Wednesday, December 7, 2011

Guan Eng Cabar @NajibRazak Buktikan DAP Mahu Pinda Perlembagaan? - LGE Ini Buktinya!

http://malaysiakini.com/news/183338

Susah betul jadi Melayu sekarang, asal bercakap soal hak untuk kaum sendiri tentu akan dilabelkan sebagai bersikap perkauman dan rasis. Walhal kita hanya berbicara perkara yang sudah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Begitulah juga nasib yang menimpa Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, hanya kerana mengingatkan kaum bukan Melayu supaya tidak mempersoalkan mengenai hak keistimewaan orang Melayu, beliau dikatakan memberi 'amaran' dalam bahasa lainnya cuba menakut-nakutkan orang bukan Melayu.

Terbaca kenyataan Guan Eng dalam sebuah portal yang mana menjadi 'kiblat' kepada totok pembangkang di Malaysia. Dalam kenyataan (gambar atas) Guan Eng mencabar Perdana Menteri supaya membuktikan kononnya kaum bukan Melayu (DAP) mahu mengubah Perlembagaan jika mereka berkuasa kelak.

DAP Tidak Mampu Ubah Perlembagaan Tapi...
Dalam PRU untuk sesebuah parti membentuk kerajaan dengan majoriti mudah mereka perlu memenangi 112 kerusi manakala untuk membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 pula sekurangnya 140 kerusi diperlukan.

Betul jika DAP menang kesemua kerusi yang ditandingi sebagaimana PRU12 yang lalu iaitu 46 kerusi, DAP tidak mampu untuk mengubah Perlembagaan kerana jumlah tersebut hanya 1/5 dari jumlah yang diperlukan iaitu 2/3.

Justeru itu DAP tidak akan mampu mengubah Perlembagaan tanpa sokongan dari PKR. Mahu atau tidak sokongan PKR diperlukan oleh DAP untuk mengubah Perlembagaan, ikut rekod PRU12 yang lalu PKR bertanding 94 kerusi.

Kita ketepikan PAS kerana jumlah kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam PRU12 hanya 67 kerusi dan PRU13 yang akan datang khabarnya PAS hanya bertanding 60 kerusi sahaja bakinya 7 kerusi diserahkan kepada DAP.

Kita ambil jumlah kerusi DAP dan juga PKR andai kata dalam PRU13 yang akan datang kedua-dua parti ini bertanding jumlah kerusi yang sama sebagaimana dalam PRU12 yang lepas dan JIKA kedua-dua parti ini memenangi kesemua kerusi ditandingi hasilnya adalah 46 + 94 = 140.

Bukankah ini adalah jumlah yang diperlukan untuk mendapatkan majoriti 2/3?

Jadi jumlah yang ditandingi oleh DAP dan PKR dalam PRU12 yang lalu sebenarnya adalah jumlah yang membolehkan mereka membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 walaupun PAS tidak bersama dalam Pakatan mereka.

Kenapa saya tidak percaya bahawa PKR akan pertahankan hak-hak orang Melayu lebih-lebih lagi Perkara 153 dan mereka mungkin akur dengan hasrat DAP jika Pakatan Rakyat menang PRU13 yang akan datang?

Nurul Izzah Pernah Persoal Perkara 153...
Imbas kembali bagaimana Nurul Izzah dalam kenyataannya sebelum ini yang mana beliau telah mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu. Nurul Izzah dalam satu kenyataan kepada portal pro-pembangkang pernah mengatakan :
"Perkara 153 hanya menyebut 'kedudukan istimewa' dan bukannya 'hak keistimewaan' orang Melayu seperti yang digembar-gemburkan"
Lihat bagaimana seorang wanita muda Melayu anak kepada Presiden PKR sendiri mempersoalkan Perkara 153 yang mana tindakan beliau pada awalnya bertujuan mendapatkan sokongan kaum bukan Melayu sebenarnya telah membuka ruang untuk bangsa lain mempersoalkan malah mempertikaikan Perkara 153.

Perkara 153 tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesiapa sahaja rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dipersoalkan oleh kaum Melayu sendiri, kerana Perkara 153 merupakan asas kepada pembentukkan negara kita. Tapi demi undi, demi menjayakan hasrat papanya Nurul Izzah sanggup mempersoalkan perkara tersebut.

Itu kenyataan dari anak Presiden PKR sendiri bagaimana kenyataan Guan Eng dan kaum kerabat DAP yang lain?

Imbas kembali apa yang berlaku sekitar June 2011 di mana bekas ADUN DAP di Perak Hee Yit Foong mendakwa bahawa rakan-rakannya dari DAP pernah menyatakan hasrat mahu mengubal Perlembagaan Persekutuan dalam masa 2 hari jika Pakatan Rakyat mendapat majoriti 2/3?

Mungkin Guan Eng terlupa apa yang diluahkan dari 'bibir manisnya' sendiri pada 25 November 1999  ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP berjanji akan MENGHAPUSKAN HAK-HAK ORANG MELAYU dengan mengeluarkan kenyataan : 
"Kami masih berpegang dengan pendirian , menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil".
Melihat kenyataan dan tindak-tanduk mereka ini, yakinkah sahabat-sahabat pembaca sekalian bahawa DAP sama sekali tidak akan mengubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan jika Pakatan Rakyat menang dan membentuk kerajaan kelak?

Adakah kenyataan yang keluar dari 'mulut manis' Guan Eng tidak cukup untuk membuktikan bahawa bukan Melayu (DAP) memang berhasrat mengubah Perlembagaan Persekutuan dengan memperkenalkan gagasan 'Malaysian Malaysia'?

Patutlah sahabat bloggers dari Penang habaq Lim Guan Eng ini tidak ubah seperti...




Hahaha...


YY : Suka tembak biawak kecik-kecik dulu....

7 comments:

  1. Nampaknya jelas PAS hanya alat utk kaburi mata org Islam saja. Skrg pun jelas PAS angguk saja. Kalo DAP+PKR menang semua kerusi tu. lebih hina dari kucing kuraplah PAS di mata DAP!

    ReplyDelete
  2. "Kami masih berpegang dengan pendirian , menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil".
    -----------------------------------

    Ayat lembut tp maksudnya takde hak istimewa orang Melayu la kalo mereka memerintah. Kantoi!

    ReplyDelete
  3. Ada kemungkinan andaian yang saudara tulis ini. Sangat berguna untuk membuka minda dan membuatkan kita berfikir sejenak.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. X-PAS,

    Setuju rasanya jika DAP dan PKR menang, PAS pada waktu itu mungkin ditendang lebih hina dari kucing kurap.

    Anonymous 8:17 AM.,

    Terima kasih atas penghargaan saudara.

    ReplyDelete
  6. "Jadi jumlah yang ditandingi oleh DAP dan PKR dalam PRU12 yang lalu sebenarnya adalah jumlah yang membolehkan mereka membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 walaupun PAS tidak bersama dalam Pakatan mereka."

    -menarik untuk direnungi. Dulu Dap sering terlepas cakap tentang penghapusan Hak melayu, kini mereka lebih berhati2. Tuntutan yang sama cuma ucapan mereka berlapik.

    Kini mereka berselindung disebalik Kesamarataan.

    Perkataan keramat yang buat Pas terpegun dan terpukau hingga sanggup jadi kuda.

    Artikel yang bagus bro !

    ReplyDelete
  7. Salam Din Turtle,

    Tq bro... tp seronok baca bro 'bermanja' dgn isu NFC lagi. Haha

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-