Saturday, February 25, 2012

Jika UMNO Tak Faham Al-Quran, PAS Pula Mempermainkan Al-Quran?

Dr. Rani Othman Pesuruhjaya PAS Selangor nampaknya bercakap mengikut selera kepala hotak dia tanpa memikirkan bahawa setiap tutur serta tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO kadangkala tepat terpalit ke atas muka PAS.

Jika sebelum ini pasar babi PAS sanggup redah semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan masyarakat bukan Islam semalam di hadapan 'fundraiser' DAP Dr. Rani Othman tanpa rasa bersalah melemparkan fitnah kepada orang UMNO.
“What is the difference between PAS and Umno? Both of us wear the kopiah, baju Melayu, and we may even look the same. 
“But the main difference is that we understand the Quran, and they do not” - Dr. Rani Othman -
Melemparkan tuduhan kononnya UMNO itu tidak memahami Al-Quran hanya kerana UMNO menyerang hubungan di antara PAS dan DAP di hadapan penganut bukan Islam, menunjukkan PAS sanggup melakukan apa sahaja demi meraih sokongan penganut bukan Islam walaupun terpaksa memfitnah saudara seagamanya.

Wahai Dr. Rani Othman - Jika UMNO tidak memahami Al-Quran sebagaimana tuduhan yang dilemparkan. Bagi saya PAS lagi teruk dari UMNO kerana bertindak mempermainkan Al-Quran dengan membiarkan ayat-ayat suci dijadikan modal ceramah oleh kafir DAP.

Bukan sahaja merelakan ayat suci jadi modal politik oleh bukan Islam malah hukum-hukum agama juga PAS lacurkan hanya kerana mahu melihat tersungkurnya kerajaan UMNO/BN.

Prinsip pemimpin PAS juga selalu berubah mengikut zaman, walhal di kalangan para-para Nabi dan Rasul, setahu saya tiada seorang pun yang mengubah prinsip perjuangan hanya kerana mahu menambahkan jumlah pengikut mereka semasa berdakwah.

Prinsip digadai atas alasan mahu mengtarbiahkan dan mahu DAP faham akan Islam, tetapi apa yang kita tengok sepanjang 6 tahun 'persetubuhan' PAS dengan DAP ialah DAP tetap tak faham-faham  mengenai Islam sebaliknya PAS pula yang semakin liberal dan semakin tersasar dari ajaran Islam.

Kalau tidak tersasar takdelah kes penganut PAS ikut adakan Candle Light Vigil.

Hahaha...

Amanat khas untuk orang bukan Islam, dengar baik-baik betapa rasis dan ekstremnya PAS :



YY : Kena atah UMNO dikatakan haram, kena tang dia dikatakan Halal...

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-