Friday, March 2, 2012

Blogger & Scorpene : Gua Fitnah Blogger No.1 'Numoro Uno'?


Akhirnya blogger no.1 'numoro uno' yang menulis melalui blog PapaGomo yang sangat kebal kerana mendapat 'perlindungan khas' dari individu tertentu di Kementerian Pertahanan Malaysia menjawab 'fitnah' saya berhubung persaraaan awal Laksamana Madya Dato Wira Jamil Osman melalui tulisan saya yang boleh di baca [SINI]

Jika bukan kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman, saya yakin sampai ke sudah PapaGomo diam dan tidak akan menjawab apa-apa berhubung isu tersebut. Sebagaimana beliau gagal menjawab cabaran yang dilaungkan oleh Anuar Mohd Nor sebelum ini tentang tuduhan 'Trojan Horse'.

Pertama sekali saya tetap mempertahankan apa yang saya nyatakan dalam tulisan sebelum ini bahawa salah satu sebab Dato Wira Jamil Osman bersara awal adalah kerana kes seorang blogger no.1 'numoro uno' yang menaiki Scorpene tanpa kebenaran bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia.

Saya tidak rasa individu yang bertaraf Panglima Armada akan mengaku bahawa itu salah satu punca beliau bersara awal kepada umum kerana kita tahu bahawa jika itu alasan dikemukakan kepada umum, ianya akan memperlihatkan Dato Wira Jamil Bin Osman terlalu 'bodoh' bersara awal hanya kerana seorang blogger. Sedangkan kita tahu tidak lama lagi beliau akan menjawat jawatan Panglima Tentera Laut.

Tak gitu Dato Wira Jamil Bin Osman?

Baiklah tidak mahu mengulas panjang-panjang kerana saya melihat PapaGomo sendiri pun tidak mampu menjawab atas beberapa perkara yang berbangkit. Jadi jika bukan seorang Panglima Armada TLDM dan pihak TLDM yang memberikan PapaGomo kebenaran memasuki Scorpene sebagaimana ditulisnya :


Persoalannya siapa yang membenarkan PapaGomo memasuki Scorpene, dan mendedahkan rakaman serta identiti kru KD Tun Razak kepada umum?

Siapa yang lagi berkuasa dari Panglima Armada TLDM, kerana kita tahu Menteri Pertahanan sendiri menafikan bahawa beliau memberi kebenaran kepada blogger menaiki Scorpene sebagaimana beliau nyatakan :
"Jika kita membenarkan mana-mana blogger untuk pergi, orang lain akan minta juga," - Zahid Hamidi.
Nampaknya banyak pihak terpaksa menjawab, adakah begitu mudah orang awam menaiki KD Tun Razak lalu memaparkan segala rakaman dan wajah kru?

Jika begini mudah sistem keselamatan negara dan segala kelengkapan KD Tun Razak 'diakses' oleh orang awam berstatus blogger no.1 'numoro uno' nampaknya lemah benarlah sistem keselamatan negara kita sekarang ini.

Saya risau selepas ini berduyun-duyun rakyat Malaysia ingin menaiki KD Tun Razak atas alasan mahu melaksanakan 'misi sulit' yang amat penting sama sekali. Tetapi akhirnya memaparkan segala rakaman, wajah-wajah kru di laman blog yang mana ianya boleh di akses oleh rakyat dari seluruh negara.

Adakah sesiapa mahu mengatakan tindakan PapaGomo memaparkan segala wajah-wajah kru serta keadaan dalaman ruang sulit KD Tun Razak adalah perkara yang dibenarkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia?

Jadi saya bagi PapaGomo 3 hari untuk menjawab saya, siapa lagi berkuasa yang membenarkan PapaGomo memasuki ruangan sulit KD Tun Razak selama 5 jam serta merakamkan segala wajah-wajah kru KD Tun Razak?

Akhir sekali PapaGomo usah khuatir atau gusar, status blogger no.1 di Malaysia tetap menjadi milik PapaGomo, tiada siapa mampu merampas takhta tersebut.

YY : Selamat bersara Dato Wira Jamil - Kalau tak boleh jawab gua dalam masa 3 hari, gua nak panggil lu pondan bro PapaGomo boleh? hehehe...

30 comments:

  1. Syabas Yy.. Jawapan paling terang dan tenang!!

    ReplyDelete
  2. ooo ni la blog double y orang ckp tu. sumpah bro 1st time wa dengar. takpe2 lu bleh popular gak mcm papagomo. tp wa tak setuju cara lu hentam papagomo tanpa bukti. artikel memecah belahkan parti..

    ReplyDelete
  3. gomo ni masih lagi terbawa2 lagak pemimpin UMNO sebelum PRU 2008, bila ada kedudukan dan popular sikit dah mula ego dan mendabik dada kononnya dialah yg terbaik, keterujaan itulah yg menyebabkan dia mencanang di seluruh dunia maya ttg kehebatan dia mendapat keistimewaan utk menjelajah seluruh kapal selam tu, artikel2 dia sekarang dah semakin merapu dan kebudak-budakan, nasihat ikhlas kembali berpijak dibumi yg nyata jgn asyik kejar glamour, aku personally sekarang dah merasa loya dan menyampah utk dptkan maklumat dari blog gomo ni....jgn sampai kami lancarkan kempen maya anti gomo nanti.......

    ReplyDelete
  4. Mantaplah bro...

    Tak sangka berani betul ko attack papa ye.

    :-)

    Tulislah bro demi kebenaran!

    ReplyDelete
  5. Boleh tak jawab kenapa suadra berhenti berkerja di kedai telefon di Palza Low Yatt tu....?

    ReplyDelete
  6. Bro, apa yg lu dapat bila buat pendedahan ni? Kalau lu cemburu dgn PG, cari cara lain.. Lu cubit peha kiri, yg kanan pun terasa. Yg untung siapa? Mungkin ada kebenaran fitnah lu ni. Tapi otak lu pun lebih kurang cara pencacai PKR. Lu suka pedajal org supaya org pandang lu tinggi? Jgn bro, nanti org buat perkara yg sama pada lu. Ingat ingat sikit. Allah bagi akal utk berfikir..

    ReplyDelete
  7. jawapan paling bodoh ko ni double Y.ko ada tengok tak video kat luar negara? sampai diaorg tayang akses dalaman kapal.musuh pun teruja bila tgk.apa maknanya tu?biarlah sapa2 pun nak buat misi sulit atau tidak.tak salah pun video tu di sebarkan.lain kali belajar IT dan teknologi.jgn bengap sampai ke sudah

    Bekas Angkatan Tentera Laut

    ReplyDelete
  8. tolong naikkan komen aku td :)

    Bekas Angkatan Tentera Laut

    ReplyDelete
  9. ayoyoyo panggil papagomo pondan.sapa tolong lu masa lu susah bro? lu dulu keja kedai hp sampai lu kencing lu kata lu manager.lu ingat x? atau lu buat2 lupa.gua ingat wo...lu ni mcm x kenang budi jer bro.lu ingat blk sapa gua bro..selalu lepak ngan lu kat bukit bintang bersama gomo.time tu lu rayu dia mcm mana nak jd blogger.lu ni bak kata perpatah habis madu sepah di buang.dpt RM5000 sebulan,kawan2 lu x ingat

    ReplyDelete
  10. .jgn sampai kami lancarkan kempen maya anti gomo nanti.......

    March 3, 2012 12:47 AM
    ___________________________________
    sikit pun org tak heran dgn anti gomo ko tu...

    individu ada hak masing2...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. takyah lah nak ugut ugut. Malu betullah ...orang sibuk attack pembangkang, si yy ni plak attack pg. lu tak de keje ke apa..

      Delete
  11. ayam berlaga,musang yang kenyang..

    ReplyDelete
  12. x kan guna nama gomo utk naikkn blog ni.,,

    entah2 pakat2 kat belakang utk naikkn blog ni..

    ReplyDelete
  13. double y!

    ko ni mmg BONGOK..klu alasan keselamatan tu dia US punyua armada siap buat video lg bg tgk kecnggihan tknologi depa..yg hang ni meroyan psl gomo kna ajak msuk dlm Kpl selam tu hang cemburu ka?hang jgn ingt hang bulih jd blogger nombor 1..len kali study dlu klu nk publish artikel mcm dr MIM..

    ReplyDelete
  14. Malam [Sabti 3hb] ini di TV3 ada dokumentari tentang kapal selam dalam rancangan Majalah 3.

    ReplyDelete
  15. hanya kata2 sbagai senjata tetapi xde bukti...!bagi la bukti bro...baru cool.....
    Negara lain pun tayang dia punya kapal selam,siap interview lagi...xde hal pun.....xde kena sack pun.....rentikanlah ko punya fitnah.....aku kesian dgn sikap ko....

    ReplyDelete
  16. Hahahaha... best btl. bule jd bahan tuk PR ni... Yeah.. mari jahanamkan semua blogger2 UMNO, hidup DAP!!!!!!! Wa caya sama lu brooo... bongkar2, jgn x bongkar... kita bagi sungkur BN kali ni...

    ReplyDelete
  17. Sudahlah...kau org ni Penyokong BN ke apa...org melayu ni PHD tak habis2.. jangan buat kerja bodohlah smua bloggers pro UMNO/BN..keutamaan smua ialah PRU13..jangan ludah muka sendiri.

    ReplyDelete
  18. Apa la ko ni? Dah Dato' tu nak bersara awal, dia punya pasal la, yang ko sibuk2 kenapa? Kenapa ko punya ego terlalu tinggi, terang2 org tu nak bersara awal, ko seolah-olah tak nak ngaku ko tu silap tafsir, KO FAHAM TAK? Ko dah salah tafsir niat dato' tu nak bersara

    ReplyDelete
  19. Bodo ko ni double y!!nk sgy populariti bodoh ape?wat kerja dlu sblum main hentam nk jatuhkan orang!!dol ko ni.bila la nk pupus orang mcm ni

    ReplyDelete
  20. YY ko tgk x mjlh3 td??..pekate pasni ko wt plak artikel yg mngatakn Dato Wira Jamil tu tpkse besara awl sbb mjlh3 dedahkn psl kapal selam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Double y Dan setiap bloggers ada hak masing2 untk post apa2 yg dikehendaki. Setiap org mempunyai hak untuk berbeza pendapat.

      Delete
  21. Double YY dan geng2 dia kena check mate....x perlu papagomo nak balas balik....TV3 pun dah tlg papagomo.........


    kah..kah..kah..kah..kah...malu la weiiiii.....len kali jgn bongkak,posting baru 2 hari...dah kena balun kaw2....bukan org lain yg balun...tapi TV3...kah..kah..kah..lepas ni saper pulak kena sack??....PM kot...kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  22. Nak berlagak x kena tempat.....TV3 dah potong dulu la....kah..kah..kah...
    weeeiiii double YY...apa beza posting papagomo dan Majalah 3 pasal kapal selam malam tadi??....sama ke x??....kalo dah bongok tu tetap bongok....

    ReplyDelete
  23. sukung BN Bha..aku paaduli apaMarch 4, 2012 at 1:34 PM

    double yy!

    lu ada tgk majalah 3 ka?ko ni mcm kurang zat jer sama mcm anuar reform..tak kisah la PG msuk kapal selam tu bknnya mendedahkan keselamatan negara pun..apa2 pun PAPAGOMO still no .1..u know?

    ReplyDelete
  24. Gua respect YY sebagai blogger senior gua. Tapi dalam hal ini, gua tak sokong lu YY. PapaGomo, ke MamaGomo, ke AtokGomo ke yang kena ajak masuk kapal selam 2 bukan jadi masalah besar. YY ada tengok TV3 hari sabtu tak majalah 3, TV3 dah tunjuk video satu dunia dah lihat kapal selam nie. Boleh jadi ada kes jealous dalam hal nie. Ramai2 blogger dlm malaysia papagomo saja yang dijemput.

    Gua cuma mengutarakan pendapat gua.

    ReplyDelete
  25. Berbeza pendapat memang tak boleh dielakkan tapi menyerang peribadi seseorang menggunakan sesuatu isu memang tak patut..

    ReplyDelete
  26. Sekadar perkongsian pandangan...
    Penyiaran berkaitan kapal ini oleh TV3 dan PG ( papa gomo ) adalah 2 pekara yg berbeza..

    Satu oleh badan yg diiktiraf dan ada nilai tanggungjawab dan kreadibilitinya berteraskan undang2 media iaitu TV3. Maka boleh diambil tindakan kalo menyalahi peraturan dn perjanjian.

    Kedua ( tp lbh awal ) oleh blogger tersohor PG... Sape kenal dia yg sebenarnya? Apakah juga dia terikat dgn peraturan atau undang2 penyiaran. Adakah dia juga bernaung dibawah satu badan khas yg boleh dipertanggungjawabkan apabila berlaku sesuatu kesan drp penyiaran artikel / video berkaitan kapal selam yg penuh kontroversi ini.

    Kita jgn jumudkan pemikiran, bila mana sesiapa sahaja berhak mengeluarkan artikel / bahan yg berkait dengan akta rahsia ( mungkin ).. Sila tanya phk Majlh 3 TV3, sudah tentu ada rundingan, persefahaman, perjanjian dan pematuhan dibuat sebelum & semasa rakaman, semasa editing dan setelah disiarkan.. Bukan main taram ikut suka dan sekadar kejar populariti....

    Disinilah bezanya, sy tak tau mcm mana plk phk PG... Samada melalui proses yg sama atau cuma deal mudah.Sbb kehadiran beliau jgk dlm kapal tersebut khabarnya rahsia.

    Oklah, memang kelihatan hebat.. Boleh masuk dlm kapal pastu record video n muat turun... Tapi kesannya mungkin terhadap mereka yg bertugas @ bertanggungjawab sepenuhnya...

    So apakah menulis dan muat trn bahan nie ikut suka kita tanpa kita perlu amik kira beberapa peraturan yg ada, demi menjaga sesuatu institusi yg kita dokong melalui kerajaan kita..

    Sefahaman sy menulis, baik sebagai wartawan mahupun blogger kita perlu pegang etika & profesionalisme.... buka hanya demi nama...
    TQVM.... Sekadar perkongsian.

    ReplyDelete
  27. Hari Sabtu hari tu krew Majalah 3 masuk dlm kapal selam Scorpene... Siap bawak kamera lagi... So bila YY nak bising?? Tak nak hentam Nurul Syuhada??

    ReplyDelete
  28. Majalah 3 tu masuk dengan kebenaran, pg tu masuk tanpa kebenaran rasmi. Sokong yy dlm hal ni. Ada beberapa perkara yg pihak atasan x boleh nk dedahkan. Tp kalau menteri sampai terkejut dgn page PG tu apa hal. Berkenaan dgn hal sulit dlm keselamatan negara, askar x leh dedah ke public, mereka kena main cool, kalau x kecoh satu negara! Tahu perjuangan yy dlm hal ni.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-