Friday, November 18, 2011
NFC Perlu Segerakan Tindakan Undang-Undang Ke Atas Pembangkang!
Setelah lebih 2 minggu isu projek lembu fidlot menjadi bualan hangat ramai pihak, pihak syarikat NFC tampil memberi perjelasan untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan pembangkang ke atas projek berkenaan.
Walaupun ianya boleh dikatakan agak terlewat sekurang-kurangnya dengan perjelasan dari pihak syarikat NFC sendiri sedikit sebanyak merungkai keraguan dan persoalan yang ditimbulkan pembangkang.
Isu ini dijadikan modal oleh pembangkang gara-gara syarikat NFC yang terlibat dalam projek berkenaan dimiliki oleh kaum keluarga seorang menteri kabinet.
Justeru itu diharap pihak NFC melalui peguamnya bertindak mengemukakan tindakan undang-undang terhadap beberapa individu pembangkang secepat mungkin demi memperbetulkan kembali persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.
Sedikit peringatan buat para 'pembesar negara', lain kali bagi kenyataan itu biarlah selari. Kerana saya perhatikan dalam kes lembu fidlot ini kenyataan Timbalan Menteri Asas Tani dilihat bercanggah dengan Menterinya.
Kesilapan sebegini tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi dari individu yang berada dalam barisan kabinet. Kerana kesilapan yang dilihat kecil ini secara tidak langsung telah memberi ruang kepada pembangkang untuk memanipulasikan isu ini dengan niat memburukkan imej kerajaan.
Artikel berkaitan yang disiarkan sebelum ini : SINI - SINI dan Klik SINI
YY : Ayat "It's better late than never..." - boleh pakai ke dalam menghadapi serangan fitnah pembangkang sekarang ni...?
ASSALAM BO YY.
ReplyDeleteMANA NFC BERANI NAK SAMAN.KALAU SAMAN SPT TELANJANGKAN DIRI SENDIRI.APA MELIHAT PRESS CNFRN NFC TU MCM LAWAK BODOH JE.MCMANA ORG LAIN TERIMA TAK TAHULAH..
KALAU BOLEH APA SIMPULKAN DENGAN AYAT MUDAH BEGINILAH..
BOHONG BARU UNTUK MENUTUP BOHONG YANG LAMA.GALI LUBANG KRN NAK TUTUP LUBANG LAMA..AKHIRNYA LUBANG JADI TAMBAH BESAR DAN DIRI SENDIRI TERTANAM.
YANG BUAT APA MARAH KERANA PEMIMPIN BUAT SILAP KERJA2 KITA BUAT JADI SIA SIA.PENAT...PENAT