Dua hari lepas saya dikatakan 'gila' kerana bertindak menghentam 'Tuhan' kepada semua bloggers iaitu PapaGomo. Ramai pihak telah beri respon ada yang kata saya 'gila' melawan blogger pujaan hati 27 juta rakyat Malaysia.
Hahaha...
Dalam saya mendiamkan diri, ada pula blogger yang terkenal dengan 'Copy & Paste' artikel dari Utusan Malaysia serta blog-blog lain, malah artikel-artikel saya juga diciplak tanpa sebarang kredit menghentam saya kerana beliau gagal memahami isu pokok yang saya ajukan.
Tidak perlu saya sebutkan nama beliau walaupun beliau melabelkan saya 'pencacai'. Walhal sekali imbas dirinya adalah 'pencacai' yang sebenar.
Nak tahu nama? Ok saya bagi sedikit 'hint' setiap artikelnya mesti mempunyai tajuk - INI JAWAPAN TUN MAHATHIR BLA BLA BLA...! - INI JAWAPAN ANWAR IBRAHIM BLA BLA BLA!
Hahaha...
Saya ingin tegaskan jangan cuba 'main gila' dengan menyerang UiTM yang merupakan institusi untuk anak-anak Melayu belajar demi kepentingan seorang professor yang disahkan gila oleh pakar perubatan, jangan fikir kamu sorang saja yang hatinya kering dan banyak menyimpan rahsia.
Cukuplah sifu kamu dan kroni dilatih oleh orang gila selama ini (orang gila yang mengaku dirinya pakar propaganda hahaha), jangan mengajak kami ikut jadi gila macam sifu kamu.
Kenapa saya kata mereka dilatih oleh orang gila? - Sedikit 'klu' jika serangan terhadap UiTM diteruskan oleh kuncu-kuncu kamu!
Di atas adalah laporan sulit mengenai 'dalang' disebalik serangan kepada VC UiTM, jangan paksa saya dedahkan semua. Apa yang berlaku pada malam sebelum serangan dibuat juga akan saya dedahkan jika serangan terus dilakukan, saya tidak peduli walaupun ianya melibatkan nama-nama besar!
Sebagaimana saya tegaskan kedudukan saya sekarang adalah 'NOTHING TO LOOSE' - Jika saya diperhatikan oleh kamu, ingin saya sampaikan di sini gelagat kamu serta kuncu-kuncu kamu telah lama saya perhatikan serta saya rakamkan.
Jangan cakap pasal hormat-menghormati jika kamu sendiri gagal menunjukkan sikap hormat kamu kepada blogger-blogger lain terutama blogger dari Unit Media Baru - yang merupakan unit di mana saya bernaung sekarang ini!
Saya berhenti di sini atas nasihat seorang blogger otai kepada saya, jadi ada baiknya pihak kamu juga berhenti atau banyak pihak yang akan ditarik ke dalam kancah 'peperangan' di antara pihak yang menyerang UiTM dan kami yang membela UiTM!
Baca artikel berkaitan [KLIK SINI]
Baca artikel berkaitan [KLIK SINI]
Akhir sekali ada baiknya kita ikut nasihat berguna dari Cats Thinker (ntah siapa ntah aku terjumpa) dalam entrinya sebagaimana di bawah :
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera.
CT tertarik dengan gossip panas perang sesama sendiri bloggers atau cybertroppers pro BN, antara PapaGomo and The Gang dan Yuseri Yusoff and The Gang. Dipanaskan lagi oleh Badut Rakyat dalam entri beliau yang terbaru.
Isu asas yang diperjuangkan adalah isu TNC UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengenai banyak perkara yang berbangkit (CT tidak akan mengulas). Cuma CT kecewa akibat peperangan tersebut yang kalah adalah UMNO/BN.
Biasanya di dalam peperangan, masing-masing akan mencari kelemahan dan membongkarkan rahsia. Maka satu persatu rahsia akan terbongkar sehinggakan siapa yang menaja bloggers ini akan diketahui umum dan akhirnya bloggers pro UMNO/BN tidak akan dipercayai lagi.
Daripada kajian pendapat, umum memang mengetahui ada dikalangan bloggers pro UMNO/BN mendapat pendapatan lumayan daripada menjadi bloggers sepenuh masa.
Cuma belum bertaraf jutawan sahaja lagi. Umum tidak dapat memberi bukti yang sahih, cuma andaian terhadap kehidupan sebelum dan selepas menjadi bloggers pro UMNO/BN ini yang dianggap mewah. Malah ada khabar-khabar angin mengatakan ada bloggers pro UMNO/BN cuba melobi projek-projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.
Wow! Kesahihan sumber ini CT tidak pasti.
Apabila berlaku peperangan dikalangan bloggers ini, bukan menjadi rahsia lagi tentang punca pendapatan bloggers ini sekiranya masing-masing membongkar satu persatu rahsia peribadi yang tidak wajar diketahui umum. Ini bukan bermakna kesemua bloggers sebegitu.
CT yakin masih ada bloggers pro UMNO/BN yang bergerak sendirian "Stand Alone" seperti CT tanpa mendapat habuan sesen pun atas semangat perjuangan jati dan keikhlasan untuk membantu parti dan kerajaan.
Apa yang menghairankan CT, bagaimana bloggers-bloggers ini direkrut dan ditaja. Untuk menjadi bloggers politik dan pro UMNO/BN yang sejati dan semangat juang yang tinggi bukan hanya berbekalkan kebolehan dan bakat di dalam IT ataupun dunia siber. Calon-calon hendaklah seorang yang telah berkecimpung dan bergiat lama di dalam politik.
Bukannya sehari dua dalam politik atau setahun jagung sudah boleh menjadi bloggers politik. Ilmu politik seharusnya tinggi dan memahami tendang terajang di dalam dunia politik. Jika di dalam dunia politik mereka ini dipanggil "anak ikan" dan beberapa nama lain lagi. SEDAP DIMAKAN RANGUP DITELAN.(faham-faham sendiri lah!!!)
Jangan salah anggap apa yang CT tuliskan disini. CT tidak berniat untuk memihak atau bermusuh dengan sesiapa pun. Cubalah cari jalan penyelesaian dan jadikan agenda perjuangan sebagai keutamaan. Jauhkan hasad mendengki antara sesama kita.
Ranking itu hanyalah mainan angka. Kerana angka, Allah murka kepada kita. Cuma CT teringat satu pesanan orang-orang tua, jangan kita jadi orang pertama masuk NERAKA JAHANAM.
Wallahuaqlam...
YY : Nak stop ke tak nak...? :)
Macam budak budak lah kamu ni semua..Cukuplah sampai di sini saja pasal topik ni. Bosanlah..
ReplyDeleteDalam sejarah UiTM takde lagi student dpt masuk ke pjbt VC semata2 nk bgmbr, nk borak kosong dgn VC.
ReplyDeleteSemua ni berjaya dilakukan oleh dato sahol. Hubungan akrab kami dgn dato sahol mcm bapak dgn anak.
Jahanamkan saja mereka yg cuba serang kampus kami bro. kami student UiTM bersamamu bro.
Siapa yg mengajar cara ini yang terbaik untuk kita menyelesaikan masalah? Insaflah, sebagaimana kita tidak mahu pelajar UiTM dijadikan kuda tunggangan pembangkang, kita juga tidak mahu sesiapa pun menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak. Maka, perlu lah dilihat mana-mana isu dengan teliti. DAlam isu ini, papagomo dan lain-lain bukan menyerang UiTM. Mereka hanya meminta penjelasan. Tidak lebih daripada itu. Apakah mereka juga diperkudakan? Mungkin. Itu tidak bermakna kita boleh membenarkan diri kita diperkudakan juga.
ReplyDeleteCuba syorkan buat majlis baca yassin dan sembahyang hajat beramai-ramai di masjid UiTM, minta Allah tunjukkan kebenaran itu dengan sejelas-jelasnya, dan minta Datuk VC UiTM bersumpah "Saya tidak pernah menzalimi orang lain dan saya tidak pernah salahgunakan kuasa sepanjang saya berkhidmat di UiTM dan sekiranya saya berbohong, maka saya rela Allah laknatkan saya di dunia dan di akhirat". Adalah lebih baik jika Datuk VC juga yang menjadi imam dalam solat tersebut, dan lead baca yasin.
dedahkan jer semua...satu Malaysia nak tahu cerita ni bro....
ReplyDeletesaya tak terfikir hal begini terjadi, kalau di Sarawak ada versi lain pulak,,, semuanya kerana duit!
ReplyDeletemcm budak2 lah ko ni YY.sapa suruh ko hentam peribadi.ko ni pun 1,blogger UMB dan di bayar oleh UMB.x perlu nak kecoh2 lah..x perlu nak hentam blogger lain.aku tau yg ko katakan blogger copy paste tu siapa.at least blogger tu ada juga kebaikannya byk membongkar.drpd ko menghentam sesama sendiri.bodoh ker apa?
ReplyDeletePEJUANG HAMAS
anon 11:38 betul juga apa yg ko kata.aku pernah baca blog tu.tp x byklah copy paste dia.byk juga kebenaran yg dia bg.dia pun dah top mcm tuan dia.aku tgk double Y ni hentam papagomo.ntah2 dah kena bayar kot dgn Dato Sahol.mana x nya,nak bongkar cerita Dato Sahol.aku pun hairan,bila ada lambang putrajaya mesti nak hentam blogger.pelik aku.korang x boleh kerjasama ker mcm team yg lain.UMB mmg suka hentam blogger ker?kenapa x buka pembongkaran pakatan atau kebenaran bak kata blogger yg ko katakan double y? lg 1 komen tu tolong lepaskan x perlu nak private,aku pun pembaca setia ko double y.
ReplyDeleteGua bangga ada kawan mcm lu brother.
ReplyDeleteJgn layan cercaan.
Lu memang semangat patriotik demi alif ba ta.
Lu bongkar lagi jika mereka masih mahu lawan.
As a leader its almost impossible to please everyone. Jangan pula kata mereka yang support kaki bodek atau orang‘yes sir’ sahaja. Macam saya, saya mmg suka dgn kepimpinan Dato Sahol di uitm. Saya lihat banyak transformasi positif yang telah dilakukannya. Beliau ambil berat ttg warga uitm, dia bukan jenis yang cakap lain, buat lain, seperti apa yang satu golongan kecil kata. Org yang menentang tu maybe tak setuju dengan kepimpinan Dato Sahol. Itu adalah hak mereka. Tapi sesetengah golongan yang tak puas hati ni, kebencian mereka kerana tidak see ‘eye to eye’ dengan pemimpin menjadikan mereka ular berbisa dimana mereka mula membuat rancangan untuk menjatuhkan pemimpin hanya mungkin kerana perbezaan pendapat ttg satu perkara kecil yang mereka anggap besar, tak puas hati dengan keputusan yang dilakukan oleh pemimpin yang tidak menyebelahi mereka & etc. dalam isu nak jatuhkan vc uitm ni sebenarnya kes dalaman, masalah bermula bila perkara yang dilaksanakan tidak menyebelahi sesetengah pihak. contohnya bila tak disambung kontrak samada sebagai kakitangan, dekan, pengarah, ketua atau inginkan sesuatu pangkat dan jawatan tapi xdpt. Mereka ni marah, x sedar knp dirinya x disambung @ x dpt, so sb x puas hati mulalah meroyan, kutuk, nak sabo & etc. Tahu ke kuasa veto x ada pada vc uitm sepenuhnya, not this vc, but I don’t know abt the one before. Dalam hal dato sahol, beliau mempraktikkan kepimpinan bersama, sebab itu perihal menyambungkan kontrak atau memilih seseorang itu sebagai ketua dan etc, akan ada komitee yang membantu Dato Sahol dalam proses membuat keputusan. Dato Sahol hears facts and opinions from diff perspectives. If majority in the committee supports a certain decision even though it is against the vc’s decision, then the decision will according to majority. You see, the vc n mngt team is all 4 making uitm improve as an institution, that’s all. Those who don’t agree with some of the decision made by vc and komitee mula lah cakap vc ni merosakkan uitm lah, vc patut diganti dengan orang lain yang sehaluan dengan mereka la. Macam itu lah tabiat orang kita. Bila orang x setuju dengan kita, mula lah kita anggap org tu sbg org paling teruk sekali. Mulalah mengumpat, spread rumors, burukkan org tu sabo, tulis blog buruk, surat layang la. Jijik betul tabiat kita ni. Pernah juga sesetengah keputusan yang dibuat Dato Sahol n management team tidak memihak kepada saya dan beberapa warga uitm, tapi keputusan yang dibuat berpihak kepada majority warga uitm as a whole. Kita kena tengok dari sudut lain, dari sudut yang lebih besar, dan bukan hanya pentingkan diri sendiri. Saya bukan pembodek dan saya bukan’yes sir’ punya orang. Sebab bila saya bercakap positif ttg Dato Sahol, mula lah org yang anti dgn beliau cakap saya ni kaki bodek. Ni biasa, orang kita mmg perangai mcm tu. Sangat immature org kita kadang-kadang. Saya Nampak kepimpinan Dato Sahol macam mana. Dato Sahol dan management hanya mahukan the best untuk uitm yg banyak potensi ini. Jangan lah kita merosakkan rancangan mereka untuk menaikkan nama uitm. Cuba lihat achievement uitm setakat ini semenjak Dato Sahol menjadi vc, banyk. Berapa banyak orang dah beliau dan management bantu? Beribu-ribu. Kenapa kita tak Nampak semua ini? Semenjak Dato Sahol jadi vc, dah pun ada warga uitm yang sambung belajar ke Harvard. Ini adalah satu achievement yang besar. Banyak lagi kejayaan yang Dato Sahol lakukan untuk uitm dengan kerjasama warga uitm yang Nampak hala tuju bagus vc kita ni. Jika uitm naik, kita sama-sama akan untung. Jika kita tak puas hati sebab tak disambung jawatan, tak dinaikkan pangkat, tak dapat apa yang kita nak, Tanya diri dulu, kenapa? Everything in uitm ada black and white. Jika kita tak dapat naik pangkat, maybe sebab kita tak cukup syarat. Fikir kan lah!
ReplyDeletePeranggggggggggggg!!!!yeszzzzz.....
ReplyDeleteharap tolong sama-sama mempertahankan kebenaran dan kerajaan kita dan bukan tulis ikut siapa bayar. hal psl dato sahol ni tiada kes. kenapa ia diperbesarkan? adakah sb paymaster suruh blogger buat cerita buruk psl dato sahol supaya rakyat hilang kepercayaan kpdnya? hanya krn nk puaskn tuan yg bayar? melihat semua ni, sy sendiri akn pertahan dato sahol yg dah mmg sah memperjuangkan apa yg saya juga perjuangkan juga. dlm hal ini sy tidak perlu dibayar atau diperkudakan. sy akn buat sb sy juga dalam perjuangan mempertahankan uitm dlm apa keadaan dgn cara halal. mrnyerang dato sahol adalah juga menyerang uitm. kami akn pertahankannya.
ReplyDeletePEJUANG HAMAS,
ReplyDeletebukankah dulu PG pernah attack blogger lama mcm BigDog, Rockybru siap impose gmbr mereka macam2 takde pulak ko nk kata PG suka balun org. YY dah tiba masa mereka yg sudah lari dari matlamat perjuangan semasa mula2 buat blog dinyahkan dari mereka terus menjadi ancaman kpd pemimpin umno sndiri.
Dulu mcm2 hinaan diberikan kpd blogger yg intelektual dan tak sependapat. kamu semua balun boleh tapi bila time kena balun mula tuduh orang mcm2.
malah ketika pergaduhan PG dgn PK bahasa mereka lagi teruk dari bahasa di blog ni.
sekurangnya penulis blog ni takdelah mencarut bagai nak gila. setakat ni ayat paling kasar ditujukan kpd PG hanya 'anjing' maybe sebab penulis dh hilang sabar.
cermin diri sblm tembak org bro.
-ex UiTM-
Terima kasih atas semua respon, sama ada yang menyokong mahu pun menghentam.
ReplyDeleteSaya tidak marah, saya tidak berkecil hati. Malah saya hargai semua komen-komen yang diberikan.
Sdr berhak berkata apa sahaja kerana itu merupakan hak semua utk nyatakan pendapat masing-masing.
:)
Tabahkan hati bro. Persetankan mereka yg cuba usik kampus kami. Geng mahasiswa UiTM with you bro!!!
ReplyDeleteUITM DIHATIKU...
Ayahanda sahol, kami tahu perjuangan ayahanda di cemburu oleh mereka yg tak bertanggungjawab! You will never walk alone ayahanda sahol! We will stand by you in this journey and we will fight for you!
ReplyDelete'The Untouchables Bloggers' bukan sahaja bakal berhadapan dgn serangan bloggers like Double-Y. Malah dia bakal berhadapan dengan mahasiswa UiTM, kakitangan UiTM dan kami Alumni UiTM!
ReplyDeleteShow us what you got PapaGomo!
(Alumni UiTM)
UiTM - Universiti Tolong Melayu..tak kira lah anak UMB ke Double Y ke hatta anak sesiapa saja tanpa mengira latar belakang politik boleh belajar disini. Apa yg penting SPM layak.Jadi sama-samalah mempertahankan institusi ini yang banyak melahirkan profesional dan pakar serba serbi.
ReplyDelete