Kakitangan Imigresen Terus Tertekan? - Sekadar penyeri artikel tuan punya badan jangan marah yer. |
Dengarnya selepas artikel Kakitangan Imigresen Merungut Kebajikan Terabai KLIK SINI dan sambungannya di SINI saya difahamkan masalah parking di BSI telah diselesaikan, tapi guna sistem "siapa cepat, dia dapat". Kira oklah tu. Tapi dengarnya Pengarah Jabatan Imigresen Johor kata saya dapat maklumat dari orang dalam.
Itulah lain kali janganlah berantakkan dengan orang no.2 dalam Jabatan Imigresen Johor tu, gara-gara orang atasan 'tak sebulu' kakitangan bawahan pula jadi mangsa. Apa pun Alhamdullilah sekurang-kurangnya ada juga respon dari pihak atasan.
Lagi kisah mengenai penjawat awam di negara kita ini, kadang-kala saya sendiri serba salah sama ada perlu menulis atau dibiarkan sahaja setiap rungutan yang dikirimkan melalui emel oleh para pembaca. Tapi kalau tak ditulis seolah-olah tidak kena dengan slogan yang dilaungkan kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Sebagai blogger yang dilabel sebagai pro-kerajaan, suka atau tidak saya perlu ketengahkan setiap rungutan rakyat Malaysia ini, tidak kiralah penjawat awam, swasta, hatta buruh binaan sekalipun janji mereka rakyat Malaysia.
Jadi artikel ini sekadar membawa suara kakitangan Imigresen yang mendakwa bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri tidak menunaikan janji sebagaimana dibuat dalam Program Tranformasi Jabatan Imigresen 2011.
Plan Tranformasi Jabatan Imigresen 2011 dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri sendiri, MDN memberi tempoh 100 hari kepada Jabatan Imigresen sebelum dipersembahkan kepada KSU Tan Sri Mahmood bin Adam.
Selepas itu KSU dikatakan bersetuju dengan dan berjanji untuk menjadikan plan tersebut sebagai realiti. Kebanyakkan bahagian jabatan pelanggan dilihat sudah menjadi realiti. Tapi soal kebajikan yang dinyatakan dalam plan tersebut tidak menampakkan hasilnya.
Sekadar penyeri artikel... |
Apa kandungan dalam Plan Tranformasi Jabatan Imigresen 2011...?
Tidak perlu sakit kepala baca semua plan, saya hendak fokuskan kepada soal kebajikan kakitangan Imigresen.
Strategi 4 iaitu - Menambah baik aspek kebajikan anggota Imigresen. Di bawah strategi ini ada 10 perkara, tidak perlu mengulas panjang saya hanya mahu memetik 2 perkara sahaja.
Jumlah keseluruhan jika sistem gaji dan elaun ini dilaksanakan adalah RM222,000.00 setahun. Tapi sistem ini sehingga kini tidak dilaksanakan, malah isu PPT percuma untuk kakitangan Imigresen juga dikatakan diam begitu sahaja walaupun ianya telah diumumkan oleh PM.
- Menambah baik skim perkhidmatan gaji anggota Imigresen - selaras dengan beban tugas adalah amat wajar skala gaji kakitangan Imigresen dikaji semula dan dinaikkan. Skim gaji dicadangkan perlulah setaraf dengan agensi penguatkuasa yang lain.
- Menambah baik elaun-elaun kakitangan Imigresen. (elaun penyiasat, pengawai pendakwaan, elaun bahasa, elaun tugas kritikal, elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan & elaun balik kampung)
Semasa Anugerah Khidmat Cemerlang tahun lepas KSU dikatakan memberi harapan yang tinggi kepada kakitangan Imigresen kononnya anjakan perubahan gaji akan berlaku, gara-gara janji manis dari KSU, kakitangan Imigresen 'balun' MDN kerana didakwa tidak menepati janji.
Tunggu punya tunggu akhir sekali dalam bajet 2012 tempoh hari barulah kakitangan Imigresen ini tahu bahawa anjakan sistem gaji yang dijanjikan mereka tak terlaksana. Walaupun kakitangan Imigresen tidak diselaraskan gaji mereka, mereka tetap berterima kasih kepada PM namun dalam masa yang sama mereka menyatakan perasaan terkilan.
Dicilok dari group tertutup kakitangan Imigresen :
Ini belum lagi panas, disebabkan harapan mereka berkecai maka isu-isu lain turut dikaitkan. Kita baca komen panas ini :
Untuk menjawab tukang komen yang panjang lebar yang carut-marut di atas. Ingin saya jelaskan di sini adalah perkara berkaitan program 6P dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet dan perkara ini perlu dirujuk kepada KSU Tan Sri Mahmood bin Adam & Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.
Alamak.. KSU lagi...?
Jabatan Imigresen merupakan salah satu jabatan yang banyak menjana pendapatan untuk negara, kutipan levi setahun dikatakan mencecah berjuta-juta ringgit. Tak salah rasanya kita 'bagi muka' sikit kepada kakitangan Imigresen ini.
Buat KSU terimalah sebuah lagu...
Hahaha...
jangan marah wahai KSU, saya menulis berdasarkan rungutan ramai pihak dalam Jabatan itu sendiri dan bukan bersandarkan rungutan di facebook sahaja, sebab apa saya tulis?
Sebab perkara sebegini boleh membuatkan kerajaan BN tidak popular.
Sekian....
YY : Sukar untuk puaskan hati semua pihak...
malangnya apabila prkara ini diutarakan di laman facebook jabatan imigresen serta merta ia akan di "remove" oleh moderator, seperti yg pernah double y buat dulu pon kena remove jugak. huhuhuhu.. kuang ajaq!!!
ReplyDeleteMigesen kechewa,
ReplyDeleteMereka tak faham antara balun, bantai atau pun tulisan kita sekadar teguran dan membawa rungutan kakitangan bawahan.
Lumrah manusia bila berada di atas mereka akan lupakan yg bawah2 ni, itu normal...