Tuesday, October 2, 2012

Menteri Dalam Negeri Kalah Lagi, Portal #SorosFund Malaysiakini Bakal Diterbitkan


Pembangkang selalu mengatakan mahkamah, hakim serta sistem undang-undang di Malaysia semuanya dikawal oleh BN dan bersikap tidak adil dalam membuat keputusan.

Ironinya banyak keputusan perbicaraan mahkamah memihak kepada pembangkang. Kes liwat contohnya Anwar Ibrahim mengatakan beliau akan ke penjara kerana keputusan perbicaraan liwat II telah ditentukan oleh UMNO/BN.

Tetapi sebaliknya berlaku, di mana keputusan mahkamah berpihak kepadanya. Semalam keputusan mahkamah sekali lagi berpihak kepada pembangkang.

"Tidak wajar dan tidak rasional" itulah keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam ketika membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang tidak memberikan permit penerbitan kepada portal pembangkang malaysiakini.

Ini bermakna dua kali Menteri Dalam Negeri kalah kepada pembangkang dalam perbicaraan di mahkamah. Sebelum ini kalah kepada BERSIH, dan kini Menteri Dalam Negeri kalah kepada portal malaysiakini.

Selepas ini penyebaran maklumat palsu dan bahan-bahan propaganda oleh malaysiakini yang menerima dana daripada  National Endowment For Democracy (NED) dan Open Society Institue (OSI)  ini, mungkin boleh diperolehi dalam versi bercetak di setiap kedai-kedai sekitar Lembah Klang dengan bayaran RM1.


Sekitar tahun 1950-an campur tangan dan manipulasi pihak asing menerusi badan hak asasi terbukti berjaya.

Jika diteliti penyaluran dana asing kepada malaysiakini oleh NED, ianya merupakan gerakan yang sama berlaku ke atas beberapa negara di Asean seperti Filipina, Vietnam, Laos dan Indonesia.

Bermula di Filipina pihak asing memainkan peranan melalui penyaluran maklumat palsu secara besar-besaran menerusi bahan kempen dan akhbar, menyeleweng sistem pilihanraya, membiayai serta menulis ucapan untuk calon pro-amerika dalam kempen pilihanraya negara tersebut.

Sekitar 1955 pula sejumlah USD 1 juta digunakan oleh pihak asing untuk membiayai kempen pilihanraya gabungan parti sederhana bagi menganggu dan mengurangkan sokongan rakyat Indonesia terhadap Presiden Sukarno.

Manakala di Laos pada tahun 1960 pihak asing terlibat serta campur tangan dalam sistem pilihanraya negara tersebut setelah pembangkang mendakwa pilihanraya negara tersebut tidak adil dan tidak telus (mirip tindakan BERSIH).

Pihak asing dipercayai zionis amerika terlibat dengan memasukkan kertas undi palsu untuk membantu kemenangan orang kuat mereka iaitu Phoumi Nosavan (pembangkang) bagi memastikan kerajaan pro-Amerika ditubuhkan di negara tersebut.

Gerakan licik yang dilakukan oleh agen asing telah berubah dan kini dikatakan mereka terus bergerak dengan berselindung melalui NED yang ditubuhkan kononnya menyokong institusi demokrasi di seluruh dunia melalui usaha yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan.



Jika rakyat Malaysia tidak peka dan mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang, tidak mustahil kita turut menerima nasib yang sama sebagaimana yang berlaku ke atas Indonesia, Laos, Vietnam dan Filipina.

Selepas ini Kementerian Dalam Negeri usahlah kelam-kelibut hendak keluarkan sekatan atau permit terhad kepada malaysiakini, sebagaimana Harakah serta akhbar pembangkang yang lain.

Kerana pada hakikatnya kini akhbar pembangkang seperti Harakah, Suara Keadilan, Rocket boleh dibeli oleh sesiapa sahaja dan dijual secara terbuka di mana-mana kedai.

Inilah akibat kerana terlalu berlembut demi mengambil hati semua pihak, kita takut untuk mengenakan tindakan terhadap setiap perkara yang melibatkan parti pembangkang walaupun ianya memberi kesan buruk kepada negara.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-