Friday, September 7, 2012

Jangan Pandang Rendah Bas & Treler Milik 'Jelajah Merdeka Rakyat' Kerana...


Selepas menampilkan bas 'Jelajah Merdeka Rakyat' tempoh hari, kini treler pula digunakan oleh PKR dalam usaha mereka menjelajah ke seluruh negeri atas nama 'Merdeka Rakyat'.

Di sebalik kita mempersendakan dan memperlekehkan cara 'psywar' yang dibawa Anwar Ibrahim ini, sedarkah kita bahawa bentuk perang saraf yang dibawa oleh bas dan treler ini sebenarnya boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan.

Bermodalkan wajah Anwar Ibrahim pada dinding treler, lalu menjelajah ke seluruh pelusuk negeri serta menyusuri jalan-jalan utama, sudah tentu setiap mata akan memandang objek tersebut.


Tanpa kita disedari konsep PKR dan Anwar Ibrahim ini telah pun berjaya menarik serta mempengaruhi rakyat yang tidak berparti lebih-lebih lagi rakyat di pendalaman. Paling cikai pun mereka akan berpusu-pusu keluar untuk melihat dengan lebih dekat, lalu merakam gambar menggunakan telefon bimbit!

Konsep ini juga pernah digunakan oleh kerajaan pada tahun 1978, yang mana Jabatan Penerangan menggunakan konsep ini dengan nama 'PENTARAMA' (Penerangan, Nyanyian, Tarian & Drama)

Pada waktu itu beberapa kakitangan dari Jabatan Penerangan Khas Angkasapuri telah menjelajah ke setiap pelusuk Kelantan selama 3 bulan dalam usaha untuk merampas Kelantan daripada PAS.

Akhirnya konsep 'PENTARAMA' terbukti berjaya mempengaruhi pengundi pendalaman Kelantan dan menyaksikan PAS tumbang di Kelantan dalam pilihanraya umum ke-5 pada 8 Julai 1978.

Di pihak kita pula, apa usaha yang dilakukan oleh jabatan Penerangan atau apa saja yang sama waktu dengannya?


2 comments:

  1. apa pulak kementerian penerangan nak diguna utk party kamu. kamu ingat duit rakyat yg kamu urus tu utk BN ke? aku tekad kempen kat orang ramai,

    ReplyDelete
  2. kepada pihak2 yg berkaitan, pandang serius perkara ini. semak semua peruntukan undang2 sedia ada lihat dimana dibenarkan menjaja dan berkempen sebelum daripada waktu berkempen seperti yg dibenarkan oleh undang2. bergeraklah dengan teratur wahai sekelian. SEKARANG DIAM BUKAN LAGI PILIHAN!

    Kenapa biarkan bekas banduan ini bergerak bebas bilamana kesemua kesalahan dibawah akta hasutan telah dilakukan!!!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-