Pelbagai pihak mula meluahkan rasa kekesalan terhadap orang no.2 PAS iaitu Mat Sabu atau popular dengan gelaran #marxsabu di laman twitter. Kenyataan Mat Sabu yang menjulang komunis sebagai hero tempoh hari telah memberi tamparan yang besar buat Pakatan Rakyat.
Sehinggakan Karpal Singh meminta supaya Mat Sabu menarik balik kenyataan tersebut dan disusuli dengan kenyataan Tunku Abdul Aziz yang menganggap Mat Sabu sebagai 'bahan ketawa'. Ekoran kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasik Gelugor sudah ada berita bahawa ramai ahli PAS yang bertindak keluar parti kerana kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden mereka.
Yang terbaru portal Suara Pakatan Rakyat meminta PAS supaya mengkaji semula kedudukan Mat Sabu dalam parti tersebut memandangkan Mat Sabu banyak memberi masalah kepada rentak perjalanan parti PAS yang begitu ghairah untuk menggantikan kedudukan UMNO.
Ikuti tulisan penulis bernama Azman Ariffin penulis di portal pro-PR di bawah :
BUKAN rahsia bahawa ramai dari penyokong dan pemimpin PAS sendiri yang musykil dan sesal dengan kemenangan Mat Sabu ke jawatan No. 2 parti. Bukan hanya kerana diri Mat Sabu yang penuh dengan skandal, berfahaman Syiah dan kini mengwirakan komunis, tetapi juga kerana Mat Sabu sudah menempa nama sebagai pemimpin yang tidak punya kredibiliti dan karisma.
Ceramah Mat Sabu juga rata-ratanya dianggap sebagai persembahan komedi atau penglipur lara sekadar memeriahkan majlis semata-mata.
Pendek kata, kemenangan Mat Sabu ke jawatan tersebut merupakan kekalahan kepada PAS dari segi moral, imej dan segala-galanya.
Kini, belum sempat isu komunis selesai, timbul pula isu rakaman perbualan Mat Sabu dengan Normah. Walaupun ia cerita lama namun mahu tidak mahu, PAS terpaksa juga memikul bebannya dan Pakatan Rakyat terpaksa juga berhadapan dengannya.
Tidak kiralah sama ada rakaman ini benar atau tidak, atau hanya perangkap untuk mengenakan Mat Sabu akibat masalah yang ditimbulkannya mengenai komunis, soalnya, nama parti tetap terheret sekali.
Tidak cukup kita menepis fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kini kita terpaksa pula menepis bagi pihak Mat Sabu. Bukankah lebih baik jika kita memilih pemimpin yang bersih dan tidak dapat dikaitkan dengan apa-apa skandal sejak sedari mula?
Menurut sumber-sumber liar, kononnya akan muncul lagi pendedahan yang jauh lebih hebat berkenaan Mat Sabu. Jika ini benar, maka, sekali lagi segala tenaga yang sepatutnya digunakan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan-kawasan dan negeri-negeri di bawah jajahan
Pakatan Rakyat, akan terpaksa digunakan untuk membela Mat Sabu.
Sepatutnya, dalam keadaan Pilihanraya semakin dekat pemimpin-pemimpin harus dilihat bekerja, bukan berpolitik.
Tidak mustahil segala pendedahan mengenai Mat Sabu ini dilakukan sendiri oleh orang-orang PAS yang tidak sanggup melihat PAS ditunggangi DAP. Sebelum keadaan semakin parah, sudah sampai masanya kepimpinan PAS mendengar keluhan akar umbi yang inginkan agar PAS kembali ke landasan yang asal.
Ini saja caranya agar PAS boleh menang dalam Pilihanraya akan datang, bukannya dengan menderma saki baki kerusi yang ada kepada DAP.
PAS perlu memantapkan gandingan di peringkat tertinggi agar dapat menggerakkan jentera dalam satu barisan yang pasti. Apa yang berlaku sekarang ialah jentera PAS sudah berpecah belah kerana meragui hala tuju parti.
Ramai yang tidak sanggup mengwirakan komunis. Ramai yang tidak sanggup punya pemimpin seperti Mat Sabu. Ramai yang tidak sanggup menjadi pak turut kepada DAP.
Langkah permulaannya, PAS perlu fikirkan semula kedudukan Mat Sabu kerana meletakkan pengganas komunis sebagai wira dan cuba menukar sejarah negara. Ambil tindakan jika perlu, bagi menunjukkan ketegasan parti dalam membela rakyat dan Melayu.
Di mata rakyat, pertandingannya kini ialah siapa yang lebih tegas, antara Najib dengan PAS? Siapa tegas dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara maka dialah yang akan memenangi hati rakyat jelata.
YY : Video rakaman perbualan seks Mat Sabu pecah rekod tayangan.. 1 hari mencatat jumlah tontonan sebanyak 8,063... klik SINI UNTUK 18 TAHUN ke ATAS SAHAJA!!! Kawe tk sanggup nak siar kt blog ni.. lucah sangat... :)
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Harap Maklum yer saudara....
-YY-