Friday, October 21, 2011

Akhbar Cina : Demi Selamatkan PR SinChew Siarkan Artikel 'Sampah'...?


Dari blog Tun Faisal :
[Nota: Adakah ini cara akhbar Cina menyokong tindakan pemimpin PR yang memburukkan negara di luar? Dengan memburuk-burukkan lagi negara menggunakan artikel sampah? 
Sudahlah ia menyiarkan berita yang mengarut, tidak pula diberikan sumber berita, entah sahih entah tidak beritanya, tidak dinyatakan tahun kejadian dan tiada perbandingan antara jumlah insiden yang berlaku di negara ini berbanding negara lain di dunia. 
Bukankah bila penjenayah ini ditangkap, ia menunjukkan kecekapan pasukan polis negara dalam membongkar kegiatan jahat dan haram individu dan kumpulan 'underworld' di dalam masyarakat? Usaha gigih kerajaan bagi menangani masalah yang dinyatakan dalam artikel melalui NKRA dan langkah bukan NKRA langsung tidak ditulis. 
Jelasnya, tiada satu rujukan pun di buat kepada indeks dunia - baik Global Peace Indeks atau Global Competitive Report, sedangkan Malaysia di kategori sebagai sebuah negara paling selamat dan kompetitif di rantau ini dan dunia. Kalau setakat nak menulis di akhbar dan tulisannya seperti sampah; eloklah editor akhbar ini menulis di akhbar atau portal sampah milik pembangkang. Ia tidak sepatutnya disiarkan dan hanya akan mengakibatkan akhbar ini hilang kredibiliti!]

Sinchew Daily News
Opinion Corner m/s 24
18 Oktober 2011 
Nama baik Tercemar
Lim Sui Guan
Timbalan Editor

Satu ketika dahulu, semasa Ling Liong Sik memegang jawatan menteri pengangkutan, rakyat Malaysia bersikap lemah lembut seperti umpama ternakan yang jinak, apabila mereka mamandu di dalam kenderaan, sikap buas binatang mereka muncul, sekarang ini rakyat Malaysia diibarat seperti setaraf dengan manusia yang kejam. 
Kemboja membekukan pembantu rumah mereka datang ke negara kita adalah contoh yang terbaru, Masalahnya bukan kerana kehadiran pembantu rumah Kemboja ke sini dalam tempoh seminggu terus mati, dan tidak pernah berlaku pembantu rumah Kemboja dibunuh di negara kita, tidak juga berlaku penindasan pembantu rumah Kemboja walaupun dalam beberapa peratus dalama 30 hingga 40 orang pembantu rumah Kemboja yang terlibat, sebaliknya kini sering berlaku penindasan pembantu rumah yang lain-lain di negara kita tidak habis-habis. 
Sebelum ini pembantu rumah Indonesia, sekarang ini pembantu rumah Kemboja, jika kita tidak hapuskan nama buruk yang tercemar di negara ini, mungkin pada akhirnya nanti kita tidak dapat menjemput pembantu rumah negara asing lagi. 
Nama buruk negara kita yang memalukan itu kini telah tersebar luas sedunia, rakyat Malayisa bukan sahaja hebat dalam menyeksa manusia, bahkan menyeksa binatang juga amat mengharumkan nama negara ini.Negara kita hari ini juga menjadi terkenal sebagai sebuah negara transit perdagangan manusia, disenarai hitam oleh State Department of America; laporan dari jawatankuasa diplomat Amerika mengatakan pegawai Imigresen Malaysia bersekongkong dengan pihak Thailand, meminta duit kepada pendatang haram dan terlibat dalam memperdagangkan manusia. 
Keldai dadah Malaysia juga sangat masyhur, 10 orang keldai dadah ditangkap di New Zealand, keldai dadah wanita yang tamak haloba juga ramai tidak terbilang, cara dan taktik orang asing transit dadah ke negara ini lebih menjolok mata kita semua.Cara dan taktik rakyat Malaysia meyeludup sangat luar biasa hebat, kenderaan yang hilang dicuri boleh dipasarkan ke negara yang tidak ada hubungan diplomat dengan negara kita seperti Israel. 
Badan pengkaji binatang liar antarabangsa telah melabal negara kita sebagai transit gading gajah utama dalam penyeludupan barangan itu. 
Teknologi pemalsuan oleh rakyat di negara kita lebih hebat dari orang-orang negeri China, sarang burung walid tiruan punyai status mahkota 4 bintang, ada juga pegawai kerajaan palsu yang memasarkan sarang burung walid di negeri China, sungguh mengagumkan kita. 
Isu rasuah juga tidak kurang hebatnya, isu Bumiputera finance yang menggoncangkan mahkamah Hong Kong; peniaga Australia merasuah pegawai kerajaan negara kita untuk mendapatkan kontrak mencetak wang kertas, mahkamah federal Amerika di sebuah dokumen membongkar bahawa kakitangan kerajaan Malaysia pernah menerima rasuah.Industri pelacuran juga tidak kurang hebatnya, wanita Uganda diheret menjadi pelacur. 
Pengalaman seks muda mudi rakyat Malaysia sangat luas, kita sepatutnya berterima kasih pada industri palacuran ini.Kes buang bayi semakin hari semakin canggih, boleh disumbat ke lubang tandas dan dipam dengan air saluran tandas, dihumban dari tingkat atas ke bawah, dibuang ke sungai dan ditanam, oleh kerana tidak mahu bayi-bayi itu dibuang merata tempat, pihak yang berkenaan buat kotak penyelamat bayi untuk perikemanusuaan, namun negara kita tetap bukan pencipta kotak-kotak bayi yang pertama. 
Selain dari itu, ada banyak jenis jenayah, kes ragut yang membimbangkan pelancong asing, penipuan di laman web juga naik setingkat demi setingkat luar biasa hebatnya, taktik mencuri keteta dan rampas kereta boleh dilakukan tidak sampai satu minit. 
Kenapa negara kita boleh berlaku demikian yang menjijikkan? Ini adalah kesilapan besar pendidikan, kejatuhan akhlak, kehancuran sikap kemanusiaan, penguatkuasa yang tidak tegas, cuba melindungi orang salah, ataupun ini satu perubahan nilai-nilai dalam masyarakat hari ini? 
Pihak yang berkenaan sepatutnya ambil berat, kenapa Australia hanya menghadkan negara kita sahaja untuk pertukaran pelarian? Sebenarnya ini bukan satu kebanggaan kepada kita. Pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah jika tidak digempur dan dihapuskan, tidak mungkin negara kita dapat hilangkan nama buruk yang dilabel selama ini; jika kita tidak menghadang kebocoran di kawasan keselamatan, penjenayah antarabangsa akan gunakan negara kita sebagai kem perantaraan kegiatan mereka, dan negara kita yang mendapat nama buruk itu. 
Menjelaskan kedudukan diri sendiri, meminta maaf, adakah itu boleh selamatkan kita, yang lebih penting kita ambil tindakan menyelamat, kita perlu tahu, kita masih belum terlambat umpama walaupun kambing itu sudah terlepas, kita tetap siapkan kandangnya dulu, kerana ia masih belum terlambat lagi.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-