Thursday, April 12, 2012

[VIDEO] : Demontrasi #Bersih3 GAGAL Memahami Mesej Anak Muda


Hahaha...

Tergelak baca kenyataan bengong Subramaniam anggota jawatankuasa pemandu BERSIH yang mencabar SPR supaya bertanding dalam PRU13.

Subramaniam kata :
"SPR bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Mereka tidak bertanding dalam pilihan raya. Jika mereka ingin bercakap tentang perkara itu (isu sokongan majoriti), minta mereka bertanding dalam pilihan raya"
Sepatutnya Subramaniam mencabar Pengerusi BERSIH Ambiga agar mendaftarkan BERSIH sebagai parti politik, dan bertanding dalam PRU13.

Selepas itu barulah kita dapat melihat sama ada pertubuhan bermusim (yang hanya muncul setiap kali hampir PRU) ini mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia atau tidak.

Kerana dari pengalaman yang lepas, kita melihat rakyat Malaysia menolak perhimpunan jalanan yang dibuat oleh mereka kerana telah mencetuskan huru-hara serta menganggu segala urusan harian warga kota.

Sebagai buktinya lihat video berbentuk (sindiran) yang dihasilkan oleh sekumpulan anak muda ini :



Mesej yang ditulis di laman youtube anak muda ini adalah :
Membasmi Kekotoran, itu agenda kami. Kenapa perlu perhimpunan dan rusuhan jika anda mampu berunding melalui kematangan :)
Nampaknya BERSIH gagal memahami mesej-mesej yang disampaikan oleh anak-anak muda di Malaysia yang tidak mahu negara ini dilanda kekacauan sebagaimana berlaku di negara-negara luar.

Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah agenda politik pihak tertentu, sebab itu kita dapat lihat aksi pemimpin Pakatan Rakyat cuba menipu pihak polis :



Ambiga juga menipu dan ingkar titah DYMM Yang di-Pertuan Agung agar tidak mengadakan perhimpunan di jalanan.



Pengalaman dari demontrasi lalu, jelas membuktikan bahawa BERSIH hanyalah alat politik pembangkang untuk memburukkan imej kerajaan dan pihak berkuasa.

 Adakah pelakon popular Suhardi Mat Isa kembali memegang watak utama dalam BERSIH 3.0?




YY : Dulu Suhardi cakap nak saman orang yg buat video - tapi macam biasa GERTAK saja lebih!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-