Friday, November 18, 2011

Nik Aziz Menipu Kelulusan Akademik?



Bukan sahaja menipu rakyat Kelantan dengan hukum Hudud, Nik Aziz Nik Mat juga dilaporkan menipu mengenai kelulusan akademik yang dimilikinya.

Blog GelombangKick semalam mendedahkan bahawa Universiti Deoband tidak wujud sebagaimana dinyatakan dalam kelulusan akademik Nik Aziz Nik Mat. Apa yang ada hanyalah Madrasah Darul Ulul Deoband.

Madrasah tersebut juga bukanlah bertaraf Universiti sebagaimana dinyatakan dalam biodata Nik Aziz Nik Mat :
BIODATA TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT 
Pendidikan: 
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936. 
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian  
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu. 
Universiti Deobond, India – 1952.Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957. 
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam. 
Dari blog Gelombangkick :
Apa yang menarik perhatian GK pada kali ini adalah berkaitan dengan pengajian Dato' Bentara Setia Yang dikhabarkan pernah belajar di Universiti Deoband India.Hasil penelitian GK sebenarnya tidak wujud universiti tersebut. 
Deoband di utara Uttar Prodesh dan GK temui hanyalah Madrasah Darul Ulum Deoband.Apakah disitu tempat pengajian sebenar Dato' Bentara Setia Nik Aziz. Bagaimana pula dengan Universiti Deoband ? 
Selain dari Deoband, madrasah Darul Ulum juga terdapat di Lucknow, Hyderabad, Mumbai dan beberapa tempat lagi di India. Namun begitu madrasah ini tidaklah bertaraf universiti (jamiah).

Ada dikhabarkan Madrasah tersebut tempat golongan wahabbi, namun GK tak dapat pastikan sejauh mana kebenarannya, menjadi satu persoalan disini kenapa Dato' Bentara Setia Nik Aziz tidak menyatakan nama sebenar tempat pengajian beliau ? 
Adakah beliau merasakan tidak layak untuk mengatakan beliau belajar di Madrasah Darul Ulum. Atau juga sengaja untuk membohongi rakyat bagi menjaga status beliau yang digambarkan sebagai Ulamak yang keramat. 
Kredibiliti seorang yang dikatakan Ulamak ini boleh dipertikaikan, tapi seperti yang kita ketahui golongan taksub Pas akan membela habis-habisan, bagi pendapat GK adalah tidak wajar untuk kita mempercayai semua kata-katanya hanya kerana beliau berpenampilan seorang yang warak, kerana itu kita tidak akan sedar sesuatu perkara yang silap berlaku dan memandang ringan kerana otak kita telah di set beliau adalah seorang yang warak dan maksum. 
YY : Hanya belajar sampai darjah 3 sekolah kerajaan.... hehehe...

6 comments:

  1. wahai yy yang belajar setakat darjah 3...bersungguh yy cari point nak burukan TGNA...xde sebab TGNA nak tipu pasal kelulusanya..kalau dipadamkan deoband pun..TGNA adalah lulusan degree and master Al Azhar

    ReplyDelete
  2. Penah dengar Nik Aziz ckp arab ataupun english? klu ada sila sertakan bukti...

    p/s: dlm biodata nik aziz, dia mahir ckp 5 bahasa....

    ReplyDelete
  3. Jgn tulis membuta tuli..pegi jumpa sendiri TGNA, kan senang...ingatlah, ulamak adalah pewaris nabi..

    ReplyDelete
  4. disebbkn politik byk ulamak difitnah

    ReplyDelete
  5. Jangan fitnah.....
    fakta anda pasal Deuband tu salah.... Deuband adalah bukan calang2 institusi pengajian tinnggi islam di dunia ni....

    cuba tengok sini....

    http://www.darululoom-deoband.com/

    http://en.wikipedia.org/wiki/Darul_Uloom_Deoband

    lawatan Imam Sudais
    http://www.youtube.com/watch?v=8f3YepSHRbw

    Lawatan Imam Shuraim
    http://www.youtube.com/watch?v=eUHvKAglD6I

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-