Saturday, February 25, 2012

#saveKelantan : Agent Johnson Seronok 'Meraba' GRO Bersama Yang diPertua PAS Tumpat?

Kelantan Negeri Serambi Mekah - gelaran yang diberikan kepada negeri kelahiran saya yang sudah lebih 23 tahun diperintah oleh para ulamak PAS. Ada yang mengatakan PAS memerintah Kelantan dengan begitu baik di mana premis-premis hiburan serta aktiviti maksiat langsung tidak terdapat di Kelantan.

Mungkin dulu benar dakwaan ini, namun kini negeri yang diperintah oleh para ulamak ini tidak kalah dari segi aktiviti kemaksiatannya. Dari disko-dut di bawah pokok ceri kini sebuah pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras bebas beroperasi walaupun lokasinya tidak lebih 5 kilometer dari rumah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Laporan kickdefella hasil risikan Agent Johnson :

Baru-baru Agen Johnson di pelawa oleh Bro Torpedo untuk menyiasat aktiviti maksiat di DUN Pasir Pekan yang diwakili oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Ahmad Bin Yacob. 
Dato’ Haji Ahmad Yacob juga adalah Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Kelantan selain Yang DiPertua PAS Kawasan Tumpat. 
DUN Pasir Pekan berada di bawah Parlimen Tumpat. Sekian lama isu maksiat yang berleluasa di Tumpat hangat diperkatakan termasuklah di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi tiada sebarang tindakan serius dilakukan untuk mengatasinya.



Malah aktiviti maksiat yang termasuklah karaoke haram dan disko rimba yang sebelum ini terbatas kepada beberapa kelompok masyarakat Siam di situ kini telah merebak ke premis kekal dengan peralatan serba canggih.
Berikut adalah rakaman siasatan yang dilakukan oleh agen Johnson dan Bro Torpedo di Bandar Baru Pasir Pekan. Premis hiburan ini selain menghidangkan minuman keras kepada orang Islam dan bukan Islam turut menyediakan kemudahan berjudi dan pelayan-pelayan perempuan daripada Thailand.
Jika anda mahu dan mampu, anda boleh lakukan banyak perkara bersama pelayan perempuan daripada Thailand ini. Pada waktu-waktu tertentu, perempuan daripada Thailand ini di ‘sembunyikan’ di unit sebelah premis berkenaan untuk tujuan keselamatan. 
Segala-galanya ini berlaku dengan selesa tidak lebih lima kilometer dari kediaman Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. 
Selanjutnya....
YY : Nopak lg Tok Guru ambo... 

1 comment:

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-