Thursday, March 29, 2012

GUAN ENG JUAL TAPAK MASJID - PDRM SILA SIASAT!




Dari bog MKP :
Sekretariat Suara Keamanan Malaysia (SSKM) hari ini membuat laporan polis bagi membantah tindakan kerajaan negeri menjual tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara kepada pihak swasta. Pengerusinya Muhamad Mukhlis Maghribi berkata SSKM mahu polis menyiasat tindakan kerajaan negeri mengubah pelan asal projek Bayan Mutiara itu sama ada mengikut prosedur yang ditetapkan atau sebaliknya.Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Daerah Polis Timur Laut di sini,    Muhamad Mukhlis juga menggesa polis mengambil tindakan undang-undang kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini melibatkan isu agama dan perihal sosial masyarakat. Beliau juga berharap agar bantahan yang dilakukan oleh SSKM ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia tiada kaitan dengan politik sebaliknya perihal isu masyarakat.Isu penjualan tapak masjid dan tapak sekolah kepada pihak swasta di Bayan Mutiara yang bernilai RM1.07 bilion, dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin.Dalam pelan asal projek di Bayan Mutiara yang terletak di atas tanah seluas 41.5 hektar itu, ia melibatkan pembinaan sekolah, masjid, balai polis, pusat komuniti dan pusat beli belah dengan nilai pembangunan kasar RM10 bilion.
YY : DAP Taknak tubuh Suruhanjaya Bebas je siasat...hehe

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-