Wednesday, December 7, 2011
"Ulama Tersohor Dunia Pun Anwar Ibrahim Perdayakan, Apatah Lagi Ulama PAS"
Video eksklusif pengakuan YB Zulkifli Nordin di atas disiarkan di laman youtube semalam, dalam rakaman tersebut YB Zulkifli Nordin mengaku beliau bertanggungjawab memperdaya ulama terkenal dunia Sheikh Yusuf Qardhawi demi mempertahankan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu.
YB Zulkifli Nordin bertanggungjawab memberikan gambaran kepada ulama terkenal itu kononnya Anwar Ibrahim ini merupakan mangsa fitnah.
YB Zulkifli Nordin juga dalam pengakuan yang diterbitkan oleh aidc.com semalam mengaku tidak menceritakan secara penuh bahawa isu kes Liwat II yang dilalui oleh Anwar Ibrahim kini membabitkan tokoh pembangkang itu dengan kakitangannya sendiri.
Melihat pengakuan yang dibuat oleh YB Zulkifli Nordin ini saya teringat ketika di Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu, Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya di Sibu begitu yakin mengatakan bahawa ulama terkenal itu bersamanya dan akan 'terbang' ke Malaysia bila-bila masa sahaja jika beliau memerlukan tokoh agama tersebut untuk membelanya.
Patutlah Anwar Ibrahim begitu yakin ulama terkenal Sheikh Yusuf Qardhawi akan mempertahankannya, rupanya semuanya telah dicatur oleh YB Zulkifli Nordin demi menyelamatkan 'boss' beliau pada waktu itu.
Untuk yang terlupa lihat minit 2:50 video yang dirakamkan sendiri oleh saya dan BroJinggo semasa di Sibu :
YY : Err... Kes Liwat dengar cerita tangguh lagi... kali ke berapa? 79, 80 atau dah lebih 100 kali...? kambing pun cemuih nak ikuti perbicaraan Liwat II ni...
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-