Friday, March 30, 2012

@AmanKampus : Geng ADHOC Anak Kelantan Bikin Kecoh Kuliah Agama #AspirasiMsiswa di UUM?


Walaupun tiba agak lewat dari jadual perjalanan mereka program ASPIRASI MAHASISWA JELAJAH AMAN KAMPUS di kampus Universiti Utara Malaysia tetap diteruskan dengan sessi kuliah agama yang menampilkan Ustaz Yusnadi dari Jabatan Pengajian Islam UUM yang membicarakan topik 'Halwa Cinta' (Cinta Kepada Allah SWT).


Program ceramah keagamaan yang turut disertai oleh ADHOC Anak-Anak Kelantan dan warga kampus UUM itu berjaya melahirkan rasa keinsafan ke dalam diri pelajar ASPIRASI MAHASISWA yang mana terdapat pelajar berkongsi dan menasihati rakan kampus sehingga suasana sebak menyelubungi dewan kuliah.

Khusyuk - ADHOC Siswa Anak Kelantan khusyuk menghayati nasihat dari Ustaz Yusnaidi
Inilah perbezaan di antara ASPIRASI MAHASISWA dan pelajar PRO-PEMBANGKANG yang bersifat radikal dalam membuat penilaian terhadap sesuatu isu.

Jika ASPIRASI MAHASISWA lebih selesa menghadiri dan memenuhi bangku dewan untuk mengutip dan memperolehi ilmu-ilmu agama dari individu yang bertauliah.

Siswa UUM bertanyakan soalan kepada Ustaz Yusnaidi
 Pelajar PRO-PEMBANGKANG pula lebih obses terhadap ceramah politik kepartian oleh pemimpin 'Anugerah Tuhan'. Yang mana isi ceramah pemimpin 'Anugerah Tuhan' ini bukan diselitkan dengan unsur-unsur keagamaan dan nasihat yang berguna sebagaimana diperolehi oleh golongan yang membawa ASPIRASI MAHASIWA.


Sebaliknya isi ceramah yang disampaikan oleh Anwar 'Attarturk' Ibrahim kepada mahasiswa hanyalah cara-cara mencetuskan rusuhan demi memastikan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Pendek kata ianya langsung tidak berguna kepada mahasiswa itu sendiri.

Walaupun penampilan ADHOC Anak Kelantan ala-ala seperti 'produk' yang dicipta oleh PAS di Mesir. Mahasiswa/i yang mengikuti kuliah agama di UUM semalam semuanya jenis bersifat rasional dan tidak membiarkan emosi menguasai diri mereka dalam membuat keputusan.

Siapa pulak mamat kat bawah ni...?


Nantilah kita sambung...

Ikuti update terkini di laman twitter : @AmanKampus

4 comments:

  1. assalam,ni apa sal plak berkait dngn politik kampus ???pastu yg gambar tu bukan nya anak kelantan ladoii...tu anak kedah dan anak k.lo ...biar betoi sikit nak buat entrypom...org cakap kalau bodoh xpe, jangan bengong!!!!!

    ReplyDelete
  2. salam.. ni nak fitnah pon agak2 la weyh.. semua majlis ilmu yg ada kat uum ni Aspirasi Mahasiswa saja ke yg jOin?? Ntah ada ke tidak yg sokong Aspirasi dalam dewan pusat Islam nihh.. sah2 gambar bdk 2 orang tu bkn budak kelantan. cehhh nmpak sangat bangang

    ReplyDelete
  3. sama je tandus idea macam abg besar nya juga...

    tolong lah buka mata hati anda...

    ReplyDelete
  4. ntah apaer2x..x ilmiah langsung..patutlah x maju2 kau ni..!!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-