Selain diserang berhubung isu penggunaan wang zakat untuk menampung kos guaman Qazaf, PKR melalui Anak Muda Keliru (AMK) mempersoalkan rumah banglo yang dimiliki oleh Jamil Khir Baharom. AMK menuduh kononnya rumah itu dibeli oleh Jamil Khir selepas 3 tahun dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Petikan Suara Keldaian :
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.
Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.
“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.
Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.
Walhal rumah tersebut dibeli ketika Jamil Khir masih menjawat jawatan tentera, dan pada waktu itu nilai rumah berkenaan sekitar RM200,000 pada tahun 1994 sebelum diubah-suai secara berperingkat.
Anehnya di sini, AMK dan blogger pembangkang begitu ghairah mempertikaikan segala kemewahan yang dimiliki oleh orang BN. Tetapi tidak pula mereka mempertikaikan serta mempersoalkan kemewahan yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Kita ambil contoh rumah Anwar Ibrahim di No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur :
Anwar Ibrahim berpindah dari rumah lama di Damansara pada awal Januari 2007. Rumah lama di Damansara bernilai RM2 juta dan rumah baru (villa), di Bukit Segambut dianggarkan lebih dari RM7 juta.
Kalau jadi PM, tak tahulah berapa mewah lagi perbelanjaannya. Dipenuhi juga dengan ciri-ciri keselamatan termasuk Pengawal Keselamatan dan pondok pengawal yang berkawal 24 jam.
Begitu banyak penghawa dingin dipasang. Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV. Villa bertingkat-tingkat umpama sebuah mahligai.
Ciri-ciri rumah beliau seperti ini bukan menggambarkan beliau hidup sederhana sepertimana yang diwar-warkan dalam ceramah-ceramahnya.
Atau adakah ini hasil jualan kraftangan banduan semasa di Sungai Buloh?
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-