Thursday, April 12, 2012

#AmanKampus 'Serbu' Parlimen DS @NajibRazak - Mereka Mahu Turunkan Bendera PM Ke?


Setelah kampus di Kelantan mereka lawati tempoh hari, fasa ke-2 'Jelajah Aman Kampus - ASPIRASI MAHASISWA' akan mengunjungi Pekan, Pahang di mana mereka akan mendekati penuntut Institut Latihan MARA, POLISAS dan UiTM Shah Alam.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kerohanian diadakan oleh Jelajah Aman Kampus dalam usaha mereka mendekati para mahasiswa dan masyarakat untuk mengesan permasalahan yang dihadapi setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

Ketika Fasa pertama mereka mendekati warga tua yang disisihkan oleh keluarga iaitu penghuni Rumah Kenangan Cheng di Melaka manakala Fasa ke-2 mereka mendekati golongan anak-anak yatim dan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Kepada yang terlupa hayati paparan video berikut yang dirakam di Rumah Kenangan Cheng ketika fasa pertama Jelajah Aman Kampus :



Manakala video berikutnya merupakan rakaman dari fasa kedua siri jelajah yang dibuat oleh ASPIRASI MAHASISWA :


Inilah wajah sebenar mereka yang sentiasa membawa ASPIRASI MAHASISWA sepanjang berada di kampus.

Tindakan mereka mendekati masyarakat secara tidak langsung telah memperbetulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap mahasiswa yang mana imej mahasiswa telah punah gara-gara sikap sekelompok kecil pelajar yang obses dengan fahaman politik pembangkang.

Apa agaknya mahasiswa dan mahasiswi Jelajah Aman Kampus akan lakukan sepanjang berada di negeri Pahang?

Saya akan kemaskini jika ada perkara-perkara yang menarik dilakukan oleh mereka...

Kita tunggu dan lihat, adakah masyarakat di Pahang menyambut baik kedatangan mereka atau sebaliknya...?

Akhir sekali syukur Alhamdullilah, sepanjang siri jelajah mereka tiada seorang pun mahasiswa ditumbuk oleh masyarakat setempat sebagaimana nasib yang menimpa 'hero' pelajar yang disingkirkan pengajiannya dari UPSI.

Siapa tu...?

Tengok gambar sikit...


Hahaha...

1 comment:

  1. Mahasiswa bijak mmg xkan kena tumbuk...

    KERAJAAN PAKATAN SELANGOR HALAU MELAYU KELUAR BANDAR! IKTIBAR BUAT PENDUDUK KG BHARU. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-