Tuesday, July 3, 2012

#saveKelantan : Derma Sudah Kutip Lebuhraya Rakyat Belum Diluluskan Exco?


Segenap ruang dicanang oleh PAS Kelantan tentang hasrat untuk membina lebuhraya rakyat yang menghubung Kota Bharu dengan Kuala Krai. Lebuhraya 4 lorong sepanjang 73 kilometer itu boleh dilalui oleh semua rakyat Kelantan tanpa sebarang bayaran tol dikenakan.

Malah majlis perasmian pakej pecah tanah 1 pun sudah dilakukan pada 28 Mei 2012 oleh Menteri Besar Kelantan sendiri iaitu Nik Aziz Bin Nik Mat. Selain merasmikan majlis pecah tanah, kutipan derma turut dilakukan oleh pihak kerajaan negeri daripada rakyat Kelantan yang ingin menyumbang.

Mengikut apa yang saya ketahui kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS telah menerima cek bernilai RM1,355, 000.00 dan tunai berjumlah RM14,777.40 semasa majlis pecah tanah dilakukan oleh Nik Aziz Bin Nik Mat. 


Selepas itu pada 2 Jun 2012 kerajaan negeri menerima sebanyak RM3,577.30 yang dikutip ketika sessi 'Dialog Anak Kelantan di Perantauan'. Cuba kira berapakah jumlah yang berjaya dikutip oleh kerajaan negeri PAS Kelantan? Angka ini mungkin bertambah memandangkan kita kini memasuki bulan Julai.

Tok Guru sign plat projek yang belum lulus?  Hahaha!
Tok Guru pecah tanah projek yang belum diluluskan exco kerajaan negeri sendiri?
Derma jutaan ringgit telah pun mereka kutip, tetapi sayangnya projek 'gula-gula' kepada rakyat Kelantan ini masih belum diluluskan oleh Exco kerajaan PAS Kelantan. Ironinya Menteri Besar Kelantan telah pun merasmikan majlis pecah tanah pakej 1 lebuhraya rakyat ini.

Hahaha...

Sekali lagi PAS Kelantan memperbodoh-bodohkan rakyat Kelantan, agaknya ke manakah wang sumbangan  orang ramai ini akan digunakan?

Ustaz Panglima Perang Cyber kata ini 'political game' Husam Musa untuk membunuh imej Nik Aziz Nik Mat kerana beliau tahu bahawa dirinya bukan calon sesuai untuk menduduki kerusi Menteri Besar Kelantan.

Betul ke Husam?

YY : Pah pitih rakyat puak ni kutip guano kiro? kiro halal la deh? Hahahaha!

1 comment:

  1. Senyap tak ada komen sebab PAS menipu halal ..tak ada apa2 ha..ha

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-