
Saya masih ingat sewaktu portfolio Menteri Pengajian Tinggi Malaysia diwujudkan, menteri pertamanya adalah YB (dahulu) Dato’ Sri Haji Dr Shafie Haji Salleh.
Sebagai ‘sahabat’ kepada Shafie Salleh (bahkan saya turut pernah menjadi wakil calon atau ejen beliau sewaktu bertanding di kerusi P.122 Kuala Langat), saya pernah dijemput dalam beberapa majlis yang mempertemukan saya dengan Sharifah Hapsah.
Mungkin kerana sifat semula jadi saya yang tidak banyak bercakap, maka hanya perkara-perkara tertentu dan kosong menjadi topik bual-bicara.
Saya kira Sharifah sendiri pasti telah pun lupa akan muka dan fizikal saya sekiranya bertemu kembali saat ini.
Dari pertemuan dalam beberapa majlis dan dari pengamatan saya terhadap beliau, Sharifah pada waktu tersebut merupakan seorang yang ‘ambitious’.
Apatah lagi dengan jawatannya selaku Pengarah Bahagian Kualiti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, kerapatan beliau terhadap Shafie Salleh tidak dapat dinafikan.
Peranan Shafie Salleh dalam menonjolkan Sharifah bagi kedudukan yang dijawatnya kini bukanlah satu yang ‘coincident’.
Kenaikkan karier beliau seterusnya termasuk dalam soal dasar pendidikan seperti program Permata Negara yang menjadi ‘baby project’ kepada YABhg Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia adalah suatu yang tidak mengejutkan walaupun Shafie Salleh kemudiannya tidak lagi menduduki kerusi menteri pengajian tinggi.
Bijak Menyesuaikan Diri
Satu perkara yang menarik tentang Sharifah Hapsah adalah beliau benar merupakan seorang yang ‘genius’.
Beliau komited dalam melakukan tugasan yang diberikan di samping pandai menarik perhatian pihak atasan.
Ini tidak mustahil kerana sebagai pegawai atasan yang pernah duduk di dalam kementerian seperti kementerian pengajian tinggi, beliau pasti mahir akan seluk beluk politik ofis.
Ini hanyalah sebahagian dari jawatan yang dipegangnya dan belum lagi jawatan lain di peringkat antarabangsa mahu pun badan-badan bukan politik (NGO) dalam negara.
Baca seterusnya [KLIK]
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-