Tuesday, July 3, 2012

[VIDEO] : Kebajikan Terabai - 200 Kakitangan KUIN Anjurkan 'Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0'

Akibat kebajikan mereka tidak terbela, 200 kakitangan KUIN akhirnya bertindak mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Dato Jamil Osman meletak jawatan sebagai Rektor KUIN. Dato Jamil Osman dilantik sendiri oleh Pengerusi KUIN iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Seri 'Tai Chi' Azizan Razak.

Sebagai Pengerusi KUIN Datuk Seri 'Tai-Chi' Azizan Razak sepatutnya bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang melanda kebanyakkan kakitangan KUIN.

Ini kaaa yang depa dok kata 'Kedah Sejahtera' tu...?

Habaq mai sat!

Dari blog Team Media Kedah :

3 Jun - Isu KUIN semakin panas apabila seramai lebih 200 orang kakitangan KUIN mengadakan himpunan mendesak Dato’ Jamil meletakkan jawatannya sebagai Rektor KUIN. Himpunan yang dinamakan ‘Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0” itu diadakah dihadapan pejabat Rektor dan disertai pelbagai lapisan gred kakitangan KUIN dan juga turut disertai oleh pelajar KUIN.

Walaupun hujan, namun kakitangan KUIN tetap keluar di lapangan hadapan Pejabat Rektor bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Selain daripada warga KUIN turut kelihatan pihak keselamatan, wartawan media, alumni KUIN dan orang masyarakat setempat.

Desakan Jamil meletak jawatan itu adalah kerana kakitangan KUIN sudah hilang kepercayaan kepada beliau yang telah banyak mengabaikan kebajikan kakitangan dan juga pelajar. Ini ditambah lagi dengan kewujudan anak-anak syarikat KUIN yang tidak mampu beroperasi dengan sendiri dan terpaksa bergantung kepada kewangan KUIN yang akhirnya mencetuskan krisis kewangan yang sangat kritikal.Berpunca daripada krisis pentadbiran yang hilang amanah dan pengurusan kewangan yang tidak cekap, maka kakitangan dan pelajar diheret menjadi mangsa seperti...



Baca selanjutnya di blog TMK [klik] 

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-