Saturday, February 18, 2012

#AmanKampus Bikin Kecoh Sekampung

Semalam di Perlis Aman Kampus mendapat liputan media TV3 secara meluas dalam siaran MHI. Ini merupakan signal yang amat penting yang mana Aman Kampus menampakkan hasilnya di mata masyarakat.

Di sini saya ingin kongsikan satu perkara yang membezakan Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa untuk meraih publisiti media. Pro Aspirasi tidak perlu menipu rakyat Malaysia bahawa ada mangsa yang kononnya Nazak untuk mendaptkan publisiti.

Tidak perlukan keganasan dan menghuru harakan keamanan sejagat yang mana melibatkan pihak Polis. Jika pihak sebelah sana menggelarkan POLIS dengan gelaran yang bukan-bukan contohnya 'Anjing UMNO' tetapi dipihak Aspirasi kita menghargai jasa Pihak POLIS yang selama ini menjadi tunjang kepada keselamatan kami menjalankan sisi jelajah Aman Kampus ini.


Kami solat subuh di Masjid Ibnu Taimiyyah. Untuk Makluman semua, Kami tiba di Universiti Malaysia Pahang (UNIMAP) pada jam 2 pagi dan perlu bangun pada jam 4 pagi untuk bersiap bagi menjalankan aktiviti Siswa Prihatin, Ikon Siswa & Siswa Cergas di Kg Tambun Tulang, Arau Perlis.

Hanya 2 jam sahaja masa untuk kami berehat. Sebaik sahaja selesai Program Aman Kampus di Perlis, Kami telah bergegas dari Perlis untuk ke Kuala Lumpur. Kami telah bertolak dari Perlis jam 2 petang dan selamat tiba di UTM KL jam 10 malam tadi.

Perjalanan yang mengambil masa 8 jam dengan berbekalkan rehat 2 jam sahaja merupakan pengorbanan seluruh anggota Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat dalam misi mendekati masyarakat Malaysia di Semenanjung ini.

SISWA PRIHATIN : masyarakat dan mahasiswa sedang memask DODOL

SISWA PRIHATIN
Program Siswa Prihatin ialah satu program yang berunsurkan prihatinnya mahasiswa kepada masyarakat setempat. Selain itu juga, program ini di anjurkan untuk mengerat hubungan silaturrahim di antara kedua belah pihak. Perkara yang dilakukan oleh mahasiswa ialah seperti kenduri sekampung, membersihkan sekitar kampung, surau dan lain-lain lagi. 
Tujuan program ini ialah untuk memupuk semangat muhibah di antara mahasiswa dan penduduk kampung supaya penduduk kampung yakin dengan kebolehan mahasiswa untuk memimpin negara suatu masa nanti. Program ini dijalankan selama 2 jam setengah untuk membolehkan mahasiswa beramah mesra sambil memberi bantuan kepada penduduk setempat.
SISWA CERGAS

Program siswa cergas ini adalah salah satu aktiviti untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat umum dan juga belia mengamalkan gaya hidup yang sihat.Aktiviti senamerobik dan juga permainan bola sepak dan bola jaring akan diadakan bagi mengeratkan hubungan diantara mahasiswa dan juga NGO yang terlibat dengan masyarakat setempat
Sdr. Shahar Presiden Aspirasi, Sdr. Syed Presiden Alumni UNIMAP dan Sdr. Izuan YDP MPP USM sedang membuat lintasan langsung di MHI

peserta sedang memanaskan badan untuk aktiviti kayak

sebahagian peserta Aman Kampus yang memberi sokongan

pengacara MHI


Shahar jatuh..1 Malaysia tengok beb!!!

Dari kiri, Nurul Shuhada, M. Zul, Ally Iskandar dan Shahar yang baru sahaja salin baju selepas basah lenjun

YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim (ADUN Tambun Tulang) sedang beramah mesra dengan masyarakat

BACA SELANJUTNYA [KLIK SINI]

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-