Petikan emel yang dikirim oleh Beruang Biru :
Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini apabila Jawantankuasa Disiplin DAP mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy daripada tuduhan melanggar disiplin parti.
Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP seorang ni, Disember tahun lepas, dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya dengan Ramasamy diserahkan jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.
Selepas berperang mulut dengan timbalan setiausaha agung DAP, P Ramasamy, pengerusi kebangsaannya, Karpal Singh berkata, beliau lebih suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran dalaman parti.
Namun, bila keputusan tidak mengikut kehendak nafsunya sebaliknya memihak kepada Ramasamy, dia pula yang meloncat tak puas hati.
Sudah tabie agaknya, keadilan hanya di akui oleh Karpal hanya bila ianya memenuhi seleranya saja. Jika sebaliknya, selagi itulah dia akan melompat sambil mendabik dada dialah godfather dan dialah pembawa panji keadilan di seantero dunia.
Perang terbuka antara Karpal dengan Ramasamy sebenarnya hanyalah lanjutan daripada protes kecil kaum India terhadap Karpal SIngh & DAP yang sekian lama dilihat hanya mempergunakan sokongan masyarakat India untuk kepentingan politik saja. Apabila kuasa sudah berada dalam tangan, pengorbanan kaum India di perkecilkan, tidak ubah umpama habis madu sepah dibuang.
Malah sejak wujudnya pertelingkahan terbuka antaranya dengan Ramasamy, telah ramai pemimpin & ahli DAP keturunan India yang dipecat atau digugurkan jawatan mereka hasil campurtangan Karpal Singh. Termasuklah kes terbaru pengguguran empat orang ahli DAP yang menganggotai Lembaga Pembiayaan Hindu & Lembaga Rayuan Negeri.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan Karpal Singh juga mengesahkan pemimpin tertinggi DAP mengambil keputusan untuk menggugurkan empat anggota parti, yang dilantik oleh Ramasamy yang juga adalah timbalan ketua menteri Pulau Pinang II, daripada Lembaga Pembiayaan Hindu dan Lembaga Rayuan Negeri dalam masa terdekat.- Malaysiakini, 18 Mac 2012 -
Pantang kena dikritik, terus dikorek hingga ke lubang cacing mencari siapa saja yang bersekongkol menyokong P. Ramasamy, tiada yang akan terselamat.
Dulu pun, waktu wujudnya penentangan terbuka terhadap kepimpinan diktatorship Lim Kit Siang yang digerakkan oleh Wee Cho Keong, ramai pemimpin berkaliber DAP menjadi mangsa kerakusan kuasa Lim Kit Siang.
Segalanya dilakukan demi untuk mempertahankan kedudukan masing-masing dalam DAP. Lim Kit Siang dengan agendanya meng 'dinasti' kan DAP begitu juga Karpal dengan gerakan untuk meletakkan anak-anaknya dalam kepimpinan pusat parti.
DAP yang gah bercakap soal kebebasan bersuara, hak menyuarakan pendapat akhirnya menjadi parti anak beranak yang hanya sesuai di ikuti oleh pak turut dan pak sanggup.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-