Monday, January 9, 2012
Kenapa Pemimpin DAP Tak Turun? #901 #BebasAnwar901 #fitnah2
Sepanjang pemerhatian saya ketika membuat liputan sekitar Perhimpunan Bebas Anwar 901, saya tidak melihat kelibat pemimpin-pemimpin DAP seperti, Lim Guan Eng, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Teresa Kok, Ronnie Liu dan geng-geng mereka. Sebaliknya hanya seorang saja yang dilihat hadir di mahkamah.
Kenapa yang lain tidak turut bersama PKR & PAS sedangkan dua parti ini merupakan sekutu mereka?
Yang ada cuma pemimpin PAS dan beberapa pemimpin PKR iaitu Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Hadi Awang, Nasharuddin Tantawi, Nik Abduh, Xavier Jeyakumar dan Saifuddin Nasution.
Ini bukti jelas bahawa maklumat yang kita terima sebelum ini, bahawa DAP tidak merestui ahli mereka turun berhimpun dalam Perhimpunan Bebas 901 ada kebenarannya.
Adakah DAP sendiri tidak setuju dengan cara demontrasi begini sedangkan kes yang dibicarakan langsung tidak melibatkan kepentingan parti sebaliknya ianya lebih bersifat kepentingan individu?
Kasihan melihat PAS & PKR, mereka sanggup turun bermatian pertahankan DAP sebaliknya DAP tidak pula bersama menyokong perhimpunan mereka malah mungkin juga ahli DAP jijik hendak mengangkat bendera PAS & PKR.
Hanya PAS & PKR yang begitu bangga dengan Anwar Ibrahim sedangkan bagi DAP Anwar Ibrahim tidak lagi relevan untuk terus merajui PR.
Tidak hairanlah jika ada pemimpin DAP beranggapan bahawa Anwar Ibrahim akan didapati bersalah hari ini.
Siapa pemimpin DAP itu...?
Hehehe...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-