Pendedahan sahabat blogger dari Team Media Kedah kelmarin agak mengejutkan, pada awalnya saya sangkakan gambar-gambar tarian seksi dari dalam disko yang dipaparkan oleh TMK di laman blog mereka semalam adalah situasi yang berlaku sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Rupa-rupanya gambar yang dipaparkan adalah gambar yang dirakam dari sebuah disko yang terletak di negeri Kedah. Malah dikatakan lokasi disko ini hanya sekitar 1 kilometer sahaja dari Pusat Khidmat Masyarakat Alor Mengkudu yang diwakili oleh salah seorang exco kerajaan negeri Kedah.
Nampaknya jelas rakyat Kedah kini semakin 'sejahtera' hasil pimpinan para ulamak PAS. Dulu aksi sebegini amat jarang dapat dinikmati oleh rakyat Kedah.
Tetapi kini rakyat Kedah tidak perlu khuatir lagi kerana kerajaan PAS Kedah memberikan kelulusan untuk premis hiburan dibuka dalam usaha mereka untuk merealisasikan slogan 'Kedah Sejahtera'.
Mungkin kini rakyat Kedah dilihat semakin 'sejahtera', apabila mereka dihidangkan dengan 'tiger show'...
Hahaha...
Dari blog KedahkeKL :
Sungguh menyedihkan bila MTK dapat tahu Exco Pas terlibat dalam meluluskan pusat ini. Malah seperti yang sedia maklum pusat hiburan ini hanya terletak lebih kurang 1KM saja dari pusat khidmat Wakil Rakyat Alor Mengkudu merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Tapi ramai penyokong Pakatan Rakyat masih tidak percaya dengan pendedahan ini contohnya artikel di bawah yang MTK petik dari blog pro Pas. Menurut apa yang ditulis olehnya, blogger UMNO ni diupah untuk mengambil gambar di sebuah pusat hiburan di selatan Thai (Dannok).
Baca kisah blogger-blogger TMK yang selalu mengunjungi Dannok sebagaimana hangat diperkatakan oleh blogger PAS [KLIK]YY : Steady Tok Jijan - ini baru betul 'PAS FOR ALL!
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-