Thursday, February 16, 2012

[VIDEO] : Penduduk Kampung Koyak Borang Kaji Selidik Yang Diedarkan Oleh Mahasiswa #AmanKampus?


Kembara Aman Kampus yang selamat tiba di Perlis petang tadi kini berada di Felda Rimba Emas, Padang Besar untuk program 'Ikon Siswa' yang sedang berlangsung ketika ini walaupun 'blackout'.

Video (bawah) adalah rakaman sekitar sessi 'Info Siswa' yang dijalankan oleh mahasiswa Aman Kampus di setiap negeri yang dikunjungi. Info Siswa yang dijalankan boleh dikatakan mendapat kerjasama yang positif dari masyarakat walaupun ada kes di mana risalah dan borang kaji selidik yang diedarkan dikoyak oleh sesetengah penduduk yang berfahaman pembangkang.



Ada beberapa lagi rakaman yang tidak dapat dimuat-naik 'on the spot' memandangkan lokasi yang dikunjungi oleh Kembara Aman Kampus tidak semuanya menyediakan perkhidmatan internet yang memuaskan.

INFO SISWA :
Program info siswa ini melibatkan edaran fyers dan penerangan balas tentang hujah-hujah silap dan keliru dalam merasuki dan meracuni fikiran rakyat.Mahasiswa dan NGO yang terlibat akan berkunjung ke tempat-tempat spesifik dan menjadi kunjungan orang ramai seperti di rumah ,dataran ,pasaraya dan kedai makan.Mereka ini akan menjelaskan kepada golongan kelompok kecil rakyat berkenaan isu-isu semasa dan situasi sebenar yang berlaku.Kejayaan dan pencapaian kerajaan pimpinan Y.B Dato’ Seri Najib Razak sekarang juga akan diterangkan dengan lebih jelas.

1 comment:

  1. Diorang koyak sbb takut dgn kebenaran... Teruskan perjuangan!!

    PUSAT KHIDMAT NURUL IZZAH SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA!! Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-