Friday, July 13, 2012

[INFO] : Global Peace Index 2012 - Malaysia Ditangga Ke-20 Dari 158 Buah Negara

Global Peace Index (GPI) 2012 menyaksikan Malaysia menduduki tangga ke-20 daripada 158 buah negara di dunia. GPI ini dinilai berdasarkan 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif yang diukur dari segi konflik domestik dan antarabangsa, keselamatan masyarakat dan ketenteraan.

Nampaknya Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding Singapura, Indonesia dan Thailand. GPI 2011 tahun lalu Malaysia sebenarnya menduduki tangga ke-18 dunia, namun kini jatuh 2 tangga ekoran demontrasi serta rusuhan yang berlaku pada Bersih 3.0.


Syukur hasil kebijaksanaan kerajaan pemerintah negara kita terus berada dalam keadaan yang aman. Keamanan inilah yang wajib kita pertahankan untuk anak cucu kita kelak.

YY : Belajar bersyukur...

1 comment:

  1. Kunjungi http://www.visionofhumanity.org/gpi-data/ untuk makmumat lebih terperinci.

    Jika dibandingkan score yang diperolehi Malaysia bagi setiap dari 23 indikator tu dari tahun 2007 – 2012, tak banyak yang berubah.

    Indikator yang meningkat hanyalah ‘7.Violent demonstrations’ dari 2.0 naik ke 3.5.

    Yang menurun pula: ‘9.Political instability’ (2.5 > 2.0); ’10.Political terror’ (3.0 > 2.0); ’12.Terrorist acts’ (2.0 > 1.0)

    Sedikit sebanyak telah ada perbincangan mengenai GPI ini di http://www.mykmu.net/?p=20779

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-