Isu skandal Tanah Manggis sebelum ini pernah didedahkan oleh Pemuda BN Pulau Pinang, namun sehingga kini Ketua Menteri paling sombong dalam sejarah masih membisu serta enggan memberi apa-apa komen berhubung isu terbabit.
Dokumen skandal tanah bernilai RM2.5 juta yang melibatkan orang tengah iaitu 'Cik P' dan seorang yang bergelar 'Datuk JP'.
'Cik P' yang berjawatan sebagai Pengarah di syarikat Winbond Sdn. Bhd. Isu serta dokumen penyelewengan ini pernah didedahkan oleh rakan blogger dari Pulau Pinang.
Sikap berdiam diri Guan Eng membuktikan bahawa, kerajaan DAP Pulau Pinang bersikap tidak telus dalam mentadbir negeri tersebut.
Dari pisau.net :
Skandal tanah Taman Manggis adalah bukti pembabitan Lim Guan Eng yang membabitkan keuntungan berjuta ringgit masuk kedalam poket beliau membabitkan individu digelar Cik P dan Datuk JP.
Cik P terbabit secara langsung menjadi orang tengah diantara majikannya dan Lim Guan Eng menguruskan sewa dan kos ubah suai rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn.
Lim Guan Eng menjual tanah dibawah harga pasaran kepada pihak syarikat Cik P sebagai timbal balik apabila rumah yang didiami oleh beliau ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat Cik P.
Kenapa dan mengapa Cik P dan syarikatnya sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk kos membeli rumah RM2.5JUTA dan kos ubah suai semata mata untuk didiami oleh Lim Guan Eng jika tidak menguntungkan mereka?
Penyelewengan ini sehingga sekarang didiamkan,walaupun didedahkan oleh pemuda BN namun Guan Eng sehingga sekarang tidak berani untuk menjawap atau menafikan dakwaan kaitan dengan Cik P .
RM2.5 juta!
Ini adalah salinan dokumen pemilikan lot rumah yang pindah milik keatas nama Cik P. Rumah tersebut didiami oleh Lim Guan Eng dan dijadikan rumah rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sampai bila Guan Eng mahu berdiam diri?
Baca seterusnya [SINI]
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-