Tuesday, February 7, 2012

[FOTO] #AmanKampus : Dari Kuala Pilah Kini Di Ayer Keroh, Melaka - Ada Mahasiswa Kena Maki?

Mahasiswa Kembara Aman Kampus bergambar kenangan bersama penduduk Kg. Mertang
Hari kedua 'Kembara Aman Kampus' dimulakan seawal jam 7.00 pagi di mana kumpulan mahasiswa ini dipecahkan kepada dua kumpulan. Hari ini kumpulan mahasiswa ini melakukan kerja-kerja kebajikan di mana kumpulan A secara bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Kampung Mertang.

Tanah Perkuburan Kampung Mertang ini juga adalah tapak persemadian nenek kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur. Aktiviti gotong-royong ini turut disertai oleh pelajar dari Giat MARA Kuala Pilah.



Kubur nenek Datin Seri Rosmah Mansur.

Kehadiran kumpulan mahasiswa ke Kampung Mertang disambut baik oleh penduduk kampung malah ada yang 'marah' kerana kumpulan mahasiswa tidak memaklumkan akan kehadiran mereka lebih awal supaya sedikit persiapan dapat dilakukan oleh mereka.

Walaupun penduduk setempat tidak menjangkakan bahawa kampung mereka akan dikunjungi oleh kumpulan mahasiswa Aman Kampus, sedikit juadah tetap disediakan oleh penduduk kampung sebagai menghargai kehadiran mahasiswa ini ke kampung mereka.

Penduduk Kg. Mertang menyediakan bunga telur 'last minit'
Selesai bergotong-royong : seronok agaknya dapat buat kebajikan... hehehe
Berbual bersama-sama penduduk Kg.Mertang setelah selesai aktiviti gotong-royong

Begitulah tingginya status mahasiswa di kalangan penduduk kampung, lebih-lebih lagi bila ada yang sanggup turun melakukan kerja-kerja sukarela di kampung-kampung mereka. Tapi imej mahasiswa kini tercalar dek kerana sikap segelintir mahasiswa 'radikal' yang membiarkan diri mereka dipergunakan oleh parti pembangkang.

Tiba di Ayer Keroh, Melaka

Kini Kembara Aman Kampus selamat tiba di Ayer Keroh Melaka :


 Ada mahasiswa ditengking, dimaki serta dihalau ketika sessi 'Info Siswa' - Laporan seterusnya bakal menyusul - lambat update Kuala Pilah 'broadband' slow.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-