Friday, October 14, 2011

#PengkhianatRakyat : Pembangkang Gembira Jika Malaysia - Indonesia Berperang

Foto : Utusan Malaysia
Pertikaikan berhubung isu sempadan Malaysia - Indonesia semakin menjadi-jadi apabila Laskar Merah Putih (LMP) telah dua hari mengadakan demontrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Isu sempadan ini ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, hujung minggu lepas yang mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, kononnya telah diambil secara haram oleh Malaysia.

Kenyataan ini telah pun dinafikan oleh empat menteri Indonesia termasuk Menteri Luarnya,walaupun perjelasan diberikan pertikaikan ini tetap berterusan. Kedutaan Malaysia di Indonesia terus dibaling batu dab pelbagai objek sehingga menyebabkan berlaku kerosakkan.

Tapi dalam usaha kedua-dua kerajaan cuba mencari penyelesaian diplomatik, ada dakwaan bahawa pembangkang turut mengambil kesempatan dalam isu ini. Pembangkang seolah-olah 'gembira' jika negara kita ini diserang oleh Indonesia. 

Jika difikirkan dakwaan ini sedikit-sebanyak ada kebenarannya kerana kita tahu Anwar Ibrahim dan anak beranak sering kali memburukkan Malaysia bila mereka ke Indonesia. Adakah pemimpin negara lain pernah memburukkan negara sendiri?

Rasanya tiada yang sanggup memburukkan negara sendiri melainkan mereka itu tiada semangat cintakan dan sayangkan tanahairnya. Tapi Anwar Ibrahim telah buktikan bahawa beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.

Maka tidak mustahillah jika ada yang mengatakan bahawa pembangkang bertindak sebagai 'batu api' dalam pertikaikan kedua-dua negara ini. 

Apakah tujuan Anwar Ibrahim yang kerap kali ke Indonesia...? 

Diterjemah dari Blog JUST READ! :

Pertikaian sempadan di antara Malaysia dan Indonesia mengambil giliran baru. Walaupun kedua-dua kerajaan menyokong kaedah diplomatik untuk menyelesaikan masalah, pembangkang di kedua-dua negara pula bekerjasama untuk membawa kedua-dua kerajaan ke dalam kegawatan.

Di saat beberapa orang ahli parlimen Indonesia mendesak kerajaan mereka untuk mengambil pendekatan 'diplomasi keras' dalam berurusan dengan Malaysia, penggubal undang-undang kita sendiri (di kalangan pembangkang) cuba memancing kesempatan dari pertikaian ini dengan menunjukkan kecenderungan mereka terhadap langkah sedemikian.

Saya telah mendengar tentang hal itu, bukan sekali dan bukan dua kali tetapi beberapa kali di lobi hotel, coffee house malah di hospital tentang betapa bangganya penggubal undang-undang Indonesia dengan sokongan yang diterima daripada 'rakan-rakan' mereka di Malaysia.

Saya fikir, pembangkang mungkin akan berasa cukup gembira jika melihat kedua-dua negara memasuki kancah peperangan. Dan saya tertanya-tanya siapa agaknya yang menjadi pengkhianat Malaysia semasa konfrontasi dengan Indonesia pada awal tahun 1960-an!

Isu sempadan yang terbaru adalah mengenai tuduhan Indonesia bahawa Malaysia telah merampas wilayah Camar Bulan dan Tanjung Batu di Sambas, Kalimantan Barat.

Baru dua hari lepas Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Indonesia Marty Natalegawa membincangkan isu ini dan bersetuju untuk menelitinya mengikut saluran diplomatik.

Marty telah mempersoalkan desakan ini dan menolak sebarang pendekatan yang menyalahi undang-undang dan tidak diplomatik dalam menangani isu itu (baca sini), sambil menambah bahawa selepas penyiasatan oleh kerajaan, isu ini hanyalah satu isu yang berkaitan satu penanda sempadan yang dipindahkan oleh lelasan dan satu lagi akibat kerosakan.

Beliau juga berkata bahawa petanda sempadan yang rosak dan yang dipindahkan ini tidak seharusnya menjadi masalah kerana koordinat kedudukan asal petanda telah direkodkan. Kerajaan Indonesia tidak akan membincangkan tentang dakwaan rampasan wilayah dengan pihak berkuasa Malaysia, tetapi kedua-dua negara kini sedang bekerjasama untuk menetapkan penanda mengikut koordinat yang dipersetujui sebelum ini.

Walau bagaimanapun, tekanan daripada penggubal undang-undang Indonesia sebenarnya didorong oleh 'bantuan moral dan diplomatik' yang disediakan oleh rakan-rakan di kalangan ahli politik mereka di Malaysia.

Oleh itu, dakwaan bahawa pihak pembangkang merancang untuk menjadikan Malaysia sebuah republik adalah benar nampaknya. Sebahagian daripada mereka suka pergi ke Indonesia dan mengadakan 'perbincangan serius' dengan kumpulan berhaluan kiri di sana. Topik perbincangan selalunya berkisarkan 'pentadbiran Malaysia yang buruk’ dan cara-cara untuk mengambil alih Putrajaya.

"Benar pak. Mereka seringnya memohon bantuan tentang bagimana untuk berkuasa di Putrajaya ... penyokong mereka di Indonesia bukan sedikit!"

YY : Rakan dari Indonesia yang menetap di Malaysia bilang "jangan coba-coba kamu mahu perangi Malaysia, kami aman di sini... jika kamu serangi Malaysia kami juga perangi kamu..."

4 comments:

  1. Tuduhan pembangkang gembira jika Malaysia dan Indonesia berperang adalah tidak benat, berniat jahat, fitnah yang keterlaluan dan menunjukkan kebodohan penulis dalam membuat analisa politik tanahair. Tiada bukti dapat mengaitkannya apatah lagi membenarkannya. Hanyalah hayalan dari manusia busuk hati yang tidak akan puas setelah memfitnah.

    ReplyDelete
  2. mereka lebih suka melayu jadi polis atau tentera supaya mereka dapat menguasai perdagangan.

    ReplyDelete
  3. Ini semua kerja-kerja pembangkang....suka memecah-belahkan masyarakat dan memburuk-burukkan negara. Sedar2lah...

    ReplyDelete
  4. Anon 3.22 pm bagaimana pula dengan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadikan Malaysia sebuah Republik dan seruan supaya masyarakat bangkit melakukan revolusi ke atas kerajaan yang ada kini?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-