Monday, January 9, 2012
#901 : Anwar Ibrahim Tidak Bersalah & Dilepaskan Oleh Hakim Yang Dulu Dituduh Berat Sebelah? #BebasAnwar901
Setelah ditunda, ditangguh dengan pelbagai alasan, akhirnya keputusan perbicaraan kes Liwat II yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim sudah diketahui oleh rakyat Malaysia hari ini.
Semua penyokong PR kelihatan gembira dengan keputusan itu, di sebelah BN pula beberapa penyokong dilihat kecewa dengan keputusan hakim yang membebaskan Anwar Ibrahim pagi tadi.
Saya secara peribadi menerima keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kerana bagi saya dalam penghakimannya tidak ada menyebut bahawa liwat itu tidak terjadi.
Sebaliknya hakim membuat keputusan berdasarkan ketidakpastian beliau terhadap bahan bukti yang dikemukakan sama ada ianya diusik atau tidak. Justeru itu mahkamah hanya bergantung daripada keterangan mangsa sahaja.
Ironinya di sini adalah hakim Mohammad Zabidin yang membuat keputusan bahawa Anwar Ibrahim dibebaskan dan dilepaskan adalah hakim yang cuba ditukar oleh Anwar Ibrahim sebanyak 3 kali sepanjang perbicaraan berlangsung.
Pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas hakim Mohammad Zabidin, malah mahkamah juga menjadi mangsa tohmahan Anwar Ibrahim semata-mata beberapa keputusan sebelum ini dilihat tidak memihak kepadanya.
Lihat beberapa kenyataan yang dikeluarkan Anwar Ibrahim sepanjang berlangsungnya perbicaraan Liwat II :
Hakim dituduh berat sebelah dan beliau tidak mendapat sebuah perbicaraan yang adil jika hakim Mohammad Zabidin mendengar kes liwat yang sedang dihadapinya waktu itu.
Selepas itu Anwar Ibrahim menuduh sistem kehakiman di Malaysia terdapat campur tangan politik dan mempunyai agenda untuk menjatuhkan beliau.
Tidak cukup dengan itu malam sebelum mendengar keputusan berhubung kes yang dihadapinya beliau masih sempat menuduh sistem kehakiman negara, media semuanya telah dikawal oleh UMNO.
Tetapi hari ini peristiwa sebaliknya berlaku, hakim Mohammad Zabidin yang dituduh berat sebelah, dimanipulasi oleh BN, mahkamah dikawal oleh UMNO inilah yang telah membuat keputusan bahawa dirinya dibebaskan dan dilepaskan.
Jika dirinya dikatakan difitnah, bagaimana dengan tuduhan yang beliau lemparkan kepada hakim, UMNO, mahkamah, polis serta media?
Tidakkah itu juga satu fitnah jahat ke atas badan-badan serta agensi kerajaan?
Kesimpulannya saudara pembaca, Anwar Ibrahim ini akan menuduh dan menyerang semua pihak, jika pihak berkenaan membuat keputusan yang dilihat tidak memihak kepada kepentingan dirinya.
Nampaknya Anwar Ibrahim patut jilat semula ludahnya sebelum ini yang menuduh hakim serta mahkamah dikawal oleh UMNO!
Liwat berlaku tp suka sama suka. so dia peliwatlah. sanggup korang nk julang org mcm ni jd pemimpin gila!
ReplyDeleteYg penting apa pun aku takkan terima para peliwat menjadi perdana menteri malaysia... Mau terbalik malaysia ni
ReplyDeleteDunia mungkin dia boleh lepas. Akhirat belum tentu
ReplyDelete