Saturday, September 10, 2011

Cukai Prepaid 6% : PM Terpaksa Setel - Rais Yatim Main Tai-Chi Ke?

Gambar hiasan semata-mata

Orang cakap di Malaysia ini banyak sungguh rakyatnya dibebani dengan cukai, dari cukai pintu hinggalah  najis sekalipun dikenakan cukai sebagaimana dikenakan oleh Indah Water. Hahaha...

Keputusan syarikat Telco untuk mengenakan cukai 6% kepada pengguna talian prabayar (prepaid) mula mendapat bantahan ramai pihak termasuk Perdana Menteri sendiri. Keputusan ini dilihat membebankan rakyat yang mana pengguna talian prabayar di Malaysia berjumlah 43% atau lebih kurang 13.2 juta orang.

Khabarnya keputusan ini akan dikuatkuasakan pada 15 September 2011 nanti, cuma cara perlaksanaan masih tidak dipastikan sama ada caj 6% ditolak dari jumlah tambah nilai (contoh tambah nilai RM10 bakinya hanyalah RM9.40) atau pengguna terpaksa membayar RM10.60 untuk tambah nilai bernilai RM10.

Pengguna Talian Prabayar di Malaysia 13.2 juta Orang.
Dulu masa cukai sebanyak 5% dikenakan pihak telco ini begitu bermurah hati untuk menanggung semua kos ini, tapi selepas cukai dinaikkan sebanyak 6% pihak syarikat telekomunikasi dilihat tidak lagi mahu menanggung kos ini sebaliknya ianya dibebankan ke atas bahu pengguna.

Saya pernah bekerja dalam bidang telekomunikasi, dan setahu saya syarikat-syarikat telco memang membuat untung berganda-ganda daripada jumlah caj panggilan yang dikenakan ke atas pengguna. Namun dalam masa yang sama jumlah 'subsidi' yang ditanggung syarikat telco juga amatlah besar.

Pihak telco juga sebenarnya mengeluarkan kos yang banyak setiap bulan sebagai 'subsidi' kepada pengguna prabayar, sebagai contoh jika pengguna prabayar mengisi purata RM 40 setiap bulan, jualan tambah nilai prabayar menjangkaui RM 6.3 bilion sebulan.  Daripada jumlah besar tersebut, selama ini syarikat telekomunikasi 'mensubsidi' hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.

Dengan pengguna yang semakin bertambah dan juga persaingan yang kompetetif, penyerapan nilai cukai untuk pengguna prabayar telah pun menjadi satu beban yang besar bagi korporat komunikasi. Oleh kerana jumlah yang tersangat besar itu, mungkin syarikat telekomunikasi gergasi yang ada, sudah tidak mampu lagi untuk menyerap cukai tersebut setelah dinaikkan lagi sebanyak 1% oleh kerajaan bermula 1 Januari 2011 lalu.




Tapi walaupun syarikat telco menanggung 'subsidi' ini syarikat-syarikat ini sebenarnya masih mampu mencatat keuntungan yang besar setiap tahun, contohnya untuk suku tahun pertama 2011 (sehingga Mac) dilaporkan Maxis mencatat keuntungan sebanyak RM540 juta manakala Celcom pula mencatat keuntungan sebanyak RM499 juta.

Kira untung besar lagi walaupun syarikat-syarikat ini menanggung kos cukai yang ditetapkan kerajaan sebenarnya.

Tapi nampaknya keuntungan yang bernilai beratus juta mungkin masih tidak cukup bagi syarikat-syarikat ini sehingga memutuskan pengguna sendiri perlu menanggung kos cukai 6%.

Bagi pengguna postpaid (talian tetap) cukai ini mungkin sudah biasa dicaj ke dalam bil mereka setiap bulan, namun bagi pengguna talian prabayar cukai 6% mungkin memberi kesan kepada mereka di mana jumlah tambah nilai RM10 jumlah yang tinggal hanyalah bernilai RM9.40.

Bunyi macam sikit, tapi kalau dikira dengan 13.2 juta pengguna talian prabayar berapa banyak agaknya? Nilai 60 sen bagi pengguna prayabayar yang sama talian contohnya celcom ke celcom, dengan nilai ini mereka dapat sms sebanyak 600 kali jika nilai untuk setiap sms adalah 1 sen.

Banyak tu beb...


Rais Yatim Tak Bertanggungjawab?


"saya tak mau setel.. kasi tolak sama PM setel".... 
Tapi dikhabarkan telco meminta kebenaran daripada Kementerian Penerangan Komunikasi & Multimedia tetapi kementerian terbabit menolaknya kepada Kementerian Kewangan.

Kementerian yang dimaksudkan berada di bawah Datuk Seri Utama Rais Yatim, nampaknya permintaan syarikat telekomunikasi pun Rais Yatim tidak mampu uruskan sebaliknya melepaskan 'permasalahan' ini kepada kementerian yang berada di bawah Perdana Menteri sendiri.

Syarikat telco hanya meminta kebenaran, takkan Menteri yang terbabit tidak boleh mengadakan rundingan dan meminta syarikat telco yang ada mengkaji semula niat mereka, sebaliknya Rais Yatim bersikap lepas tangan dan menyerahkan kepada PM untuk menguruskannya?

Gara-gara perjelasan lambat diberikan kementerian terbabit, sudah ada manipulasi dari pihak pembangkang menyalahkan kerajaan berhubung isu ini.

Mujur juga PM prihatin dan meminta supaya syarikat telco mengkaji semula keputusan tersebut. Kegagalan Rais Yatim menguruskan permintaan telco ini menyebabkan keputusan mengenakan cukai 6% ini dianggap sebagai keputusan kerajaan oleh sesetengah rakyat lagi-lagi pembangkang.

Mahu atau tidak situasi menang-menang di antara syarikat telekomunikasi perlu dicari oleh kementerian di bawah jagaan Datuk Seri Utama Rais Yatim kalau tidak kerajaan mungkin menerima sedikit kesan daripada keputusan yang memang tidak disokong langsung oleh majoriti rakyat Malaysia!



YY :  Ada orang kata Rais Yatim sudah pun luluskan permintaan telco sebab itu syarikat ini berani umumkan kepada pengguna... Betul ke?



No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-