Tuesday, September 11, 2012

#TheAnwarBodyguard - Cubaan Bunuh Anwar Ibrahim Guna Arsenik, Virus HIV, Batu, Telur Hingga Cat Merah Semuanya Gagal?


Tiga hari tidak menulis, tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan filem 'remake' - The Anwar Ibrahim Bodyguard' yang diadaptasi dari filem popular 'The Bodyguard'

Melihat tingkah-laku pengawal peribadi Anwar Ibrahim, saya teringatkan filem romantik thriller 'The Bodyguard' yang dilakonkan oleh Whitney Houston dan Kevin Costner.

Filem itu mengisahkan bekas ejen rahsia US bertugas melindungi seorang penyanyi terkemuka daripada musuh yang tidak dikenal pasti, 'The Bodyguard' merupakan filem kedua tertinggi dari segi kutipan di seluruh dunia selepas filem Aladdin pada tahun 1992.

'Never let her out of your side, never let your guard down, never fall in love." adalah tagline yang digunakan dalam poster filem tersebut. Saya percaya rata-rata 'bodyguard' atau pengawal peribadi tahu mengenai filem ini.

Kesungguhan mengacukan senjata ke arah mereka yang bersenjatakan botol cat membuatkan saya tertanya-tanya adakah Harizal juga jatuh cinta terhadap individu yang dilindungi sebagaimana Kevin Costner jatuh cinta kepada Whitney Houston dalam filem 'The Bodyguard'?

Hahaha...

Ahhh...berbalik kepada topik kita.

Aksi kesungguhan dan keberanian  lelaki bernama Harizal Bin Zahid mengacukan senjata ke arah kumpulan pemuda yang 'bersenjatakan' botol berisi cat merah dan kain rentang provokasi ketika bakal Presiden Pertama Republik Of Malaysia tiba di Jasin, Melaka tempoh hari menjadi topik perbualan di warung hinggalah ke secret recipe.


Sebelum saya pergi dengan lebih jauh, imbas dahulu memori saudara pembaca dengan aksi-aksi keberanian, ketangkasan dan kejayaan 'bodyguard-bodyguard' Anwar Ibrahim menyelamatkan serta mengagalkan 'cubaan bunuh' yang selalu mengekori Anwar Ibrahim :

3...2...1

Action...!

KUALA LUMPUR, May 2011 : 'Cubaan bunuh' ke atas Anwar Ibrahim gagal setelah kereta milik Anwar disebotaj pada bahagian sistem brek tidak dinaiki oleh Anwar, namun Abdullah Sani dilaporkan cergas dan sihat walafiat selepas kemalangan berlaku :



KUALA LUMPUR, Julai 2011 : 'Cubaan bunuh' Anwar dengan menggunakan tembakan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa gagal kerana ketangkasan Fayyad menolak Anwar lalu menjadikan badannya sebagai perisai :



KUALA LUMPUR, Januari 2012 - 'Cubaan bunuh' Anwar Ibrahim serta Wan Azizah gagal lagi setelah jarum yang berisi morfin (dadah untuk redakan kesakitan) tersasar lalu terkena tapak tangan Fayyad.


SEMBRONG, Februari 2012  - 'Cubaan bunuh' Anwar gagal lagi, selepas senjata yang digunakan oleh 'pembunuh upahan' iaitu telur dan batu tersasar terkena pengikut dan kereta Anwar :



KOTA BHARU, Mac 2012 -  'Cubaan bunuh' Anwar Ibrahim oleh 'pembunuh upahan' yang didatangkan khas dari Golok gagal kerana senjata yang digunakan iaitu batu jenis automatik tersasar dan terkena bahagian belakang kereta milik Anwar :


Melihat diri Anwar Ibrahim terancam, Khalid Ibrahim bertindak menyediakan sebuah bas berharga RM1.5 juta bagi memastikan Anwar Ibrahim selamat setiap kali mengadakan aktiviti ceramahnya.

Tetapi nasib tidak menyebelahi Anwar Ibrahim kerana, cubaan untuk membunuhnya masih berulang walaupun bergerak menggunakan bas mewah  :



Kronologi di atas antara 'cubaan bunuh' yang gagal dilaksanakan, jika disenaraikan sejak tahun 1998 satu persatu nescaya, berjela-jela lagi panjangnya. Tuduhan mengatakan Anwar Ibrahim menerima suntikan HIV, liwat, rasuah, salah guna kuasa sebelum ini dianggap konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Saya yakin UMNO tidak akan melakukan konspirasi yang bakal memberikan kelebihan kepada Anwar Ibrahim untuk meraih simpati politik.

Simpati Politik, Pindah Kesalahan & Label Kepada UMNO

Bermula dari kronologi ringkas inilah, Anwar Ibrahim menyokong tindakan pengawal peribadinya mengacukan senjata ke arah sekumpulan pemuda yang dilihat 'cuba membunuhnya' dengan bersenjatakan botol berisi cat dan kain rentang.



Saya sokong bang Anwar Ibrahim 100% - ini isu keselamatan, keselamatan seorang bakal Presiden Pertama Republik Of Malaysia harus dijaga.

Hahaha...

Dasar kaki pusing, cakap macam mana pun dia akan pusing juga. Isu pengawal sendiri, beliau pindahkan kepada menteri-menteri MCA?

Kita dengar kenyataan di minit 1.10 dalam video (atas) Anwar Ibrahim mengatakan "lepas kita stop, dia serang."

Benarkah ketika kereta Camry dan bas RM1.5 juta tersebut berhenti, ada serangan ke atas Anwar Ibrahim, pemandu, pengawal?
Lihat video bukti dari milosuam :



Video dari Jiwa Paradox :



Babak yang dilihat adalah seorang pemuda  membaling cat merah ke arah bas yang dinaiki Anwar Ibrahim ianya tidak mengancam nyawa Anwar, malah bas tersebut terus bergerak perlahan-lahan meninggalkan lokasi tersebut.

Selepas itu adalah aksi pengawal keselamatan Anwar diarahkan letak senjata oleh anggota polis berpakaian biasa diiringi jeritan kumpulan orang ramai.

Manakala dalam video Jiwa Paradox pula, memaparkan aksi pengawal Anwar Ibrahim mengacukan senjata.

Jadi atas faktor apa yang menyebabkan pengawal peribadi Anwar Ibrahim mengeluarkan senjata serta mengacukan ke arah kumpulan 'samseng' UMNO?

Media milik 'keldaian rakyat' menyatakan kerambit adalah punca pengawal peribadinya mengeluarkan senjata :


Maka ikut teori logik maksud berita 'Keldaian' di atas adalah  :

Ahli PERKASA yang bangang lagi bengong, iaitu individu yang baling selipar dan membawa kerambit ketika Anwar Ibrahim berada dalam masjid di Kedah pada 2 September 2012 tempoh hari, mengekori Anwar Ibrahim sehingga ke Jasin, Melaka pada 8 September 2012.

Sebab itulah pengawalnya keluarkan senjata dan mengacukan ke arah orang ramai, lagi pun mengikut teori milosuam. Pengawal tersebut mengacukan senjata api hanya untuk menakut-nakutkan kumpulan pemuda tersebut.


Hahaha...

Acu senjata api atas tujuan menakut-nakutkan tak salah rupanya, jadi selepas ini bolehlah pengiring VVIP seperti Agong, Sultan, PM, TPM, dan Menteri-Menteri yang terdiri daripada anggota polis mengacukan senjata ke arah sesiapa saja yang dilihat menimbulkan ancaman ke atas individu yang dilindungi mereka?

Tetapi saya lebih sarankan agar, tembakan terus dilepaskan kepada anasir-anasir BERSIH dan gangster jubah PAS. Lebih-lebih lagi kepada anasir-anasir jahat BERSIH yang menghuru-harakan keadaan dan mencederakan anggota polis?



Individu dari kalangan AMK  cuba merempuh dan mengancam PM dan TPM di tempat terbuka seperti aksi di bawah juga layak ditembak mati kerana cuba mengancam PM dalam masa yang sama cuba menggambarkan polis itu zalim :



Individu-individu seperti di bawah ini juga disaran supaya ditembak mati jika perbuatan mengancam dan derhaka pada Sultan diulangi oleh mereka :



Akhir sekali sewajarnya PDRM sumbat dan tangkap semua yang provokasi, yang baling cat yang rakam video supaya tidak dituduh bias dalam melaksanakan tugas harian.

Siarkan sahaja wajah-wajah mereka di akhbar, barulah agensi PDRM tidak dilanda dengan pelbagai fitnah!

3 comments:

  1. Good write up YY.

    Cubaan bunuh tapi tak mati-mati, susah sangat ke mahu bunuh orang bernama Anwar Ibrahim ini?

    Macam filem hindustan la CIFUT ni...

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat yang baring dan menghalang Sultan tu ditembak saja.

    ReplyDelete
  3. ni boleh buat hikayat anwar ibrahim.. daulat sungguh beliau ni. bertubi2 serangan tapi masih sihat duk hentam orang sana sini

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-