Monday, February 6, 2012

#AmanKampus : Putrajaya - Tasik Titiwangsa - Kini Di Kuala Pilah Negeri Sembilan


Kembara Aman Kampus Mahasiswa Bersama Masyarakat yang dilancarkan di Putrajaya awal pagi tadi kini selamat tiba di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebaik sahaja konvoi dilepaskan oleh YB Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor kembara yang membawa lebih 180 mahasiswa ini terus ke Medan Selera Presint 9 untuk melakukan aktiviti 'Info Siswa'.

Seorang mahasiswa bertanyakan soalan mengenai dasar kerajaan kepada orng ramai di Tasik Titiwangsa
Mahasiswa yang terlibat diagihkan kepada empat kumpulan di mana mereka diberikan tugasan untuk mendekati masyarakat dengan melakukan soal selidik.

Antara soalan-soalan yang diajukan oleh para mahasiswa ini adalah permasalahan yang dialami oleh rakyat setempat, selain itu kumpulan mahasiswa ini turut mengajukan soalan sama ada masih ada janji-janji yang dibuat oleh kerajaan kepada rakyat yang masih tidak ditunaikan.

Hasil maklum balas ini yang diberikan oleh masyarakat ini, akan dikumpulkan dan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Selesai dua sessi 'Info Siswa' kumpulan mahasiswa ini terus bergerak ke Kuala Pilah dan yang paling menarik adalah aksi mereka ketika berhenti untuk solat di Hentian Rehat & Rawat Seremban di mana kumpulan mahasiswa ini mengibarkan kain rentang menyatakan sokongan penuh mahasiswa kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Antara foto menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa kami :

Aksi mahasiswa Aspirasi yang menyatakan sokongan kepada Perdana menteri.


Selamat tiba di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Anggota Polis Trafik yang banyak membantu untuk melancarkan perjalanan Kembara Aman Kampus


Ikuti laporan rasmi aktiviti Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat di blog LIVE-AMANKAMPUS [KLIK]

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-